Ads 468x60px

Labels

Rabu, 29 Februari 2012

Roh Orang Mati Bertemu Antara Satu Sama Lain

Roh orang mati yang berada di dalam kubur akan merasai keadaan yang berbeza. Roh yang baik akan merasai kenikmatan dan bebas untuk bertemu antara satu sama lain, tanpa ada halangan dan bantahan. Mereka akan ziarah-menziarahi antara satu sama lain. Mereka juga akan mengingati setiap perbuatan dan amalan yang dilakukan di dunia. Roh ini juga bertanya sesama mereka tentang keadaan penghuni dunia. Roh ini berada di sisi temannya dan berada pada tingkatan yang sama. Berbeza dengan roh yang diseksa. Roh ini sibuk dengan kesiksaan yang dirasainya, dan tidak teringat untuk bertemu atau menziarahi antara satu sama lain. 

Selasa, 28 Februari 2012

Umur yang Bermanfaat



Manusia sering beranggapan bahawa umur yang bermanfaat ialah apabila usia umur tersebut panjang. Mereka berusaha sedaya upaya dan berdoa agar Allah memanjangkan umurnya untuk memperbanyakkan kebaikan dan kebajikan di dunia. Manusia yang mempunyai umur yang pendek adalah mereka yang malang dan tidak bernasib baik.  Ini kerana amal kebaikan manusia diukur pada umur seseorang. Pendeknya umur seseorang maka sedikitlah amal kebaikannya. Panjangnya umur seseorang maka banyaklah amal kebaikannya. Manusia amat takut jika usianya pendek dan bimbang tidak mencukupi masa untuk melakukan kebaikan. Sebahagian besar manusia menghabiskan sebahagian besar umurnya untuk dunia, manakala baki selebihnya atau dipenghujung kehidupannya adalah umur untuk akhirat. Maka, umur yang panjang banyak diisi dengan kelalaian dan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Bila Pintu Takut dan Harap Terbuka


Apabila kita menginginkan agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa ingat kepadaNya, tidak terputusnya mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah, maka hendaklah kita melihat kepada nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, ingat segala kebaikan Allah selama kita hidup dan menikmati nikmat tersebut. Terlalu banyak rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita sehingga kita tidak dapat menghitung banyaknya nikmat itu. Nikmat tersebut merangkumi nikmat jasmaniah, rohaniah, Iman, Islam dan lain-lain lagi yang tidak mampu dinyatakan.

Apa Ada pada Pujian Manusia


Manusia kebanyakannya memohon kepada Allah SWT agar ditutupkan oleh Allah SWT segala kesalahan dan dosanya daripada diketahui oleh manusia lain. Mereka lebih takut kepada manusia daripada takut kepada Allah. Mereka bukanlah memohon keampunan dengan Allah supaya dihapuskan dosa, tetapi disembunyikan sehingga tidak ada seorangpun mengetahui perbuatan salah yang dilakukan. Inilah yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam surah al-Nisa’ ayat 108:

Manusia Yang diMakbulkan Doa


Manusia yang diterima doanya ialah mereka yang bersifat merendah diri. Allah akan membantu dan menolong orang yang memahami dirinya sebagai seorang hamba. Merendah diri bermakna menyerahkan sifat-sifat Maha Kaya, Maha Kuat, Maha Perkasa kepada pemiliknya yakni Allah SWT. Batin kita mengakui bahawa diri kita adalah hina, miskin dan kita berhadapan dengan Allah yang Maha Kaya, Maha Besar.

Manusia sering melakukan doa untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh mereka. Apa yang terlebih penting dan utama ialah kita memperlihatkan kepada Allah dengan sifat-sifat diri kita seorang hamba.

Serahlah Urusan Hidup Kepada Allah


Seseorang yang tidak menyerahkan segala urusan hidupnya kepada Allah, bermakna dirinya tidak mendapat inayah daripada Allah SWT. Dirinya ditolak dan dijauhkan oleh Allah, ditutup pintuNya. Dalam keadaan ini, maka nafsu berperanan ke atas dirinya dan menguasai segala tindak-tanduknya. Akibat nafsu akan merenggangkan hubungannya dengan Allah. Jiwanya menjadi keras, hatinya tertutup untuk menerima kebenaran. Dirinya sering menghadapi kekejian Tidak ada lagi amal perbuatan dan kata-katanya menjadi ibadah. Inilah akibatnya kepada manusia yang menolak inayah, taufiq dan hidayah Allah. Justeru, mohonlah kepada Allah agar Allah mudahkan segala urusan hidup dan rezeki kita. semoga Allah memelihara kita daripada segala kesulitan dalam mencari rezeki. Janganlah Allah jadikan kita berada dalam kesusahan dan menjadi manusia yang bakhil disebabkan kurnia rezeki Allah kepada kita. Pohonlah kepada Allah semoga rezeki yang dikurniakan kepada kita menjadi sebab untuk kita melaksanakan ketaatan kepadaNya, dan menjalankan tugas-tugas kehambaan. Doakan agar Allah membuka pintu mata hati kita untuk melihat hukum-hakam Allah dan janganlah Allah menyerahkan urusan hidup kita kepada diri kita sendiri.

Untuk ApA Kita Beramal?


Segala hasil mahsul daripada pekerjaan amal ibadat yang dilakukan oleh kita bukan untuk mengejar pahala. Ini bermakna dalam melakukan apa jua amal perbuatan yang baik, pahala bukan lagi menjadi matlamat. Namun ia adalah kurniaan Allah, atau berupa hadiah daripadaNya. Persoalan penting ialah, apakah kita beribadah kepada Allah sekiranya tidak dijanjikan pahala atau imbuhan daripada Allah? Jika pahala menjadi tujuan, maka kita tidak akan beribadah kepada Allah, sebagaimana kerja tidak akan dilakukan tanpa diberikan upah yang setimpal. Apakah kita melakukan ibadah dengan harapan Allah akan memberikan rezeki yang melimpah ruah? atau kesihatan yang baik?, atau disampaikan segala hajat dan cita-cita kita? atau ingin mendapat habuan kesenangan di dunia/ atau supaya bertambah iman dan dibuka hati untuk mendalami ilmu-ilmu keagamaan.

Menyucikan Hati dengan Zikir Solat


Solat yang dilakukan dengan betul, baik dan sempurna akan dapat menyucikan hati daripada segala kekotoran dan kejahatan maksiat. Ini kerana segala bacaan yang dilakukan di dalam solat semuanya untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT. Solat juga adalah pembuka pintu-pintu segala ilmu yang bersumber daripada keimanan dan keyakinan. Hati yang telah dibersihkan oleh solat akan terbuka untuk menerima hakikat ketuhanan Allah.

Di mana Kita Berada...?


Manusia pada hakikatnya terbahagi kepada 2:

Manusia yang lalai ialah mereka yang lupa kepada Allah disebabkan oleh kurangnya fahaman terhadap tauhid dan penghayatannya terhadap qada’ dan qadar Allah. Lintasan hati adalah tanda utama dan asas dalam menentukan kita lalai atau sebaliknya dengan Allah. Sejak dirinya bangun daripada tidur dia merasakan semua tindakannya adalah kerana kemampuan dan kehebatan dirinya tanpa sedikitpun dikaitkan dengan kekuatan itu datang daripada Allah. Ia seolah-olah perbuatannya dengan Allah tidak ada hubungan dan pertalian. Maka dia tidak mengharapkan bantuan dan sokongan daripada Allah. Allah telah menyerahkan sepenuhnya kepada dirinya untuk melakukan apa jua yang dikehendakinya. Orang yang berfikiran begini juga akan menganggap bahawa ibadah yang dilakukan kerana kesungguhan dan ketekunannya. Dirinya lupa bahawa yang mengjadikan dirinya bangkit beribadah adalah kerana hasil daripada bimbingan Allah iaitu taufiqNya, serta kerana kasih sayang Allah yakni rahmatNya sehingga ibadahnya berhasil dengan baik dan sempurna. Orang yang lalai banyak berpegang kepada usaha dan perbuatannya, tetapi bukan berpegang kepada Allah.

Memahami Hakikat Wirid dan Warid


Dua perkara ini saling berkait antara satu sama lain di dalam perhubungan manusia dengan Allah. Bagi mencapai redha Allah dan SyurgaNya maka seseorang hamba itu perlu berwirid. Wirid ialah segala amal soleh yang dilakukan oleh seseorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wirid ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan jika tertinggal maka segera ia diqada’kan. Hasil daripada usaha dan ketekunan wirid ini, maka Allah akan menganugerahkan warid. Warid ialah sesuatu yang dianugerahkan atau kemuliaan yang diberi Allah kepada seseorang hamba dengan berkat amal solehnya. Anugerah dan kemuliaan ini yang datang daripada Allah dalam bentuk nur yang tidak dapat dilihat dengan pancaindera mata, hati akan dilimpahi dengan ilmu tentang ketuhanan dan menjadikan imannya semakin bertambah. Ini bermakna Warid adalah kurniaan Allah SWT kepada hambaNya yang taat dan patuh serta tunduk kepadaNya. Manakala Wirid adalah kewajipan kita yang dituntut oleh Allah ke atas kita. Ibn ’Ataillah al-Askandari menyebutkan bahawa:

Dimana Adab Kita Dengan Allah


Seharusnya kita menyelidiki diri kita apakah kita beradab dengan Allah atau sebaliknya. Ada waktunya kita memohon kepada Allah untuk melaksanakan tugas kehambaan kita yang tidak membawa kita dekat kepadaNya. Sekiranya doa adalah ibadah, bagaimana dengan permohonan kita dan setelah kita diperkenankan doa tersebut, apakah yang kita lakukan.
  
Ibadah Lahiriyah adalah perhiasan yang dihiaskan oleh Allah SWT iaitu dengan sifat taqwa. Ini bermakna secara lahirkan kita telah dapat menurut apa yang diperintah Allah kepada kita dan dapat menjauhi segala larangaNya. Inilah yang menggambarkan kehambaan kita kepadaNya. Di samping ibadah tersebut, Allah jua yang menghiasi dengan ibadah batiniyah yang menjadikan kita redha dengan segala ketentuannya, sabar dengan ujian dan cubaanNya. Inilah sebesar-besar nikmat apabila berkumpul dua nikmat ini iaitu ‘Ubudiyah zahir dan ‘Ubudiyah batin. Berkumpulnya dua nikmat ini adalah dengan taufiq dan hidayah Allah. 

Antara Hikmah dan Bala Allah


Apabila Allah mendatang kepada manusia cubaan dan bala manusia tidak akan terfikir di di fikiran dan dan tidak terbayang di hatinya bahawa semua itu ada hikmat yang tersembunyi yang hanya terkandung di dalam ketentuan Allah SWT. Ini disebabkan oleh pendeknya akal manusia dan terbatasnya penglihatan hati manusia. Pada hakikatnya batas keimanan seseorang yang dapat melihat bahawa di dalam cobaan dan bala Allah itu mengandungi hikmat yang baik yang menyebabkan dirinya menjadi bertambah hampir kepada Allah SWT.

Menerima Ketentuan Allah yang Terbaik



Apabila kita mengenali Allah yang bersifat Maha Penyayang dan Maha Pengasih kepada setiap hambaNya, Allah sentiasa memerhatikan kita, maka setiap apa yang datang daripada Allah kepada diri kita adalah kebaikan. Justeru, kita tidak boleh bersangka buruk dengan Allah dengan tanggapan bahawa apa yang didatangkan Allah itu menyusah, menyukar dan membebankan. Semua yang datang daripada Allah dan segala ketentuanNya adalah baik dan menepati dengan pilihanNya. Tidak ada seorang pun di kalangan manusia yang mampu mengetahui ilmu Allah yang terkandung segala muslihat yang tersembunyi. Kata Abu Talib al-Makki seorang ulamak Tauhid dan Tasawuf manusia akan benci kepada penyakit, tidak senang dengan kefakiran, kemiskinan dan kemudratan. Namun semua ini membawa kepada kebaikan di akhirat. Sebaliknya mereka yang cintakan kepada kekayaan, kesihatan, kemasyhuran, semua ini membawa kepada akibat yang tidak baik di dunia dan akhirat.

Hati Memerlukan Cahaya


Allah telah menerangi segala apa yang ada di langit dan di bumi dengan cahaya bulan dan bintang dan cekerawala yang lain. Dengan cahaya ini kita mampu melihat segala yang ada di hadapan mata kita secara jelas dan nyata. Kita percaya dan yakin apa yang dilihat dengan mata kasar dan pancaindera kita itu adalah benar. Cahaya ini adalah datang daripada mahluk yang tidak akan kekal abadi dan akan pergi. Matahari dan bulan datang bersilih ganti, maka begitulah cahayanya. Keadaan yang sama juga berlaku kepada hati. Ia memerlukan cahaya yang terang untuk menyuluh kegelapan dan kekaburan. Justeru, hati manusia akan terang jika disuluh dengan cahaya ilmu yang dapat mengenali Allah dan segala sifat-sifatNya.

Kenali Diri Kenal Allah


Manusia adalah hamba kepada Allah yang lemah, diciptakan Allah bersifat dengan segala sifat-sifat kekurangan, kepapaan dan berhajat dalam semua keadaan kepada Allah SWT yang maha berkuasa. Kita diajar agar sentiasa menghayati dalam diri bahawa setiap saat dalam hidup di dunia atau selepas kehidupan dunia setelah nyawa terpisah daripada badan agar sentiasa memerlukan Allah. Apa jua keperluan hidup manusia dalam hidup dan matinya memerlukan kepada kurniaan Allah. Berhajat kepada Allah bukan pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia hendaklah berterusan dan berkekalan. Ini kerana sifat keyakinan dalam dirinya bahawa dirinya adalah ciptaan Allah SWT, maka dirinya ditentukan oleh Allah dalam semua hal dan keadaan. Dengan keyakinan inilah yang akan melahirkan rasa keagungan dan mengenali sifat Allah yang Maha Suci. Cahaya kebesaran Allah dan keagunganNya telah tumbuh dengan subur dan mekar di hatinya.

Doa Seorang Hamba


Mohonlah dengan Allah agar Allah mendatangkan rasa kegembiraan kita dengan Allah. Ini kerana sesiapa yang merasai sifat ini bermakna dirinya redha dengan apa jua ketentuan Allah. Orang yang redha dengan Allah akan mendapat darjat keredhaan daripada Allah da.lam semua aspek kehidupannya. Jika kita redha dengan Allah bermakna kita tidak redha dengan ketentuan selain daripada Allah yang berupa makhluk. Allah SWT berfirman:

Kenal Allah Tak Bermusim


Apabila seseorang itu telah kenal dengan Allah, maka dirinya akan berhajat dan memerlukan kepada Allah pada setiap saat dan masa. Keperluan kepada Allah bukanlah mengikut waktu dan masa tertentu sahaja, bahkan sentiasa berkekalan dan terus menerus. Ini kerana hambanya mengenali Allah, pasti akan mengenali hakikat diri dan sifat dirinya sendiri. Dirinya seorang hamba yang papa dan berhajat kepada Allah dalam segala hal kehidupan. Dirinya adalah makhluk yang diciptakan Allah dan ditentukan dalam semua perkara oleh Allah SWT. Kekuatan dirinya hanya bergantung kepada kekuatan Allah, lantas dirinya mempunyai kekuatan setelah bangkit daripada kelemahan.

Bagaimana Ingin Mendekati Allah


Manusia yang telah dekat dirinya dengan Allah pasti tidak akan ditolak segala permintaannya. Bahkan Allah akan menggerakkan lidahnya untuk sentiasa berdoa dan memohon apa jua hajat kepadaNya. Lidahnya sentiasa ringan untuk memohon doa dan petunjuk Allah dengan merasai dirinya fakir, hina dan sangat berhajat kepada Allah dalam apa jua keadaan. Rasa fakir dan miskin di sisi Allah tidak akan dirasai kecuali orang yang dihidupkan hatinya oleh Allah SWT. Sifat kesombongan diri akan hilang dan yang menjelma dalam dirinya adalah sifat merendah diri, rasa kekerdilan diri dan berhajat kepada yang empunya kuasa yakni Allah SWT. Apabila kita dapat menghayati dan merasai dengan sebenar-benar pengharapan dan hajat hanya kepada Allah yang mampu menyampaikan segala hajat, maka ketika ini kita tidak akan boleh berpisah dengan Allah untuk menyampaikan hajat untuk bermohon kepadaNya. Alangkah bertuahnya orang yang digerakkan hatinya untuk hidup dengan merasai sepenuhnya hidup hanya kerana dan untuk Allah. Inilah anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada insan pilihanNya.

Jangan Lupa Hakikat Diri



Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia, iaitu nikmat ciptaan Allah dan nikmat kelangsungan hidup. Jika kita tidak diciptakan oleh Allah SWT, maka kita tidak ada di dunia ini. Kemunculan kita di alam ini adalah kerana kita adalah pilihan Allah yang telah ditentukan akan lahir ke muka bumi.  Hakikatnya kita pada mulanya tidak ada kemudian Allah yang mengadakan kita. Apabila kita bernama makhluk, maka sesuatu itu tidak terjadi tanpa dijadikan oleh yang Maha mencipta iaitu Allah SWT.

Dunia Lambang Keindahan Sementara


Dunia adalah pentas lahiriyah yang mempesonakan. Dunia dihiasi dengan keindahan dan kecantikan sehingga manusia boleh tertipu dengan godaan dunia. Manusia sering memandang dunia dengan penuh kemuliaan dan kemegahan. Ukuran kemegahan dan kemuliaan seseorang adalah terletak pada darjat, pangkat, kekayaan, kecantikan, kepandaian, kebijaksanaan dan sebagainya. Lumrahnya manusia mendapatkan kemuliaan dan kemegahan dengan bergantung makhluk yang diciptakan Allah yang juga tidak kekal, hancur, rosak binasa dan akan lupus. Manusia seringkali tersilap dalam menilai dan mengukur ketepatan sesuatu. Justeru, pada hakikatnya kemuliaan dan kemegahan dunia hanyalah bersifat sementara sahaja. Dunia jugak adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan segala isinya. Orang yang melihat dunia dengan hati dan akal tidak akan tertipu dan terpengaruh dengan lahiriyah dunia sekalipun ia cantik dan menawan. Ada dan tiadanya dunia adalah sama baginya, bahkan seolah-oleh tidak ada di sisinya.

Faham Ketentuan Allah


Apabila kita boleh menerima hakikat jika Allah tidak memberikan nikmat duniawi kepada kita, bermakna Allah sayang dan kasih kepada kita. Ini kerana sebahagian besar manusia memahami bahawa pemberian nikmat duniawi sebagai tanda Allah kasih kepada diri dan tidak melupainya. Doanya dimaqbulkan Allah dan hampir dengan Allah. Allah memberikannya nikmat sihat sepanjang masa, nikmat kaya yang melimpah ruah sebagai tanda dekat dirinya kepada Allah.

Berdoalah dengan kata-Kata Yang baik


Permohonan yang baik kepada Allah ialah sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT dan diperintah olehNya. Kita memohon kepada Allah sesuatu yang boleh memudahkan kita untuk melaksanakan perintahNya. Antaranya pohonlah dengan Allah agar kita dapat Istiqamah dalam ketaatan kepada Allah semata-mata keranaNya.

خَيْرُهُ مَا تَطْلُبُهُ مِنْهُ مَا هُوَ طالِبُهُ مِنْكَ

Ertinya: Sebaik-baik sesuatu yang kamu mohonkan kepada Allah ialah apa yang Allah                         mengkehendakiNya daripada kamu.

Mensyukuri nikmat Allah


Mensyukuri nikmat Allah ialah ..apabila kita tidak mensyukuri nikmatNya, maka nikmat itu akan hilang dan pergi. Kekalnya nikmat Allah bersama kita apabila kita mensyukuri nikmat tersebut, bahkan nikmat tersebut akan ditambah lagi daripada yang tersedia ada.  Allah SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:

Saat Gembira Bersama Allah


Allah SWT berfirman Ertinya:  Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.

Pergolakan Antara Nur dengan Kegelapan


Hati manusia mempunyai dua keadaan. Iaitu hati yang dipenuhi dengan cahaya tauhid Allah dan hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan syirik serta keraguan kepada Allah. Hati yang dipenuhi dengan cahaya akan bertambahnya pemantapan tauhid dan keyakinan kepada Allah yang kuat.  Cahaya inilah yang membawa kita dekat dengan Allah dan langsung mendapat bimbinganNya. Hati yang gelap tidak terpimpin dengan ajaran agama. Hatinya dimiliki oleh nafsu ammarah yang menjadi raja dalam dirinya dan akhirnya membawa kepada tabiat-tabiat kemanusiaan yang jauh daripada keredhaan Allah. Orang yang mendapat bimbingan Allah akan dimenangkan hatinya oleh Allah berbanding nafsunya. Allah akan memberikan bantuan kepada hati dan akalnya iaitu melalui cahaya Ilahi. Allah akan menambahkan kekuatan dalam agamanya dan berpegang kuat kepada ajaran-ajaranNya. Dilimpahkan Allah dengan kekuatan tauhid dan keyakinan sehingga dalam diri kita tidak ada yang berkuasa selain Allah. Allah akan memutuskan segala bantuan kepada nafsu yang boleh memperkuatkan kedudukan hawa nafsu. Begitulah sebaliknya, Allah akan memperteguhkan nafsu dan tidak dimantapkan tauhid. Maka hati menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang nafsu lagi.

Antara Dosa dan Baik Sangka kepada Allah


Penyesalan terhadap sesuatu dosa yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang kita tanggapi. Jika kita melakukan dosa besar sekalipun namun menganggapnya sebagai kecil sahaja, maka penyesalah ketika itu tidak memberi apa-apa makna. Lahirnya sifat menyesal sebagai tanda kita merasai besarnya dosa yang dilakukan dan tanda tidak meremehnya kita dengan dosa. Ini kerana besar atau kecilnya dosa itu, yang mengampuninya adalah Allah. Keadaan ini menjadikan dirinya cepat untuk bertaubat dan tidak akan mengulanginya lagi dan berjanji tidak akan kembali melakukan dosa tersebut.

Tanda-tanda Mendapat Nur Ilahi


Nur ketuhanan ini merupakan ilmu yang datang secara langsung daripada Allah SWT. Nur inilah yang menjadikan hati seseorang tenang, lapang dan bersihnya hati manusia. Nur inilah yang boleh dan mampu membezakan antara yang baik dengan buruk, pahala dengan dosa, bersih dengan kotor dan sebagainya. Hilang dan perginya cahaya Ilahi ini akan melindung dan menghalang seseorang daripada menerima kebenaran dan segala kebaikan yang datang daripada Allah. Hati  yang bersih daripada segala dosa dan maksiat zahir dan batin akan mendapat cahaya Ilahi. Datangnya cahaya Ilahi juga perlu dilakukan melalui latihan dan kesungguhan untuk tidak mengikuti hawa nafsu dan syahwat. Setelah penyakit batin ini telah diubati maka hati kita akan bersedia untuk menerima Nur Ilahi.

Bagaimana Menghidupkan Hati

Apabila Allah memberikan hidayah dan taufiqNya, maka Allah menggembirakan hati untuk melakukan kebaikan. Hati akan terasa lapang dan sentiasa mengharapkan kepadaNya. Orang yang beriman hatinya sentiasa hidup dan tidak akan mati selama-lamanya. Amal ibadah yang mendekatkan hati kepada Allah adalah syarat terpenting bagi menghidupkan hati. Fatah al-Maushili menjelaskan bahawa hati perlu diisi dengan ilmu. Sekiranya hati kita tidak diberikan hikmah dan ilmu pengetahuan selama tiga hari maka hati akan menjadi mati. Ilmu adalah makanan hati yang mengandungi nur Ilahi. Abdullah Ibn Mas’ud mengatakan bahawa:

Ikhlaskan Diri Dalam Beramal

Amal kebaikan atau ibadah yang dilakukan oleh seseorang tanpa diiringing oleh sifat ikhlas seumpama patung yang tidak mempunyai roh (jiwa). Ia tidak memberi apa-apa erti dan makna. Allah SWT menilai amalan kita bergantung kepada peringkat atau tingkatan amalan seseorang. Terdapat perbezaan antara ibadah:

Tanda-tanda Hati Yang Mati


Manusia yang hidup dapat merasai kesenangan, kesusahan, kegembiraan, kesedihan dan lain-lain, berbeza dengan manusia yang mati. Demikianlah juga dengan hati manusia, yang telah mati, hati tidak lagi merasai sedih, resah-gelisah dan gundah-gulana, bimbang dan takut dengan kesalahan diri, apabila tuan punya hati meninggalkan perintah-perintah Allah, menentang dan melawan hukum-hakamNya. Jauh dari menyesali, malah berbangga dan bermegah dengan kesalahan yang dilakukan. Dirinya akan senang menyebelahi kepada kejahatan dan dirinya sentiasa gembira dan tenang sekalipun berada dalam lembah dosa. Hati akan terhijab dengan dinding gelap yang tebal antara manusia dengan Allah. Sekiranya kecenderungannya kepada kejahatan dan maksiat terlampau-lampau dan sukar untuk meninggalkannya, maka itu tandanya hati yang mati semati-matinya.

Program Jelajah Ilmu di Bumi Ambiya'

Kepada Sesiapa yang berminat untuk menyambung pengajian di Jordan, Mesir, Yaman, Syria, Indonesia, Madinah, Ummul Qura Makkah melalui program jelajah Ilmu di bumi Ambiya'. sila Hubungi

1. En Husnul al-Syaari bin Rasyidi 0163696583
2. Dr Mohd Afendi Bin Mat Rani 0129003913

Jangan Tangguh Amalan baik



Janganlah kita menunggu atau menangguh untuk beramal disebabkan oleh kesibukan kita dengan dunia atau menanti-nanti waktu yang tenang untuk melakukan amal kebajikan. Ini kerana orang yang menangguh amal ibadah bermakna mengabaikan ibadah pada waktu yang ada. Kita seharusnya terus beramal menurut kemampuan kita tanpa menunggu-nunggu waktu yang kosong atau waktu tenang daripada segala kesibukan dunia. Keadaan ini seumpama seorang pesakit yang tidak akan berubat atau merawat sehingga dia sembuh daripada penyakit yang dihadapi. Sesuatu penyakit yang dihadapi tidak boleh sembuh begitu sahaja tanpa berusaha sedaya upaya mengubatinya. Kita tidak boleh menanti untuk melakukan amal ibadah setelah selesai segala halangan. Manusia tidak sunyi daripada halangan dan kekangan masa dan keadaan. Sekira kita masih berkeadaan demikian, bermakna kita berkata kepada diri kita sendiri bahawa aku masih belum dapat melakukan amal ibadah kerana sibuk dan banyak halangan yang belum dapat diselesaikan. Kita juga berkata bagaimana aku ingin melakukan amal ibadah sedangkan aku belum tenang lagi. Semua ini menjadikan pengakhiran hidup kita tidak dapat melakukan amal ibadah kerana dunia tidak ada noktah kesibukan kecuali datangnya kematian.

Justeru, orang yang menangguhkan amal ibadah sementara menanti waktu tenang adalah orang yang memutuskan hubungan dengan Allah dan menunjukkan kelemahan kita 

Ikhlaskan Diri Dalam Beramal

Amal kebaikan atau ibadah yang dilakukan oleh seseorang tanpa diiringing oleh sifat ikhlas seumpama patung yang tidak mempunyai roh (jiwa). Ia tidak memberi apa-apa erti dan makna. Allah SWT menilai amalan kita bergantung kepada peringkat atau tingkatan amalan seseorang. Terdapat perbezaan antara ibadah:

i.                    Lillahi Taala: Melaksanakan ibadah dengan menjaga hukum-hakam lahiriah.
ii.       Billahi Taala: Melaksanakan ibadah / kebaikan yang terkandung di dalam hati demi menghampirkan diri kepada Allah SWT.

Antara peringkat-peringkat amal manusia ialah:

Bagaimana Pergerakan Hati


Pergerakan hati adalah penting (al-Harakat al-Qalbiyah) yang juga dikenali sebagai gerak geri hati yang diilhamkan oleh Allah SWT. Sifat kasih dan sayang kepada orang yang miskin melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap ibadah zakat, bersedekah, membantu amak-anak yatim dan melakukan amal kebajikan yang lain. Apabila timbulnya rasa berdosa, maka lahirnya rasa untuk bertaubat kerana banyak melakukan dosa dan maksiat.

Jalan Mengenal Allah


Seseorang yang beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh akan dibukakan oleh Allah pintu hatinya untuk mengenali Allah (Makrifat). Apabila terbukanya pintu hati ini kita akan dapat merasakan Allah bersama-sama di mana sahaja kita berada. Allah sentiasa memerhati dan melihat kita dan terlalu hampir dengan kita. Segala tindak-tanduk kita semuanya dilihat oleh Allah SWT dan Allah yang menjadikannya. Di saat ini sekalipun sedikit amal ibadah yang kita lakukan namun, sedikit ini lebih hampir dan dekta kepada Allah berbanding dengan amal yang banyak. Ini disebabkan Allah telah membuka jalan untuk kita mengenaliNya dengan kehendakNya.

Allah Berjanji Dan Menepati Janji


Apabila kita menerima ketetapan Allah dan redha dengan pilihan dan keputusan Allah bermakna kita memperakui ilmu Allah yang Maha Mengetahui sama yang terdahulu atau masa akan datang. Maka hati akan menjadi tenang, yakin dan tidak ragu-ragu atas keputusan hati yang diadili oleh Allah, maka inilah dikatakan sebagai janji Allah yang tidak sesekali meningkari janji.  Firman Allah SWT di dalam surah al-Fatir ayat 5:

Allah Pasti Memperkenan Doa Kita


Setiap doa yang kita pohonkan kepada Allah tidak ada yang ditolak atau diketepikan, melagi tidak ada tujuan-tujuan yang membawa kepada dosa. Sabda nabi saw:

عنْ أبي سَعيْدٍ الخدري رضى الله عنه: قال: ما من مُسْلِمْ يَدْعُوْ بِدَعْوَةٍ ليْسَ فِيْها إٍثْمٌ, ولا قَطِيْعَةِ رَحِمٍ, إلاَّ أعْطاهُ اللهُ بها إحْدَى ثَلاَثٍ: إما أن يُعَجِّلَ له دَعْوَتَهُ, وَإما أن يَدَّخِرَهَا له فى الأخرةِ, وإما أن يَصْرِفَ عَنْهُ من السُّوءِ مِثْلَهَا, إذَنْ نُكْثْرَ ؟ قال: اللهُ أكْثَرْ

Ertinya: Dari Abi Said al-Khudri ra, nabi saw bersabda: Tidak ada seorang muslim yang berdoa yang mana tidak ada pada doanya itu perkara-perkara dosa, memutuskan hubungan silaturrahim, melainkan pasti Allah akan memperkenankan salah satu daripada 3 perkara: Ada waktunya Allah segera memperkenankan doanya, ada waktunya doa itu Allah  menjadikan sebagai  simpanan pahalanya di akhirat, ada waktunya Allah  memalingkan daripada orang tersebut berbentuk kejahatan (bala dan musibah) sesuai dengan doanya. Maka para sahabat bertanya: Kalau demikian, baik kita memperbanyakkan doa. Jawab nabi saw: Allah akan memperbanyakkan pemberianNya.

Jangan Putus Asa Dengan Keputusan Allah



Kita sebagai hamba kepada Allah hendaklah sentiasa berdoa dan memohon kepadaNya yang menunjukkan bahawa kita adalah makhluk yang sangat berhajat kepadaNya dan tidak boleh melepaskan diri daripadaNya. Orang yang tidak berhajat untuk berdoa kepada Allah adalah mereka yang sombong dengan Allah. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Mukmin:

Tanda Tertutupnya Pintu Hati



Perbezaan antara matahati (al-Basyirah) ialah sesuatu yang disebut sebagai mata di dalam hati yang dapat menangkap segala sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera yang lima (Maknawiyah). mata zahir (al-Basyar) ialah mata jamaniyah yang dapat menangkap dengan penglihatan zahir segala sesuatu yang dapat dlihat oleh pancaindera lima (Hisyy).

Allah Mempunyai hak ke atas Hamba



Allah SWT mempunyai hak untuk hambanya yang ditunai dan disediakan oleh Allah SWT. Dalam hal ini manusia tidak mempunyai pilihan dan ketentuan sendiri kecuali ianya telah ditentukan Allah. Manusia tidak boleh mencampuri dalam urusan hak Allah, melainkan hanya tunduk dan patuh sahaja. Apabila manusia mula campurtangan dalam perkara hak Allah untuk hambaNya, maka berlakulah kepincangan dunia ini, dan binasalah manusia. Berlakunya krisis akhlak dan masalah sosial yang berlaku kerana manusia tidak mampu untuk membezakan antara hak Allah untuk hamba-hambaNya. Sedangkan manusia tidak patut dan tidak perlu mempersoalkan kenapa dibuat, disuruh dan dipaksa oleh Allah SWT, kerana setiap yang diperintah itulah yang terbaik. Allah SWT yang menentukannya dengan kehendak dan kekuasaanNya. Manusia. Ini bermakna Allah telahpun menunaikan hakNya untuk hambaNya dengan sesempurna dan sesebaik. Menurut Muhammad Sahl bin Abdullah Tasturi, hak Allah untuk hambanya ada 3:

Hidup Jangan Hanya Bergantung Dengan Amal Kebaikan


مِنْ علاماتِ الإعْتِمادِ على العَمَلِ نُقْصَانُ الرَّجَاءِ عند وُجُودِ الزَّلَلِ

Ertinya: Antara tanda manusia yang berpegang kepada amal ialah kurangnya harapan kepada Allah ketika berlaku kesalahan-kesalahan.

Orang Mati mengetahui Amal Mereka?

Daripada Ibn Abi Dunia, Abu Qilabah menceritakan ketika sampai di Basrah, beliau berhenti di suatu tempat dan sembahyang 2 rakaat sebelum tidur. Ketika beliau sedang nyenyak tidur di atas sebuah kubur, tiba-tiba beliau terjaga kerana diganggu oleh pemilik kubur tersebut. Pemilik kubur itu mengadu kepadanya seraya berkata:" kamu semua boleh beramal, tetapi kamu tidak mengetahui bagaimana amalan kamu. Adakah Allah terima atau sebaliknya. Sedangkan kami yang telah meninggal dunia, kami mengetahui amalan kami, tetapi kami tidak boleh beramal lagi. Dua Rakaat yang kamu solat sebelum tidur tadi adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. Alangkah bertuahnya jika aku dapat menunaikannya. Namun kini aku mampu melihat amal yang telah aku kumpulkan di dunia.

Roh Menjawab Salam Orang Hidup?

Sabda Nabi saw : seseorang muslim yang melalui di kawasan kubur sahabatnya yang dikenali di dunia, lalu dia memberi salam kepada temannya yang berada di dalam kubur itu, maka Allah akan mengembalikan roh si mati untuk menjawab salamnya.  
        Berdasarkan kepada hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa mayat yang berada di dalam kubur mengenali sahabat handainya semasa di dunia, dan dapat mendengar tapak kaki orang yang menghantarnya ke kubur. Ketika mana Baginda saw memerintahkan para sahabat agar mengumpul dan mencampakkan mayat-mayat Quraiys di medan Badar, lalu Baginda saw menyeru nama-nama mereka:" wahai pulan bin pulan, apakah sekarang kamu mendapati janji Allah itu benar? Sesungguhnya aku mendapati janji Allah kepadaku adalah benar, dengan kemenangan berpihak kepada muslimin.

Isnin, 27 Februari 2012

Sewa Padang Futsal di T'bali Futsal Centre


Tanah Untuk Dijual dan Dibeli hubungi 0129003913 di kawasan Klang, Kapar, Jeram, Pasir Puteh Kelantan. Harga di kawasan Kapar dan Jeram dan sekitarnya RM7.00 sekaki. Berminat sila hubungi En Kamarudin 0162374913


Membeli sambil Berwakaf Kepada Anak-anak Yatim al-Munirah Klang


Sila Dapatkan Buku Hasil daripada Terjemahan Tesis Bahasa Arab Universiti of Jordan


Dapatkan Buku Soal Hati Dengan Harga Penulis...Rasai Sentuhan Qalbu Imam al-Ghazali Mudah di Fahami


UNSUR HARAM DALAM PENDAPATAN

Mencari dan mendapatkan rezeki di bumi Allah ini adalah amat dituntut sebagai satu kewajipan. Justeru Allah SWT mengizinkan umat manusia agar menikmati apa jua rezeki yang baik di dunia ini. Allah SWT berfirman di dalam surah al-Mulk ayat 15:


    Ertinya: Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu. Maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekinya…”
           
Kita perlu menyedari bahawa setiap pekerjaan dan menghasilkan pendapatan yang halal, sebenarnya kita melaksanakan perintah Allah SWT di dalam ayat di atas. Ia dianggap sebagai satu ibadah dan amal soleh yang menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Ini bermakna ibadat kita tidak hanya dikhususkan kepada amalan solat, berzakat, haji dan lain-lain, tetapi setiap pekerjaan dan usaha sama ada sebagai pegawai kerajaan, atau bekerja sendiri tergolong sebagai ibadah, selagi niat kita untuk mendapat keredhaan Allah serta menepati dengan syarat-syarat kerjaya yang ditetapkan oleh Allah SWT dan RasulNya.

Nikmat Allah Yang Dilupakan


Allah SWT memberikan sebesar-besar nikmat dengan memantapkan Tauhid dan keimaman seseorang, dan bukannya semata-mata melimpahi dengan kekayaan dan kedudukan dan pangkat.

Apakah pengertian mensyukuri nikmat Allah SWT? Mensyukuri nikmat Allah bermakna kita mempercayai dengan penuh yakin di dalam hati bahawa hanya Allah satu-satu Pemberi nikmat, dan tidak datang nikmat itu kecuali datangnya daripada Allah SWT. Dialah sahaja yang memberi nikmat dan tidak ada yang boleh memberi selainNya. Ini berdasarkan kepada hadis Qudsi yang berbunyi: