Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Orang Mati mengetahui Amal Mereka?

Daripada Ibn Abi Dunia, Abu Qilabah menceritakan ketika sampai di Basrah, beliau berhenti di suatu tempat dan sembahyang 2 rakaat sebelum tidur. Ketika beliau sedang nyenyak tidur di atas sebuah kubur, tiba-tiba beliau terjaga kerana diganggu oleh pemilik kubur tersebut. Pemilik kubur itu mengadu kepadanya seraya berkata:" kamu semua boleh beramal, tetapi kamu tidak mengetahui bagaimana amalan kamu. Adakah Allah terima atau sebaliknya. Sedangkan kami yang telah meninggal dunia, kami mengetahui amalan kami, tetapi kami tidak boleh beramal lagi. Dua Rakaat yang kamu solat sebelum tidur tadi adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. Alangkah bertuahnya jika aku dapat menunaikannya. Namun kini aku mampu melihat amal yang telah aku kumpulkan di dunia.

    Inilah keadaannya apabila kita telah dijemput kembali menemui Allah SWT. Nasihat Luqman al-hakim kepada anaknya:" Wahai anakku, apabila seseorang itu meninggal, maka dirinya akan dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian untuk dirinya iaitu amal, satu bahagian untuk ulat iaitu jasadnya, dan satu bahagian untuk Allah iaitu roh". Hanya yang kekal bersama kita semasa berada di alam kubur ialah amalan kita di dunia. Dialah teman kita, pelindung dari merbahaya, penyelamat dari azab kubur dan seksaan api neraka. Alangkah menyesalnya kita bila Allah menjemput tanpa kita membawa bekalan amal. Selagi peluang ada untuk beramal, maka ayuhlah kita melakukan kebaikan sekadar termampu. Di dunia kita tidak merasai bernilainya 2 rakaat solat yang kita dirikan. Seumpama  kita memiliki RM2.00, apalah nilainya jumlah tersebut, sebab kita mampu memiliki lebih daripada itu. Namun apabila kita kesempitan wang, RM2.00 itu terlalu besar untuk kita. Justeru, samalah dengan kehidupan kita di alam kubur. Kita menjadi miskin di alam kubur kerana kurangnya amalan kita, sekalipun kita hartawan semasa hayat di dunia. Apapun miskin di dunia kita boleh memohon bantuan, namun di akhirat tidak ada yang boleh membantu melainkan amalan kita. Maka bagi ahlul kubur, 2 rakaat amat bermakna, bernilai dan berharga lebih daripada apa yang ada di dunia dan segala isinya.
      

0 ulasan:

Catat Ulasan