Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 27 Julai 2012

Bukit Fraser


Kunjungan ke Bukit Fraser Pahang pada 17-18 Julai 2012 dalam program Research ARI UiTM. Tak payah pegi ke UK nak main salji, kat sini pun dah cukup untuk menikmati udara sejuk. 

Khamis, 26 Julai 2012

Lawatan Amanah Ikhtiyar Malaysia (AIM)

Pada 26hb Julai 2012 Amanah Ikhtiyar Malaysia (AIM) telah datang berkunjung kepada IkAZ bagi mengadakan kerjasama dua hala dalam bidang zakat dan wakaf. IkAZ telah dilantik sebagai juru perunding kepada AIM untuk menggerakan zakat dan wakaf di AIM sebagai salah satu usaha untuk membangunkan ekonomi Ummah di Malaysia. 
    Bagi menjayakan institusi kewangan dan ekonomi Islam khususnya berkaitan wakaf dan zakat semua pihak perlu menggembeling tenaga dan usaha dan tidak hanya meletakkan kepada Majlis Agama Islam Negeri semata-mata untuk menjana ekonomi khsususnya di kalangan orang Melayu.

Isnin, 23 Julai 2012

Lawatan ke Pusat Tahfiz Sulaimaniyah

al-Qari Mustafa Sedang Membaca al-Quran

Pada 23hb Julai 2012 Kami telah melawat Pusat Tahfiz Sulaimaniyah di Bangi Selangor. Pusat Tahfiz ini adalah kerjasama NGO daripada Turki berasaskan kepada wakaf pendidikan. Bersama kami adalah al-Qari Muhammad Mustafa al-Syarqawi daripada Mansurah Mesir. Beliau telah membuat sedikit tazkirah tentang kelebihan al-Quran dan cara menghafal al-Quran yang betul. Dato' Osman Desa juga datang melawat bersama kami. Kesitimewaan pusat tahfiz ni sangat bersih dan pelajar2nya sangat2 ditekankan soalan disiplin. Perancangannya akan datang setiap negeri akan diadakan cawangannya. Setakat ini telah ada 5000 cawangan diseluruh dunia yang dilaksanakan oleh Muassasah daripada Turki. Sesiapa yang berminat boleh datang terus sana untik mendapatkan maklumat lanjut.

Ahad, 22 Julai 2012

Ekspedisi Ke Jordan

Pada 31hb Ogos 2012 saya akan berangkat ke Jordan untuk membawa pelajar-pelajar yang akan menuntut di Universiti Jordan. Tahun ini adalah tahun ke-2 pihak Munirah CARE menghantar pelajar ke bumi Ambiyak. Harapan kami sebagai NGO Islam agar dapat membawa seramai mungkin para pelajar menyambung pengajian agama dalam pelbagai bidang ilmu. Golongan agama amat diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai jabatan kerajaan dan swasta. Arus kebangkitan Islam dan kesedaran agama yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Malaysia kini memerlukan kepada para Daie yang berkualiti, profesional dan mampu berhadapan dengan kehendak dan cabaran semasa. Kegersangan golongan agama akan merencatkan program pembangunan Islam di Malaysia. Semoga usaha kecil ini menjadi nadi kepada Munirah CARE untuk terus menabur bakti kepada Masyarakat Islam di Malaysia. 

Dua Teknik Beli Rumah Tanpa Modal


Bagaimana anda ingin membeli rumah jika tidak mempunyai modal atau wang pendahuluan?

Sebenarnya rata-rata kita rakyat Malaysia tahu yang hartanah merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Namun kebanyakan kita tahu untuk membeli rumah mesti ada modal. Kadang-kadang modal yang diperlukan sangat tinggi bergantung kepada harga rumah yang mahu dibeli. Ramai di kalangan kita yang hanya sanggup menyewa sehingga 10 hingga 15 tahun. Membeli rumah tanpa modal ini bermaksud anda tidak perlu membayar wang pendahuluan atau wang muka yang tinggi.

Jumaat, 20 Julai 2012

Tip Mudah Menyewa Rumah


1. Cara sewa yang mudah adalah sebaik sahaja S&P (perjanjian jual beli) siap, terutamanya rumah second hand, kita boleh terus mengambil kunci dan terus menyewakan rumah tersebut tanpa menunggu bila kita perlu bayar ansuran bulanan rumah tersebut.

2. Membuat ‘renovation’ rumah secara kecil-kecilan dan mengecat sendiri rumah dan tidak perlu berbelanja lebih untuk mengupah orang cat. Jika hendak kurangkan kos yang banyak, cat sendiri menguntungkan!

3. Menyiapkan rumah dengan ‘fully furnish’ dan kebanyakan barang di beli ‘second hand’ seperti mesin basuh, refrigerator, kipas, aircond kecuali sofa dan kabinet dapur je yang baru.

4. Beli rumah studio dan sewa pada ‘foreigner’. Biasanya orang luar expatriat (pekerja asing professional) boleh sewa mahal seperti sekitar Lembah Klang , Apartment Sri Maya di Setiawangsa dan juga di Mont Kiara.

“Apa yang penting ialah apabila kita nak sewakan  rumah, kita mesti tahu area rumah itu. Anda perlu tahu siapakah bakal-bakal penyewa? Selamat Berjaya

Selasa, 17 Julai 2012

Kenapa? 1 Sahaja Kajian PhD Mengenai Wakaf Dalam Tempoh 10 Tahun


Fakta sebenarnya yang telah dibongkar oleh Sdra Ahmad Anwar Rosli dalam kertas kerjanya bertajuk "Trend Kecenderungan Kajian Berkaitan Wakaf di Malaysia, 1998 hingga 2008. Kertas ini telah dibentangkan di Workshop Antar Bangsa Pembangunan Berteraskan Islam II : Wakaf Dalam Pelbagai Perspektif di Medan, Indonesia pada bulan Mei 2009 yang lalu. Untuk membuktikan fakta ini, ikuti maklumat yang dikemukakan oleh beliau tentang bilangan calon yang membuat kajian tentang wakaf :

Berkawan Biar Seribu

Salam rakan-rakan SK.com,

Untuk pengetahuan semua, baru baru ini apabila dapat berjumpa dengan pakar kejayaan. SK sangatlah bersemangat nak berkongsi dengan mohd .

‘Kata beliau, kalau dalam minda kita masih tak nak lakukan atau pun tak nak berjaya, memang takkan berjaya’. Kata beliau lagi, apa yang kita rasa, kita ingat, kita fikir itu adalah doa dan doa itu yang akan Allah makbulkan. Kalau tak percaya cuba dan terus mencuba. Benda ini kena rasa sendiri macam mana perasaannya.

Khamis, 12 Julai 2012

Ingat 10 Perkara Sebelum Datang 10

Apabila anda ingin membeli rumah sama ada baru atau yang lama, sila pastikan beberapa aspek yang telah dinyatakan di bawah ini. Jika kita tidak berhati-hati dan terlalu gopoh akan mengundang bahaya dan anda akan merana di kemudian hari. Antaranya ialah 


Pendawaian Elektrik

Pastikan semasa anda memasuki rumah tersebut, semua suis dibuka dan lihat sama ada semua lampu, kipas dan semua perkakasan elektrik berfungsi dengan baik.


Sistem Saliran Air

Buka setiap paip air dan lihat sekiranya terdapat kebocoran, atau pun paip air yang tersumbat dari setiap paip yang dibuka.

Pembiayaan Semula (Refinancing) Dalam Pelaburan Hartanah


Pembiayaan Semula atau lebih dikenali sebagai ‘refinancing‘, merupakan salah satu cara pelabur hartanah mendapatkan modal untuk meneruskan pembelian hartanah berikutnya. Tetapi masih ramai yang kurang pasti tentang keperluan pembiayaan semula ini. Terdapat 6 Faktor Perlu Pembiayaan Semula (Refinancing)




Rabu, 11 Julai 2012

Harga Hartanah Terus Meningkat – 2011

Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai Rabu. Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan. “Saya menjangkakan hartanah sederhana dan mewah mungkin meningkat lebih tinggi memandangkan hartanah mewah masih dianggap murah oleh rakyat asing berbanding harga hartanah di negara-negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2010 di sini. Laporan itu diteritkan oleh Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian Kementrian Kewangan.

Jihad Ekonomi: Pemilikan Aset di Usia Muda


Sebenarnya untuk membeli hartanah bukanlah susah. Tetapi untuk mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya itulah yang memerlukan pengetahuan. Ramai di kalangan mereka telah gagal di dalam pelaburan hartanah. Bukannya mereka tidak tahu bagaimana proses membeli rumah, tetapi majoriti mereka gagal kerana tidak tahu kaedah melabur didalam hartanah yang sebenarnya. Sehubungan dengan itu, ramai mereka yang lain takut menceburi bidang ini, terutama di kalangan orang Melayu.

Selasa, 10 Julai 2012

Wakaf Membantu Dasar Ekonomi Baru 30%


Kebanyakan orang Melayu khususnya dan umat Islam amnya di Malaysia kini berhadapan dengan beberapa masalah besar terutama dari aspek ekonomi berbanding bangsa lain. Aset dan pemilikan modal mereka amat terhad sedangkan pada masa yang sama peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat dan ditambah lagi dengan berlakunya kegawatan ekonomi dan kenaikan nilai hartanah dan barang-barang keperluan asas yang lain. Justeru, dalam keadaan sedemikian, tidak banyak harta yang diwakafkan oleh umat Islam, terutama melibatkan aset kekal seperti tanah, premis perniagaan, bangunan, rumah kediaman dan lain-lain. Sekiranya ada sekalipun ia melibatkan harta yang bermasalah seperti tanah yang tidak boleh dibangunkan atau tidak ekonomik.

IMPLIKASI PERUNDANGAN TERHADAP PENDAFTARAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DI MALAYSIA


Undang-Undang Pengambilan Tanah Wakaf Di Malaysia

Berdasarkan kepada Akta Pengambilan Tanah 1960, telah memperuntukkan beberapa kategori tanah yang boleh diambil semula oleh kerajaan atau PBN. Akta[2] tersebut telah mendefinisikan tanah yang boleh diambil ialah tanah berimilik dalam pengertian undang-undang tanah negeri yang mempunyai hak milik berdaftar melainkan tanah kerajaan, tanah yang diduduki di bawah hak adat dan tanah yang diduduki dengan harapan menjadi hak milik. Dalam konteks hak pemilikan tanah berdaftar dengan merujuk kepada takrifan di atas, KTN 1965[3] telah memperuntukkan kuasa bagi membolehkan wakaf yang berbentuk tanah diletakkan di bawah milikan badan yang mentadbir tanah tersebut iaitu MAIN. Kuasa-kuasa ini telah diperuntukkan secara jelas di dalam semua Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri di Malaysia bahawa MAIN adalah berperanan sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta-harta wakaf termasuk harta alih dan tak alih di negeri berkenaan. Majlis berfungsi sebagai pentadbir yang menjalankan sebarang kegiatan bagi pembangunan harta wakaf untuk manfaat orang-orang Islam.[4]

WAKAF PENDIDIKAN: PENGALAMAN DI PONDOK MODEN DARUSSALAM GONTOR PONOROGO INDONESIA

 Pendahuluan

Institusi pendidikan wakaf ialah sebuah organisasi atau institusi yang ditubuhkan melalui sumbangan masyarakat Islam atau dibina atas tanah atau bangunan yang diwakafkan untuk tujuan pendidikan Islam. Matlamat utamanya ialah untuk mendapat keredhaan Allah SWT, di samping melahirkan masyarakat Islam yang soleh, mukmin dan muttaqin. (Ahmad Zaki Hj Abd Latif, 2008, hlm.84-85) Institusi pendidikan wakaf bukanlah suatu yang asing dalam Islam. Masjid merupakan antara institusi pendidikan wakaf yang menjadi tempat pendidikan awal sebagaimana yang berlaku sejak pada zaman nabi saw. Diriwayatkan bahawa pada hari pertama ketibaan Rasulullah saw di kota Madinah semasa peristiwa hijrah bersama Abu Bakar r.‘a Baginda saw  telah mengambil tanah milik Sahl dan Suhail untuk membina masjid dan tempat kediamannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan beberapa riwayat yang lain di dalam hadith Rasulullah saw. (Al-Bukhari, Abi ‘Abdillah Muhammad b. Ismail, 1992, No.3906) Aktiviti ini diteruskan pula oleh generasi selepas baginda saw dan pada zaman kerajaan Abbasiyah (754-1258M), Ayyubiah (1171-1249M), Mamalik (1249-1517M) dan kerajaan Uthmaniyah 91299-1924M), wakaf pendidikan berkembang dengan pesatnya melalui sekolah, perpustakaan dan universiti yang berjaya melahirkan ramai sarjana Islam. (M. Jandra bin Moh. Janan, 2008, hlm.88)

Panduan Membeli Rumah Sebagai Pelaburan PALING Menguntungkan



Sebelum membeli rumah, pembeli sering mengalami perasaan tidak pasti dan banyak persoalan yang timbul antaranya seperti harga terlalu mahal, lokasi kurang menarik, harga sewa rendah dalan lain-lain.
Persoalan-persoalan seperti inilah yang sering bermain di minda setiap pembeli semasa memilih hartanah untuk dibeli. Setiap rumah atau hartanah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing. Semestinya pemilihan untuk membeli rumah itu terletak pada citarasa individu itu sendiri. Tetapi,tahukah anda dengan membeli rumah,ia akan menjadi pelaburan yang paling memguntungkan anda…insyaallah.

2 Strategi Beli Rumah Pelaburan dan Untung Berganda



Sebelum membeli rumah, pembeli sering mengalami perasaan tidak pasti dan banyak persoalan yang timbul antaranya seperti harga terlalu mahal, lokasi kurang menarik, harga sewa rendah dalan lain-lain.
Persoalan-persoalan seperti inilah yang sering bermain di minda setiap pembeli semasa memilih hartanah untuk dibeli. Setiap rumah atau hartanah mempunyai kelebihan dan kekurangan masing- masing. Semestinya pemilihan untuk membeli rumah itu terletak pada citarasa individu itu sendiri. Tetapi,tahukah anda dengan membeli rumah,ia akan menjadi pelaburan yang paling memguntungkan anda…insyaallah.

Apa Itu Pelaburan Hartanah


Hasil dari pelaburan hartanah boleh menjana pendapatan pasif, apa yang saya suka tentang hartanah adalah kelebihan "leverage" yang terdapat pada hartanah tersebut. Kita boleh mengawal harta yang bernilai berjuta ringgit tanpa perlu mengeluarkan modal atau dengan hanya menggunakan modal yang kecil. Bukan setakat itu sahaja, malah ini adalah merupakan satu pelaburan yang mudah sehingga pihak institusi kewangan memberikan kita wang beratus ribu malahan berjuta ringgit sebagai modal, tiada bentuk pelaburan lain yang

Pelan Pembangunan Tanah ToK BALI Pasir Puteh Kelantan

Para pelabur yang dihormati :

Sebanyak 16 ribu ekar akan terlibat dengan pembangunan di Tok Bali Pasir Puteh Kelantan. Justeru, para pelabur boleh mengambil peluang keemasan untuk melihat bentuk pelaburan yang akan dijalankan. Pihak kami TBJ Interprise bersedia berunding dengan anda untuk mendapatkan tanah-tanah yang sesuai untuk semua jenis pelaburan. Hubungi kami di 0129003913.

Tanah untuk Dijual di Pelabuhan Tok Bali

Price : RM 1 650 000Type: Land, For saleArea: Pasir Puteh
Title type: LeaseholdOther info: Bumi Lot
Size: 0.5 Acres
Property Type: Residential

ASKUM
1 UNIT GELANGGANG FUTSAL BERBUMBUNG
1 UNIT KEDAI MAKAN
1 UNIT RUMAH BANGLO BESERTA 2 UNIT KEDAI 2TINGKAT
1 UNIT KEDIAMAN KAYU
1 UNIT KEMUDAHAN MUSALLA

semua premis berada diatas tanah keluasan 0.580 atau 22ribu kaki persegi. Lokasi berdekatan jambatan Tok Bali (100)meter. Lokasi di sepanjang persisir pantai.Gelanggang futsal masih lagi beroperasi dengan rancak seperti biasa. Pelanggan tetap adalah pelajar kolej kist dan penduduk sekitar. Sebarang urusan hanya melibatkan penjual dan pembeli sahaja.orang tengah tidak diperlukan.ANY NEGOTIATION FOR SERIUS BUYER ONLY. Harga dibuka RM1,650 000.00(satu juta enam ratus lima puluh ribu) berminat Hubungi 0129003913

Isnin, 9 Julai 2012

Tanah di Kawasan Tok bali Kelantan untuk dijual

Tanah di kawasan strategik di Tok Bali (kawasan perindustrian & pelabuhan) untuk dijual; berminat sila hubungi Dr Mohd Afendi 0129003913


Price : -115 ribuType: Land, For saleArea: Pasir Puteh
Title type: LeaseholdOther info: Bumi Lot
Size: 0.5 Acres
Property Type: Agricultural

 
Tanah sesuai untuk bina rumah
lokasi bersebelahan masjid hijau AL-AMININ
buka harga rm115ribu(boleh runding lagi).


Tanah di Jeram Untuk Dijual

Tanah Untuk dijual :

Price : RM 1 260 000Type: Land, For saleArea: Kuala Selangor
Title type: FreeholdOther info: Bumi Lot
Size: 4.9 AcresEstate agency no: 31243
Property Type: Agricultural

- freehold Malay Reserve
- tanah pertanian
- geran individu
- luas 4.9 ekar
- bhadapan jalan besar
- dekat pantai, bhampiran medan ikan bakar jeram & aroma
- sesuai utk pelaburan, banglo, chalet, homestay, medan ikan bakar dll

- harga rm 1,260,000 (rm5.90 sekaki)
- nak jual segera! 1st booking 1st serve
- sbb jual : tanah tidak diusahakan
- serious buyer only.. sms/call 0129319696 (en. din - owner)