Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Berdoalah dengan kata-Kata Yang baik


Permohonan yang baik kepada Allah ialah sesuatu yang diredhai oleh Allah SWT dan diperintah olehNya. Kita memohon kepada Allah sesuatu yang boleh memudahkan kita untuk melaksanakan perintahNya. Antaranya pohonlah dengan Allah agar kita dapat Istiqamah dalam ketaatan kepada Allah semata-mata keranaNya.

خَيْرُهُ مَا تَطْلُبُهُ مِنْهُ مَا هُوَ طالِبُهُ مِنْكَ

Ertinya: Sebaik-baik sesuatu yang kamu mohonkan kepada Allah ialah apa yang Allah                         mengkehendakiNya daripada kamu.

Dalam kehidupan manusia terdapat 4 perkara iaitu nikmat, bala, taat dan maksiat.  Empat perkara ini kita tidak boleh melupainya dan hendaklah sentiasa berlegar dalam pemikiran kita. Jika kita diberikan nikmat hendaklah kita bersyukur dengan nikmat tersebut. Hadapkan kesyukuran itu kepada Allah. Jika kita diuji dan dicoba oleh Allah sama ada dengan bala atau penyakit, kita hendaklah bersabar. Semuanya ini adalah datang dan pergi daripada Allah. Penyakit, bala dan sebagainya adalah kerana kehendak Allah dan Allah mencuba kita dengan balaNya, sama ada kita boleh menerimanya atau sebaliknya. Mohonlah kepada Allah agar kita dapat menjalani ujian Allah dengan penuh kesabaran.

Jika kita dikurniakan Allah menjadi hamba yang taat dan patuh kepada Allah SWT dengan mengerjakan segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, semua ini adalah rahmat daripada Allah bukan kerana kebijaksanaan kita, kepandaian, kerajinan, kealiman dan lain-lain kecuali semuanya adalah nikmat Allah.

Jika sebaliknya kita berada dalam maksiat sama secara sedar atau tidak, maka Allah mengkehendaki agar kita bertaubat kepadaNya, kembali kepada jalan kebenaran, menyesali ke atas perbuatan maksiat yang dilakukan. Doa-doa seperti cepat diperkenankan Allah dan dimaqbulkan dengan cepat. Doa inilah yang paling mulia di sisi Allah kerana ia jauh daripada kehendak nafsu.

Sedangkan doa untuk menjadi kaya, pandai, bijak, berpangkat dan lain-lain adalah sifatnya dekat dengan nafsu dan sejalan dengannya. Permintaan-permintaan ini tidak menjadi satu kesalahan, atau dibenci oleh agama tetapi boleh menjerumus kita kepada sifat panjang angan-angan terhadap dunia

0 ulasan:

Catat Ulasan