Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Bila Pintu Takut dan Harap Terbuka


Apabila kita menginginkan agar hati kita sentiasa dekat dengan Allah dan sentiasa ingat kepadaNya, tidak terputusnya mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah, maka hendaklah kita melihat kepada nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, ingat segala kebaikan Allah selama kita hidup dan menikmati nikmat tersebut. Terlalu banyak rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita sehingga kita tidak dapat menghitung banyaknya nikmat itu. Nikmat tersebut merangkumi nikmat jasmaniah, rohaniah, Iman, Islam dan lain-lain lagi yang tidak mampu dinyatakan.


Hasil daripada nikmat itu kita sentiasa hidup dengan bahagian, aman dan damai, tenang dan tenteram, gembira dan terhibur. Nikmat-nikmat ini akan terus kekal dan berterusan selagimana kita berhubung dengan Allah pemilik segala nikmat ini. Malah Allah bukan sahaja meneruskan nikmat tersebut kepada kita, tetapi memberikan nikmat yang lebih besar dan lebih bermakna daripada apa yang kita ada sekarang.

Seterusnya, bagaimana kita ingin menjadikan diri kita bersifat al-Khauf iaitu takut kepada Allah ialah dengan mengingati kelalaian kita terhadap Allah. Kita sering lupa kepada kewajipan ibadah kepadaNya, menuruti segala hawa nafsu, seringkali riya’ dan tidak ikhlas dalam beribadah. Tidak istiqamah dalam beramal dan hanya mengikut kehendak diri kita bukan kehendak Allah. Bagi orang yang bertaqwa, maka dirinya akan menjadi takut dan gentar, gundah gulana, resah dan gelisah, tidak senang dan tenteram, jiwa sentiasa gentar. Hatinya sentiasa mengingati apakah Allah menerima amal ibadahnya apabila bercampur aduk antara amal yang baik dengan amal yang tidak baik.

Dalam keadaan demikianlah, kita hendaklah mengharapkan agar Allah memberi kasih dan sayangNya kepada kita, melimpahkan rahmat dan taufiq agar kita dibimbing oleh Allah. Hatinya kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah dan menjaga dirinya supaya tidak tergelincir daripada hakikat keimanan kepada Allah. Setiap kurniaan Allah ada hikmahnya yang tersembunyi dan sengaja Allah memberikan kepada kita sebagai suatu keputusan yang terbaik.

Bagi hamba Allah yang telah sentiasa berhubung dengan Allah dengan ikatan yang tersimpul kuat, dirinya tidak melihat kepada al-Raja’ (mengharap) dan tidak pula dilitupi perasaan al-Khauf (takut). Hatinya sentiasa mengingati bahawa segala sesuatu itu datang daripada Allah dan kembalinya juga kepada Allah.

Terdapat 3 golongan manusia


  1. Manusia yang gembira apabila dipuji dan tidak senang apabila dicela. Golongan ini dikenali sebagai al-Awwamu al-Ghafilun (orang awam yang banyak lalai) kerana nafsunya lebih berkuasa.
  2. Manusia yang tidak senang dengan pujian tetapi boleh menerima celaan. Golongan ini dikenali sebagai al-‘Umbad (hamba yang soleh), al-Zuhhad (tidak mengutamakan dunia) dan al-Sairun (berjalan pada di jalan Allah untuk mendapat redhaNya). Golongan ini sentiasa memerangi hawa nafsu. Mereka melarikan diri daripada sesuatu yang boleh menghidupkan nafsunya.
  3. Manusia yang senang dan gembira apabila mendapat pujian kerana pujian itu adalah datangnya daripada Allah SWT


189

Orang yang dekat dengan  Allah malu untuk memohon kepadaNya agar Allah menyampaikan hajat dan keinginannya, apatah lagi untuk memohon dengan makhluk selain Allah. Ini kerana mereka telah menyerahkan kepada Allah segala-galanya dan merasai telah cukup dengan ketentuan Allah. Itulah yang menyebabkan dirinya malu untuk mendapatkan hajatnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan