Kita sebagai hamba kepada Allah hendaklah sentiasa berdoa dan memohon
kepadaNya yang menunjukkan bahawa kita adalah makhluk yang sangat berhajat
kepadaNya dan tidak boleh melepaskan diri daripadaNya. Orang yang tidak
berhajat untuk berdoa kepada Allah adalah mereka yang sombong dengan Allah. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT
dalam surah al-Mukmin:
tA$s%ur ãNà6/u þÎTqãã÷$# ó=ÉftGór& ö/ä3s9 4
¨bÎ) úïÏ%©!$# tbrçÉ9õ3tGó¡o ô`tã ÎAy$t6Ïã tbqè=äzôuy tL©èygy_ úïÌÅz#y ÇÏÉÈ
Ertinya: dan Tuhan kamu berfirman:
"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa
kepadaku, akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina.
Maulana ’Arabi mengatakan bahawa doa itu hanyalah
sebagai ’Ubudiyah kepada Allah dan bukannya doa meminta-minta.
Berdoa kepada Allah adalah satu kewajipan namun
persoalan sama ada Allah menerima atau sebaliknya adalah di bawah hak Allah
untuk menentukan terhadap apa yang kita pilih. Ini kerana permohonan oleh
seseorang manusia adalah mengikut kehendak hati dan perasaannya, tanpa
mengambilkira kebaikan atau keburukan yang hanya diketahui oleh Allah SWT
sahaja. Kita boleh berdoa kepada Allah dan memohon agar memperkenankan doa kita
pada waktu yang kita inginkan, namun Allah jua yang berhak dan mempunyai kuasa
untuk menerima permohonan kita pada waktu yang dikehendakiNya.
Setiap apa yang dipohon oleh manusia semuanya
adalah baik di sisi mereka, namun di sisi Allah ada yang lebih baik atau
sebaliknya, apa yang dipohon oleh manusia yang tidak baik di sisinya adalah
baik di sisi Allah. Ini kerana tidak ada sesuatu keputusan yang datang daripada
Allah membawa kepada keburukan. Allah SWT berfirman:
( #Ó|¤tãur br& (#qèdtõ3s? $\«øx© uqèdur ×öyz öNà6©9 (
#Ó|¤tãur br& (#q6Åsè? $\«øx© uqèdur @° öNä3©9 3
ª!$#ur ãNn=÷èt óOçFRr&ur w cqßJn=÷ès? ÇËÊÏÈ
Ertinya: ... dan boleh jadi kamu benci
kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada
sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
(Surah al-Baqarah: 216)
Menurut Ibn ’Ataillah, terdapat 3 jenis keadaan manusia yang berdoa kepada
Allah SWT:
i.
Manusia yang berdoa dan memohon kepada Allah dengan
menyerah diri sepenuhnya kepada Allah agar diperkenan dan diberi keputusan yang
terbaik di sisi Allah, sekalipun tidak sejajar dengan keinginannya. Apa yang
terpenting keputusan yang datang daripada Allah itulah yang terbaik dan
diterima dengan penuh keredhaan. Manusia seperti ini akan mendapat keredhaan
Allah. Mereka menerima apa sahaja ketentuan Allah dan sentiasa bersangka baik
sama ada Allah perkenan doanya atau tidak.
ii.
Manusia yang berdoa kepada Allah dan yakin bahawa
Allah tetap dengan janjiNya dan sesekali tidak menyalahi janjiNya. Jika
hajatnya belum tercapai dan doanya lambat diperkenankan, dia beranggapan
positif bahawa kemungkinan cara dan kaedah, atau perlakuannya yang tidak
mengikut perintah Allah. Masih melakukan maksiat sama ada disedari atau tidak.
Harapannya sentiasa tinggi agar Allah memperkenan doanya, lalu dia gembira
apabila diperkenankanNya dan disyukuri.
iii.
Manusia yang tidak pernah putus harapan berdoa
kepada Allah untuk memohon apa yang dihajati. Namun pada masa yang sama
meninggalkan perintah Allah, mengerjakan larangan dan tegahan Allah dan hatinya
tidak sejajar dengan apa yang didoakan. Doa orang seperti ini lambat
dimakbulkan. Apabila doanya lambat diperkenankanlah hatinya menjadi ragu-ragu
dan timbul kebimbangan.
0 ulasan:
Catat Ulasan