Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Faham Ketentuan Allah


Apabila kita boleh menerima hakikat jika Allah tidak memberikan nikmat duniawi kepada kita, bermakna Allah sayang dan kasih kepada kita. Ini kerana sebahagian besar manusia memahami bahawa pemberian nikmat duniawi sebagai tanda Allah kasih kepada diri dan tidak melupainya. Doanya dimaqbulkan Allah dan hampir dengan Allah. Allah memberikannya nikmat sihat sepanjang masa, nikmat kaya yang melimpah ruah sebagai tanda dekat dirinya kepada Allah.


Sakit bukanlah suatu bala yang Allah timpakan kepada kita. Ia merupakan pemberian dan kurniaan Allah. Setelah kita boleh menerima hakikat ini, ia merupakan tanda bahawa Allah telah membukakan pintu faham kepada kita. Begitu juga jika kita redha dan boleh menerima itu sebagai ketentuan Allah untuk menghubungkan diri denganNya. Ini kerana redha adalah kunci segala kebaikan. Ini kerana redha memberi makna yang besar dalam hidup. Dengan redhalah kita boleh menghadapi segala kesulitan hidup yang tidak sanggup dihadapi oleh manusia lain. Hati menjadi tenang dalam mengharungi segala kesukaran. Hamba yang redha dengan ketentuan Allah dia telah mendapat syurga dunia.

Persoalan, bagaimana untuk kita mengetahui Allah redha terhadap diri kita? Sebenarnya diri kita sebagai hamba dapat mengetahui apakah Allah redha terhadap diri kita atau sebaliknya. Semua ini terletak pada diri kita. Jawapannya ialah apabila kita dapat menerima bahawa semua ketentuan Allah sama ada menguntungkan diri kita atau tidak, membawa kebaikan atau keburukan semuanya adalah baik, kerana ia adalah kurnia dan pemberian Allah. Menerima dugaan hidup dengan dada yang lapang dan hati yang senang. Tidak ada satupun ketentuan Allah yang tidak baik, yang membawa kepada kezaliman kepada manusia. Ini kerana Allah tuan punyai sifat keadilan iaitu Maha Adil daripada segala yang adil.

0 ulasan:

Catat Ulasan