Amal kebaikan atau ibadah yang dilakukan oleh seseorang tanpa diiringing
oleh sifat ikhlas seumpama patung yang tidak mempunyai roh (jiwa). Ia tidak memberi apa-apa erti dan makna. Allah
SWT menilai amalan kita bergantung kepada peringkat atau tingkatan amalan
seseorang. Terdapat perbezaan antara ibadah:
i.
Lillahi Taala: Melaksanakan ibadah dengan menjaga
hukum-hakam lahiriah.
ii. Billahi Taala: Melaksanakan ibadah / kebaikan yang
terkandung di dalam hati demi menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Antara peringkat-peringkat amal manusia ialah:
1. Ikhlas al-’Ibad
Amalan yang dilakukan oleh seseorang hamba Allah yang bersih daripada sifat
riya’, atau sengaja untuk diperlihatkan oleh orang, atau untuk kepentingan
duniawi agar dia dihormati, disegani dan lain-lain. Beribadah untuk mendapatkan
pahala Allah dan dijauhkan daripada segala seksa azab di akhirat, serta diuji
dengan pelbagai ujian. Hatinya tidak boleh dipisahkan daripada amal.
2. Ikhlas al-Muhibbin
Hamba Allah yang beramal tidak lain dan bukan hanya semata-mata kerana
membesarkan Allah SWT dan mengagungkanNya. Keikhlasan yang dilakukan tanpa
dipengaruhi oleh nafsu dan dunia. Sekiranya kita beramal dan dihati kecil masih
ada harapan untuk mendapat kesenangan dan kebahagian di hari kemudian.
3. Ikhlas al-’Arifin/ al-Muqarrabin
Ini adalah darjat keikhlasan yang paling tinggi. Hamba Allah yang beribadah
tidak ada sedikitpun kepentingan untuk dirinya tetapi hanya ditujukan kepada
Allah. Tujuan ibadahnya untuk menghampirkan diri kepada Allah yang terkandung dalam kalimah :
لا حول ولا قوة إلا بالله
العلي العظيم
Ertinya: Tidak ada daya dan
tidak ada kekuatan yang lain kecuali Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Antara syarat utama penerimaan amal seseorang hamba Allah
dalam melaksanakan ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT ialah
tawaduk. Ia bermaksud sesuatu amal yang kita lakukan bukanlah untuk
diperlihatkan kepada orang lain, atau agar dikenali dan diketahui oleh orang
serta disebut-sebut namanya. Janganlah ada sedikitpun di hatinya untuk
menonjolkan diri yang boleh membawa kepada kemasyhuran di kalangan orang ramai.
Sifat ikhlas akan datang apabila
kita berjaya menyembunyikan diri daripada dikenali orang dan gagal menarik
perhatian orang melalui ibadah kita. Hubungan kita denganAllah akan terputus
disebabkan hilangnya rasa keikhlasan atau terkurangnya sifat tersebut
Jalan terbaik untuk mengubati
penyakit hati ialah dengan melakukan uzlah terhadap diri. Uzlah ialah
mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang yang boleh membawa kepada rosaknya
akhlak kita.
0 ulasan:
Catat Ulasan