Ads 468x60px

Labels

Isnin, 22 Oktober 2012

Timbangan ‘Amal di Hari Akhirat




Pada hari ini manusia berhadapan dengan Allah SWT yang Maha Perkasa, Maha Besar dan Maha Agung. Jika tujuh petala langit dan bumi dan segala isinya dihadapkan di hadapan Allah, maka akan cair kerana takut, malu dan hormat kepada keagungan Allah SWT. Para malaikat yang bertubuh besar saiznya dikatakan antara dua cuping telinga sejauh 700 tahun jarak perjalanan. Semuanya tunduk merendah diri kerana mengagung dan membesarkan Allah. Memperaku keagungan dan kebesaran Allah, menghormati kekuasaan Allah.

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA: ISU DAN HALANGAN



PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA: ISU DAN HALANGAN


Dr Mohd Afandi Mat Rani
Pensyarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Abstrak

Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak daripada zaman Rasulullah saw berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme  zakat, sedekah dan lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan perkembangan semasa. Peranan ini bukan hanya terhad diaplikasikan dalam urusan peribadatan kepada Allah S.W.T. sahaja, malahan ia dianggap sebagai institusi ekonomi yang mendatangkan impak kebaikan yang menyeluruh kepada orang Melayu khususnya dan  umat Islam amnya. Namun terdapat banyak halangan dan kekangan sehingga institusi ini tidak berfungsi sebagaimana diharapkan. Oleh itu, sifat lestari wujud dalam sistem wakaf  ini perlulah dirancang dan dilaksanakan secara sistematik agar ia dapat menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial orang Melayu dan Islam pada masa kini..


Pendahuluan

Harta sadaqah, zakat dan wakaf telah terbukti mempunyai peranan istimewa dalam memajukan ummah sepanjang sejarah Islam. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan perundangan.[1] Pada hakikatnya, harta wakaf perlu dilihat sebagai sumber ekonomi terpendam umat Islam yang perlu dieksploitasi dengan sebaiknya bagi mendapatkan manfaat yang sebaiknya kepada masyarakat Islam.[2] Harta wakaf dianggap sebagai senjata yang paling penting bagi orang Islam semenjak beratus tahun yang silam yang tidak pernah digunakan.[3]

PENCEROBOHAN TANAH WAKAF: PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN APLIKASINYA DI MALAYSIA



PENCEROBOHAN TANAH WAKAF: PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN APLIKASINYA DI MALAYSIA

Mohd Afendi Mat Rani[1]

Abstrak

Di Malaysia, aktiviti pencerobohan tanah wakaf oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah lama berlaku. Kegiatan pencerobohan tanah wakaf adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian pihak yang bertanggungjawab. Selain itu faktor kemiskinan dan desakan hidup juga boleh berlaku. Mereka yang melakukan pencerobohan ke atas tanah wakaf adalah lebih mementingkan peribadi dengan mengaut keuntungan tanpa menghiraukan hak orang lain. Mereka membina rumah-rumah kediaman, dan ada yang disewakan pula kepada pihak lain dengan harga yang tinggi dan menjadi sumber pendapatan tetap kepada individu terbabit. Pencerobohan yang berlaku ke atas tanah wakaf secara tidak langsung akan menghalang pelaksanaan pembangunan ke atas tanah tersebut dan juga terputusnya kelangsungan hak pewakaf. Pelbagai isu, halangan dan beberapa cadangan telah dikemukakan dalam penulisan ini sebagai penambahbaikan dalam meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi wakaf sebagai pemangkin ekonomi dan sistem jaminan sosial dalam Islam.

PENYEWAAN TANAH WAKAF DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARAK DAN AMALANNYA DI MALAYSIA



PENYEWAAN TANAH WAKAF DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARAK DAN AMALANNYA DI MALAYSIA[1]

Mohd Afendi Mat Rani[2]
Che Zuina Ismail[3]

Abstrak

Penyewaan tanah wakaf dari perspektif hukum syarak dan undang-undang di Malaysia tidak banyak dibincangkan oleh para sarjana tempatan di Malaysia. Namun, hasil daripada kajian mendapati terdapat pelbagai isu dan permasalahan yang berbangkit dari aspek penyewaan sama ada dari segi konsep penyewaan tanah wakaf, kadar nilaian sewaan semasa, undang-undang pelanggaran perjanjian sewaan dan lain-lain. Justeru, penulisan ini cuba untuk membincangkan tentang konsep penyewaan tanah wakaf dari perspektif hukum syarak dan amalan perundangannya di Malaysia. Bbeberapa cadangan penyelesaian juga dikemukakan sebagai penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi wakaf  sebagai penggerak ekonomi ummah dan negara di Malaysia.