Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Menyucikan Hati dengan Zikir Solat


Solat yang dilakukan dengan betul, baik dan sempurna akan dapat menyucikan hati daripada segala kekotoran dan kejahatan maksiat. Ini kerana segala bacaan yang dilakukan di dalam solat semuanya untuk mendekatkan hati kepada Allah SWT. Solat juga adalah pembuka pintu-pintu segala ilmu yang bersumber daripada keimanan dan keyakinan. Hati yang telah dibersihkan oleh solat akan terbuka untuk menerima hakikat ketuhanan Allah.


Hikmah solat 5 waktu  

  1. Solat Subuh: Diperintah oleh Allah agar manusia dapat bersyukur di atas nikmatNya iaitu apabila dapat bangun daripada kematian yang sementara sehingga bertemu sinar cahaya matahari sebagai permulaan kepada kehidupan yang baru. Solat subuh juga dapat menampung segala kesalahan dan kelalaian yang kita lakukan pada hari yang sebelumnya.
  2. Solat Zohor: Tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT yang menyelamatkan kita daripada kepanasan cahaya matahari yang sangat panas. Cahaya panasnya boleh terbakar dengan izin Allah sebagaimana api neraka. Seterusnya tanda kesyukuran kita kepada Allah sebagai tanda terima kasih di atas keizinannya kita berjaya melaksanakan tugas dengan baik.
  3. Solat Asar: Solat yang dilakukan antara waktu siang yang akan berakhir dan waktu malam yang akan menjelma. Ia sebagai tanda kesyukuran kita sebagai saksi bahawa kita mengingati Allah sepanjang hari dan tidak lupa kepadanya. Maka kita tutup segala pekerjaan dan tugas-tugas harian kita dengan beribadah kepada Allah.
  4. Solat Maghrib: Solat yang dilakukan pada permulaan malam. Permulaan waktu malam yang dibukakan dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah sebagaimana pembukaan siang harinya dengan solat Subuh. Inilah permulaan kepada kehidupan akan dilalui sepanjang 12 jam yang seterusnya. Mudah-mudahan sepanjang malamnya Allah memelihara dan melindungi hidup kita.
  5. Solat Isyak: Solat ini merupakan waktu perpisahan kita antara jaga/ sedar dengan tidur. Tidur adalah waktu untuk jasmani lahiriyah kita dapat beristirehat dan batin kita akan terhenti berhubungan dengan Allah selama kita tidur. Inilah akhir waktu kita dapat melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT.

Solat yang dilakukan 5 waktu sehari semalam adalah pandangan lahiriyah sahaja, namun pada hakikatnya kita telah melaksanakan solat 50 waktu sebagaimana yang diperintahkan Allah kepada nabi saw. Ini bererti satu waktu pahala yang dilaksanakan menyamai 10 waktu, dan jika dilakukan secara berjemaah menyamai 27 kali ganda dibandingkan dengan solat berseorangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan