Pergerakan hati adalah penting (al-Harakat al-Qalbiyah) yang juga dikenali
sebagai gerak geri hati yang diilhamkan oleh Allah SWT. Sifat kasih dan sayang
kepada orang yang miskin melahirkan rasa bertanggungjawab terhadap ibadah
zakat, bersedekah, membantu amak-anak yatim dan melakukan amal kebajikan yang
lain. Apabila timbulnya rasa
berdosa, maka lahirnya rasa untuk bertaubat kerana banyak melakukan dosa dan
maksiat.
Menurut Imam al-Ghazali hati yang penuh dengan sifat ketaqwaan, hati ini
akan bercahaya pada akal yang membawa berfikir sesuatu yang baik dan
bersinarnya matahati. Hati akan selalu melihat kepada kebaikan dan menjadi
semakin dekat dengan Allah dan bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan
Allah, sabar dan takut serta mengharapkan kasih sayang Allah senantiasa.
Manakala hati yang penuh dengan gelora hawa nafsu dan penyakit-penyakit
hati akan membuka ruang kepada iblis dan syaitan untuk bersama, dan tertutup
kepada para malaikat Allah. Akal akan membuka peluang kepada hati untuk
memenuhi hawa nafsu, maka dada menjadi lapang untuk menerima kejahatan.
Kekuatan syaitan semakin bertambah kerana lorongnya telah terbuka luas. Iman
pula menjadi semakin dhaif.
Seterusnya ialah hati yang terumbang ambing antara kebaikan dengan
kejahatan, atau antara malaikat dan syaitan. Hati seperti ini sentiasa berada dalam keraguan
sama ada untuk melakukan kejahatan dan kebaikan. Ada waktu hatinya tergoda
dengan kejahatan dan ada waktu menjadi sebaliknya.
Ertinya: Maka sesiapa yang Allah kehendaki
untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya
(membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk
menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya,
seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah
Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman. Dan inilah jalan
Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan
ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
0 ulasan:
Catat Ulasan