Ads 468x60px

Labels

Selasa, 31 Januari 2012

Ke Arah Pembangunan Fiqh Wakaf Lestari

Ke Arah Pembangunan Fiqh Wakaf Lestari

Rabu, 25 Januari 2012

Pindah Wakaf Surau Sudah Dirujuk Kepada Majlis Fatwa Negeri

Kenyataan Akhbar:
Sabtu, 12 November 2011 
ALOR SETAR - Cadangan pemindahan surau wakaf Salihiah Kanchut adalah selepas perkara tersebut dirujukkan kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah dan ia tidak dibuat dengan sewenang-wenangnya memandangkan surau tersebut adalah harta yang diwakafkan oleh individu tertentu. Demikian penjelasan yang diberikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Ir Amiruddin Hamzah kepada Warta Darul Aman. Menurut beliau, apabila cadangan pembangunan Kompleks Tunku Yaakob melibatkan tanah premis Madrasah Salihiah yang dijadikan surau maka beliau bagi pihak kerajaan negeri, berjumpa dengan Mufti Kerajaan Negeri Kedah yang mengetuai Majlis Fatwa; bagi mendapatkan pandangan.

Isnin, 23 Januari 2012

Fatwa Pelaksanaan Wakaf Tunai



Keputusan:
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Kuala Terengganu telah memutuskan bahawa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan dalam Islam
Imam Az-Zuhri, seorang ulama terkenal dalam ilmu hadith, telah memfatwakan bahawa berwakaf dalam bentuk dinar dan dirham adalah diharuskan bagi tujuan berdakwah, kebajikan ummah dan pendidikan umat islam.

Ahad, 22 Januari 2012

Fatwa Tentang Wakaf Wang


Pertama:
  1. Wakaf Wang (Cash Wakaf/Waqf al-Nuqud) adalah wakaf yang dilakukan seseorang, kelompok orang, lembaga atau badan hukum dalam bentuk wang tunai.
  2. Termasuk ke dalam pengertian uang adalah surat-surat berharga.
  3. Wakaf wang hukumnya jawaz (boleh)
  4. Wakaf wang hanya boleh disalurkan dan digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan secara syar' ia
  5. Nilai pokok Wakaf wang harus dijamin kelestariannya, tidak boleh dijual, dihibahkan, dan atau diwariskan.

Kedua:
Fatwa ini berlaku sejak ditetapkan dengan ketentuan jika di kemudian hari ternyata terdapat kekeliruan, akan diperbaiki dan disempurnakan sebagaimana mestinya.

Ditetapkan:
Komisi Fatwa Majelis Ulama Indonesi Tentang Wakaf Uang Jakarta, 28 Shafar 1423H
11 Mei 2002 M

Jumaat, 20 Januari 2012

Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-46 yang bersidang pada 22 Apr 1999 telah membincangkan Hukum Menyerahkan Sebahagian Tanah Wakaf Kepada Pihak Berkuasa. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  • Tanah wakaf tidak boleh sama sekali dipindah milik kecuali kerana darurat yang memerlukan demikian berdasarkan syarat-syarat yang tertentu.
  • Tanah wakaf yang diambil/dipindah milik kepada kerajaan pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya.
  • Tanah wakaf yang hendak dibangunkan hendakklah dikecualikan syarat penyerahan tanah untuk tujuan pembinaan kemudahan awam seperti jalan, saliran, tapak pencawang letrik dan sebagainya. Bagaimananpun kemudahan awam itu bolehlah dibina diatas tanah wakaf itu.
  • Bagi tanah wakaf khas untuk tujuan-tujuan tertentu seperti masjid, sekolah dan seumpamanya pihak yang mengambil tanah itu hendaklah memperuntukkan bahagian-bahagian yang tertentu sebagai gantian tanah wakaf yag diambil mengikut nilai semasa bagi mengekalkan status wakaf tersebut. Contohnya bangunan bertingkat-tingkat yang didirikan, beberapa unit tertentu (mengikut nilai semasa) diperuntukkan untuk masjid atau sekolah atau sebagainya seperti yang diniatkan oleh pewakaf.

Pencerobohan Tanah Wakaf

Pencerobohan Tanah Wakaf

Khamis, 19 Januari 2012

Ekonomi Masjid

Ekonomi Masjid

Rabu, 18 Januari 2012

Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Sekain Daripada Niat Asal Pewakaf


Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Membangunkan Tanah Wakaf Khas Dengan Pembangunan Selain Daripada Niat Asal Pewakaf. Muzakarah telah memutuskan bahawa membangunkan tanah wakaf khas khususnya wakaf masjid dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Selasa, 17 Januari 2012

Ke Arah Mengislamisasikan Kanun Tanah Negara

Ke Arah Mengislamisasikan Kanun Tanah Negara

Isnin, 16 Januari 2012

Impak Perkongsian Pendapatan Suami Isteri

Impak Perkongsian Pendapatan Suami Isteri

Ahad, 15 Januari 2012

Implikasi Pendaftaran Tanah Wakaf

Implikasi Pendaftaran Tanah Wakaf

Biodata Peribadi


Jumaat, 13 Januari 2012

Pengurusan Masjid Profesional

Pengurusan Masjid Profesional

Khamis, 12 Januari 2012

Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf di Bawah Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK-9)


Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 - 12 April 2007 telah membincangkan Hukum Berkaitan Pembangunan Tanah Wakaf Di Bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Rabu, 11 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Tapak Masjid


Isu:
Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Tapak Masjid Taman Munsyi Ibrahim Lot PTD 84437 seluas 4,4923 ekar bagi menggantikan tapak masjid Taman Bukit Mewah Lot PTD 39931 seluas 14, 776 Mp di Mukim Tebrau Johor Bharu.

Keputusan:
Istibdal adalah diharus dengan beberapa syarat:
1.Majlis Bandaraya Johor Bharu hendaklah terlebih dahulu membayar nilaian baki keluasan iaitu 0.84 ekar kepada Majlis Agama Islam Johor dengan nilaian semasa atau;
2.Majlis Bandaraya Johor Bharu hendaklah terlebih menggantikan dengan tapak lain di kawasan lain yang memerlukan tapak masjid daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru atau memohon dengan kerajaan.

Selasa, 10 Januari 2012

Waqaf Pemerintah Muslim Dari Harta Baitul Mal


Ulama'-ulama' mazhab Syafie telah mengharuskan bagi Imam-imam(pemerintah) muslimin dan khalifahnya untuk mewaqafkan sebahagian dari tanah-tanah baitul mal jika tindakan itu membawa kemaslahatan kepada umat Islam. Dalam hal ini mereka mengecualikan syarat sempurna milik bagi pewaqaf disebabkan khalifah tidak memiliki harta-harta baitulmal, walaupun begitu mereka berpendapat bahawa sah waqaf berkenaan . Mereka berdalil kepada waqaf yang telah di lakukan oleh Omar AI Khattab semasa beliau memegang jawatan khalifah yang dikenali sebagai waqaf Sawwad al-'Iraq. Telah berkata Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Raudhah ''Jika Imam berpandangan untuk mewaqafkan tanah rampasan perang sepertimana yang dilakukan oleh Omar r.a hukumnya adalah harus jika mendapat persetujuan dari mereka yang berhak terhadap harta itu samada persetujuan mereka dengan penggantian hak mereka atau selainnya.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Perak
Badan yang mengisu fatwa : Dato’ Seri Haji Harussani B. Zakaria
Penulis/Ulama : Dato’ Seri Haji Harussani B. Zakaria
Sumber:http://infad.kuim.edu.my/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=2092, 20 Januari 2006

Sabtu, 7 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Semula Tanah Wakaf di Negeri Perak


1. LATAR BELAKANG.
1.1 Kerajaan Negeri Perak, dari masa ke semasa telah dan akan mengurniakan tanah kepada Majlis Agama Islam Perak bagi tujuan-tujuan pembinaan masjid, surau, tapak perkuburan, sekolah agama rakyat dan lain-lain tujuan pembangunan Islam.
1.2 Kadangkala timbul masalah apabila tanah-tanah tersebut mahu dimajukan dengan melibatkan pengambilan semula oleh kerajaan dan projek-projek pembangunan yang lain.
1.3 Satu keputusan fatwa perlu di adakan dengan jelas terhadap isu tersebut agar penggunaannya tidak menyalahi hokum-hukum waqaf dalam Islam jika sekiranya status tanah tersebut adalah tanah waqaf.
1.4 Jawatankuasa Syariah Negeri Perak telah bermesyuarat pada 3 Zulqaedah 1422 bersamaan 17 Januari 2002 kali ke 154 telah membincang meneliti dan membahas perkara berkenaan.
1.5 Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat seperti berikut:

2. KEPUTUSAN JAWATANKUASA SYARIAH.

Jumaat, 6 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Di Melaka


Fatwa bayaran pampasan bagi pengambilan tanah wakaf
Rujukan pewartaan 2 Feb. 1995. No.54
Pada menjalankan kuasa-kuasa yang yang telah diberikan oleh seksyen 30 (1) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, Mufti Negeri Melaka bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah membuat fatwa yang berikut:
A)Bahawa menurut hukum syarak tanah-tanah wakaf tidak boleh dijual beli, tidak boleh diberikan kepada sesiapa dan tidak boleh dipindah milik. Demikianlah sebagaimana yang berlaku pada wakaf sayyidina Umar al-Khattab r.a. tanahnya di Khaibar, yang mana menjadi wakaf yang pertama dalam Islam
B)Bahawa menurut seksyen 37, Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1991, tanah-tanah wakaf di negeri Melaka ini terletak pada Majlis Agama Islam sebagai pemegang Amanah yang Tunggal
C)Oleh yang demikian, jika tanah wakaf diambil balik oleh pihak berkuasa negeri kerana apa jua sebab, maka pampasan wajiblah dibayar baginya dan wang pampasan itu hendaklah terletak hak dan dibayar kepada Majlis Agama Islam, supaya diganti tanah lain sebagai mengekalkan wakaf dan menunaikan kehendak yang berwakaf

Khamis, 5 Januari 2012

Fatwa Pengambilan Tanah Wakaf Di Negeri Kelantan

Soalan:
Satu kertas mengenai perkara yang tersebut diatas dibentang dalam mesyuarat untuk mendapat keputusan fatwa. Menurut kertas tersebut, amalan pengambilan balik tanah rakyat oleh kerajaan adalah merupakan suatu perkara biasa untuk tujuan tertentu menurut kuasa yang diberikan oleh (Akta Pengambilan Tanah 1960)

Jawapan:

Rabu, 4 Januari 2012

Menukar Tanah Wakaf Untuk Masjid Dengan Tanah Yang Lebih Banyak Manfaat


Soalan:
Bolehkah bagi nazir tanah wakaf keperluan masjid menukarkan dengan tanah yang lebih banyak manfa'atnya?

Jawapan:
Haram menukarkan tanah wakaf, menurut Mazhab Syafi'i, dan menurut Mazhab Hanafi boleh, asal dengan tanah yang lebih banyak manfa'atnya.

Keterangan: Dari kitab Syarqawi. Alat-Tahrir bab. Wakaf.

Selasa, 3 Januari 2012

Wakaf Pendidikan Di Gontor Indonesia

Wakaf Pendidikan Di Gontor Indonesia

Memindah Alat-Alat Masjid


Soalan:
Apakah hukumnya memindah alat-alat masjid, seperti atapnya ke atap kamar mandinya? Dan bolehkah mengambil alat-alat masjid yang telah rosak?

Jawapan:
Tidak boleh mengambil alat-alat masjid dipergunakan untuk lain-lainnya, kecuali diperuntukkan masjid, dan tidak boleh dijual atau diberikan orang lain, tetapi kalau sudah rosak dan tidak dapat dipakai, maka menjadi hak milik masjid.
Keterangan: Dari kitab l'anatut-Thalibin Juz III bab Wakaf.

Isnin, 2 Januari 2012

Hukum Sumbangan Non-Muslim Untuk Pembangunan Masjid

Soalan:
Masyarakat Indonesia yang memegang teguh dasar negara Pancasila dan UUD 1945 sangat toleran terhadap pemeluk agama lain. Bahkan mereka saling bantu membantu dan tolong menolong, bukan hanya dalam kehidupan kemasyarakatan, tetapi juga dalam kehidupan agama. Salah satu bentuk nyata dari sikap saling bantu membantu dan tolong menolong bangsa Indonesia adalah kesediaan kaum muslimin Indonesia memberikan bantuan untuk pembangunan rumah ibadah agama lain. Demikian juga sebaliknya, kesediaan orang-orang non-muslim memberikan bantuan untuk pembangunan masjid, musholla, pondok pesantren dan sebagainya.

Ahad, 1 Januari 2012

Penggunaan Masjid Wakaf


Dr. Hj Ismail bin Omar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan Brunei, telah ditanya beberapa soalan:
  1. Dalam kawasan masjid Sengkurong terdapat sebuah bangunan yang didirikan berdekatan dengan masjid tersebut. Bangunan tersebut digunakan sebagai tempat jamuan selepas majlis tadarus al-Quran. Bolehkah bangunan itu digunakan sebagai tempat belajar agama untuk kanak-kanak belajar sebagaimana sekolah agama
  2. Penduduk sebuah kampong memerlukan tempat untuk kanak-kanak belajar. Ini berikutan ketiadaan tempat pengajian kerana bangunan sekolah Melayu yang biasa digunakan tidak ada yang kosong lagi. Terdapat satu cadangan untuk mendirikan bangunan di dalam kawasan masjid untuk tujuan tersebut.