Mensyukuri nikmat Allah ialah ..apabila kita tidak mensyukuri nikmatNya,
maka nikmat itu akan hilang dan pergi. Kekalnya nikmat Allah bersama kita
apabila kita mensyukuri nikmat tersebut, bahkan nikmat tersebut akan ditambah
lagi daripada yang tersedia ada. Allah
SWT berfirman dalam surah Ibrahim ayat 7:
Ertinya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu
memberitahu: "Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan
tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras".
Orang yang tidak menuruti perintah Allah dan melanggar arahan dan
teguranNya, bererti kita tidak mensyukuri perintahNya dan pasti suatu masa
nanti nikmat itu akan dicabut sebagaimana firman Allah SWT:
Ertinya: (balasan) yang demikian itu,
ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah
dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada
diri mereka sendiri. dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi
Maha mengetahui.
Bahagian syukur terbahagi kepada:
1. Syukur Qalbi: Hati memperakui dan meyakini apa jua bentuk nikmat
semuanya adalah kurniaan dan datang daripada Allah SWT. Nikmat bukan datang dan
dibuat oleh manusia. Manusia tidak boleh mengadakan nikmat dengan apa jua usaha
dan cara sekalipun. Ia hanyalah datang melalui usaha manusia. Allah SWT
berfirman:
Ertinya: Dan apa-apa nikmat yang ada pada
kamu maka adalah ia dari Allah. Kemudian, apabila kamu ditimpa kesusahan
maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.
(Surah al-Nahl: 53)
2. Syukur Lisan: Syukur lisan
ialah kita mengucapkan syukur dengan kata-kata dalam bentuk pujian dan sentiasa
menyebut-nyebut nikmat tersebut. Bersyukur juga bermakna kita berterima kasih
kepada pengantara yang menyampaikan nikmat kepada kita sebagaimana yang
dikehendaki oleh Allah SWT. Sabda nabi saw:
مَنْ يَشْكُرِ القَلِيْلَ, لَمْ
يَشْكُرِ النَّاسَ, , لَمْ يَشْكُرِ اللهَ
0 ulasan:
Catat Ulasan