Ads 468x60px

Labels

Khamis, 30 Jun 2011

Fatwa Siri 2

  1. Apakah pengertian wakaf Khas dan wakaf Am?
    • Jawapan: Wakaf Khas iaitu sesuatu yang diwakafkan kepada seorang atau kepada beberapa orang yang telah ditentukan nama mereka. Manakala wakaf Am iaitu seperti yang diwakafkan kepada orang-orang fakir atau orang-orang miskin yang tidak ditentukan nama-nama mereka.
  2. Adakah barang yang diwakafkan itu boleh dimilik oleh satu orang
    • Jawapan: Wakaf-wakaf itu tidak boleh dimiliki oleh seorang.
  3. Adakah harus barang-barang wakaf itu dipinjamkan atau pun disewakan kepada orang ramai?
    • Jawapan: Sekiranya harta wakaf itu berbentuk rumah dan seumpamanya diwakafkan bagi menghasilkan pendapatan, maka ia boleh disewakan. Sebaliknya jika diwakafkan kepada beberapa orang tertentu untuk didiami, maka rumah itu tidak harus diberikan sewa kepada orang lain.
  4. Apakah hukum seseorang yang merosakkan barang-barang wakaf?
    • Jawapan: Hukumnya ia adalah perbuatan maksiat dan wajib atasnya mengembalikan semula bayaran dendanya.
  5. Adakah boleh dipindah barang-barang wakaf itu ke tempat lain?
    • Jawapan: Tidak boleh

Rabu, 29 Jun 2011

Hukum Mendirikan Madrasah di Atas Tanah Kubur


HUKUM MENDIRIKAN MADRASAH DI ATAS TANAH KUBUR

Tanah wakaf bagi masjid yang telah runtuh lebih kurang sudah 5 @ 6 tahun manakala runtuh masjid itu ahli-ahli qaryah itu mendirikan Jumaat di tempat yang lain di surau atau di madrasah, begitulah halnya.

Kemudian masa sekarang ahli-ahli qaryah yang dekat dengan tempat tanah wakaf masjid itu hendak didirikan pula sebuah madrasah di tempat tapak itu atau kawasan tanah wakaf masjid itu kerana tempat budak-budak belajar walhal niat si wakaf (orang yang berwakaf) tidak diketahui, adakah harus berbuat demikian atau pun tidak?

Selasa, 28 Jun 2011

Fatwa Siri 3

ISU-ISU HARTA-HARTA WAKAF (BAITULMAL)

  1. Achong, Ahmad, Ramasami, tiap-tiap seorang ada seekor anak kerbau, maka diserahkan menjaganya kepada seorang kuli, 2 tahun kemudian maka datanglah mereka itu hendak mengambil kerbau-kerbaunya tetapi pada masa itu tiada seorang pun daripada mereka itu yang kenal akan kerbau masing-masing. Adakah kerbau itu jadi milik Baitul Mal?
  2. Abdullah telah bertukar dengan tak sengaja basikalnya yang separuh umur dengan sebuah basikal baru kemudian diisytiharkannya perkara itu dan tiada siapa yang mengaku hingga beberapa bulan adakah basikal baru itu dipunyai atau diserahkan kepada Baitul Mal?
  3. Zaid dan Umar bersempadan kebun kelapanya, buah kelapanya yang gugur bercampur tidak dapat dikenali dan dibezakan dan keduanya tidak mahu beredhaan, adakah kelapa itu diserahkan kepada Baitul Mal?

Isnin, 27 Jun 2011

Tanah Wakaf Masjid dan Kubur Didirikan Sekolah

Soalan:

Jika si Zaid mewakafkan 2 ekar tanah umpamanya, kerana tanah wakaf membuat masjid dan wakaf perkuburan orang mati kemudian masjid sudah didirikan di tanah itu dan wakaf perkuburan sudah jua ditempatkan tetapi belum memenuhi seluas tanah yang tersebut.

Sekarang si Zaid sudah mati dengan persetujuan orang ramai Islam di kampung itu, tanah yang masih kosong itu hendak didirikan sekolah pula. Adakah didapati kelulusan syarak? Dan adakah dikatakan wakaf khas atau am cara yang seumpama ini?

Jawapan:

Tidak lulus dalam hukum syarak kerana perkara wakaf tidak boleh di ubah melainkan mesti menurut bagaimana syarat-syarat orang yang berwakaf.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe TahirAl-Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961

Kubur di Tanah Wakaf Masjid

Seorang telah mewakafkan tanahnya khas kerana masjid dan kemudian daripada itu telah didapati seorang lain pula menanamkan mayat bapanya di atas tanah itu dengan tidak pula diketahui oleh nazir wakaf itu. Maka sekarang hendak dibangunkan masjid di atas tanah itu dari kerana itu nazir wakaf meminta supaya dipindahkan mayat itu ke tempat lain oleh sebab kubur itu terkena betul pada tanah tapak masjid itu. 

Yang demikian di pohon petuanya apa hukum menanam mayat di atas tanah wakaf yang tersebut itu adakah boleh dipindahkan mayat itu ke tempat lain atau tidak kerana tempat itu hendak dibangunkan masjid sekarang adanya. 

Jawapan:

Wajib atas waris mayat itu membongkar dan memindahkannya dan jika tidak ada waris, wajib atas kerajaan membongkar dan memindahkannya ke tempat perkuburan lain, kerana menanamnya di dalam tanah wakaf kerana masjid itu ceroboh wajib menghapuskannya dengan serta merta. والله أعلم.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe TahirAl-Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961

Ahad, 26 Jun 2011

Mengambil Tanah Wakaf Menjadi Milik Sendiri

Soalan:
Seorang Islam mewakafkan sekeping tanah kebun getahnya hasilnya itu hendak dibuat perbelanjaan untuk maslahat apa-apa juga bagi masjid di kampung itu. Tanahnya dibuat wakaf perkuburan di kampung itu khasnya bagi orang-orang Islam, kemudian lepas daripada beberapa tahun diambil oleh seorang Islam dibuatnya miliknya sendiri akan harta wakaf itu apa hukumnya?

Jawapan:
Jika sah wakaf itu menurut syarat-syarat nescaya wajiblah dikembalikan kepada wakaf yang asal maka jika tidak dikembalikan adalah haram atas orang yang mengambilnya dengan zalim menjadikan miliknya kerana hak tanah kebun getah yang diwakafkan itu telah berpindah milik daripada orang yang mewakafkan kepada hak maslahat masjid dan orang Islam tidak boleh dipinda atau diubah atau ditarik balik atau dijual atau dihebohkan atau dirampas.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Johor
Badan yang mengisu fatwa : Mufti Kerajaan Johor
Penulis/Ulama : Dato’ Said Alwe TahirAl-Hadad
Tarikh Diisu : 1936-1961

Sabtu, 25 Jun 2011

Fatwa Saham Wakaf Dan Wakaf Ganti

  1. Mengadakan saham wakaf yang musytarik dengan syarikat-syarikat perniagaan melalui belian saham, kemudian diwakafkan dengan tujuan memajukan harta wakaf adalah diharuskan mengikut syarat-syarat wakaf.
  2. Wakaf Gantian (wakaf ibdal) bermaksud menukar harta wakaf dengan harta yang lain melalui jualan atau belian atau sebagainya dengan tujuan mengekalkan harta wakaf adalah diharuskan mengikut taklid pendapat Imam Abu Hanifah.
Negara asal : Malaysia
Badan yang mengisu fatwa : Majlis Fatwa Kebangsaan
Tarikh Diisu : 13-14 April 1982
Nota: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kali Ke-4

Jumaat, 24 Jun 2011

Dimana Keadilan Undang-undang Islam


Pendahuluan
Selepas perang Dunia Kedua kebanyakan negara Islam telah mencapai kemerdekaan tetapi dalam perundangan ia masih mengamalkan konsep perundangan dari luar tanpa mengambil kira sama ada ia sesuai atau tidak dengan suasana masyarakat Islam dan ruh agama Islam itu sendiri.  Sedangkan system luar ini sudah tidak mampu untuk menangani masalah manusia dan memporak-perandakan hidup mereka. System ciptaan manusia ini menjauhkan manusia daripada ikatan agama yang bersifat mendidik dan mengawal kehendak nafsu manusia. Allah yang menciptakan manusia, maka Allah jua yang merekacipta cara untuk manusia hidup di dunia ini.

Tujuan dan Objektif Undang-undang Syariah

Selasa, 14 Jun 2011

Dunia Berhajat Kepada Kepimpinan Allah Dan Rasulnya


Pendahuluan

Lahir dan munculnya seorang nabi akhir zaman adalah di saat manusia sangat-sangat memerlukan kepada tunjuk ajar dan bimbingan Allah yang disampaikan oleh Baginda. Apabila berleluasanya kejahatan, orang yang zalim disanjungi, pihak yang kuat menjadi raja, manakala rakyat yang lemah menjadi hamba. Pangkat, kuasa dan wang ringgit menjadi tuhan kepada manusia.  Kesesatan semakin jauh sehingga di luar batasan akal kemanusiaan. Golongan yang kaya bermewah dengan kekayaannya. Manakala yang miskin dipandang hina. Ditengah-tengah fenomena inilah lahirnya seorang nabi sebagai penyelamat ummah yang akan memimpin manusia untuk membezakan antara yang haq dengan yang batil, tauhid dengan syirik, salah dengan yang benar, halal dan haram dan sebagainya.

Dunia Yang Berhajat Kepada Petunjuk Rasul

Rabu, 1 Jun 2011

Penyelidikan

Antara Penyelidikan yang telah dan sedang dilakukan ialah:

  1. Tahap Penguasaan Ilmu melalui Kuliah Magrib di Negeri selangor.
  2. Penyewaan Tanah Wakaf Menurut Hukum Syarak dan Amalannya di Negeri Kelantan. Dana Kecemerlangan UiTM
  3. Isu-isu Istibdal Tanah Wakaf di Malaysia, Dana Research University Group USM.
  4. Pembiayaan Ijarah Wakaf Sebagai Mekanisme Transformasi Pembangunan Ekonomi Umat Islam di Malaysia, Dana Accounting Research Institute (ARI) UiTM
  5. Laporan Audit Wakaf di Malaysia, Dana Accounting Research Institute (ARI) UiTM
  6. Undang-undang Pentadbiran Tanah Wakaf di Negeri Kelantan, Tesis Master Univ. Malaya Kuala Lumpur, 2002.
  7. Pengambilan Tanah Wakaf Oleh Pihak Berkuasa Negeri di Malaysia: Analisa Menurut Hukum Syarak dan Undang-undang di Malaysia, Tesis PhD Univ. Malaya, 2008
  8. Mekanisme istibdal dalam Pembangunan Tanah Wakaf di Malaysia, Research University Group USM.