Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Manusia Yang diMakbulkan Doa


Manusia yang diterima doanya ialah mereka yang bersifat merendah diri. Allah akan membantu dan menolong orang yang memahami dirinya sebagai seorang hamba. Merendah diri bermakna menyerahkan sifat-sifat Maha Kaya, Maha Kuat, Maha Perkasa kepada pemiliknya yakni Allah SWT. Batin kita mengakui bahawa diri kita adalah hina, miskin dan kita berhadapan dengan Allah yang Maha Kaya, Maha Besar.

Manusia sering melakukan doa untuk mendapatkan apa yang dihajati oleh mereka. Apa yang terlebih penting dan utama ialah kita memperlihatkan kepada Allah dengan sifat-sifat diri kita seorang hamba.


Hakikat doa terbahagi kepada 2:

  1. Berdoa kepada Allah memohon sesuatu denganNya yang didorong oleh rasa kehambaan dan hak-hak Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita agar berdoa kepadaNya. Dengan harapan demikian, maka terlepaslah diri kita daripada dorongan hawa nafsu demi keuntungan peribadi kita.
  2. Tidak berdoa kepada Allah sama ada dengan lidah atau dengan hati.  Bermakna lidah tidak memohon atau mengharap sesuatu, dan hati tidak mengingini apa-apa sekalipun. Namun hati merasai menyerah kepada Allah dan cukup dengan apa yang diberikan Allah dengan berpegang kuat kepada ketentuan atau Qadr Allah SWT.
Apa yang dinyatakan di atas adalah ciri-ciri rasa kehamban yang mantap dan beramal dengan sebaik-baik amalan. Semua ini mengajar kita agar kita berdoa bukan sekadar dengan lidah sahaja, malah dengan hati. Apalah makna sebuah doa yang disertai dengan hati yang lalai, yakni hati yang berlawanan dengan kehendak di dalam doa yang dipinta.

Hamba yang soleh tidak mempunyai kesempatan masa untuk memohon sesuatu dengan Allah. Hatinya hanya mengingati Allah semata-mata. Sedikitpun tidak digunakan lidah dan hatinya untuk mengharapkan sesuatu daripada Allah. Doa seolah-olah tidak menjadi penting lagi kerana mengingati Allah adalah lebih penting. Mereka meyakini setiap makhluk Allah ditentukan rezekinya. Segala-galanya telah dibahagi oleh Allah kepada setiap makhlukNya

0 ulasan:

Catat Ulasan