Ads 468x60px

Labels

PROFIL SAYA

  • Peribadi
    • Dilahirkan di kampung Air Tawar Semerak Pasir Puteh Kelantan pada 26 Julai 1974. 
    • Mendapat pendidikan awal agama di sekolah Menengah Agama Arab Yaakubiah Nipah Bachok Kelantan. 
    • Pada tahun 1992 menyambung pengajian peringkat Sarjana Muda Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Univ. Mu'tah Jordan. 
    • Pada tahun 2002 dianugerahkan Sarjana Syariah dan Undang-undang di Univ. Malaya Kuala Lumpur, dan Diploma Amalan Guaman Syarie di Uni. Islam Antarabangsa UIA. 
    • Seterusnya pada tahun 2008 dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Undang-undang Pengurusan Hartanah Wakaf di Univ. Malaya di bawah seliaan Prof. Madya Dr Siti Mashitoh bt Mahamood. 

  • Kerjaya 
    • Pada tahun 1998 bekerja sebagai Pegawai Penerbitan di Syarikat Pustaka Yamien SDN BHD sehingga tahun 2002. 
    • Kemudian bertugas sebagai guru di sekolah Tanjung Lumpur Kuantan
    • Pada tahun 2002 berkhidmat sebagai pensyarah di Univ. Sains dan Pengurusan Malaysia (MSU). 
    • Pada tahun 2006 mula berkhidmat di Univ. Teknologi MARA Shah Alam Selangor. 
    • Pada tahun 2008 disahkan jawatan sebagai pensyarah tetap di UiTM Shah Alam dan pada Mac 2012 telah dilantik ke jawatan Pensyarah Kanan
    • Antara jawatan yang disandang sekarang ialah Felo Latihan dan Perundingan Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ), Felo Bersekutu Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu (PUSKAM), Felo Bersekutu Accounting Research Institute (ARI) UiTM, Ketua Penerbitan dan Penulisan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) UITM, Penyelidk Bersama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Research University Team bersama Prof. Mohd Shukri Salleh
    • Banyak terlibat dengan ceramah, kuliah dan program motivasi & kaunseling masjid, sekolah dan lain-lain. 
    • Di luar bidang akademik, bertugas sebagai Pengarah Urusan T'bali Interprise yang menawarkan perkhidmatan agen jual/beli hartanah, sewa padang futsal, T'bali Guest house, Motivasi dan Kaunseling, Publication & Distributors. 

  • Keluarga
    • Mempunyai seorang isteri Norfadzilah Bt Mohd Yusof
    • Bilangan anak 7 orang, 6 lelaki dan seorang perempuan.