Ads 468x60px

Labels

Selasa, 20 Mac 2012

Hidup Satu Perjalanan


Al-Baraa’ bin Azib menceritakan ketika membawa satu jenazah ke perkuburan Baqi’ al-Gharqad, lalu Rasulullah saw datang dan duduk bersamanya dengan penuh ketenangan dan baginda mendoakan katanya: Aku berlindung diri kepada Allah daripada siksaan kubur”. Diulanginya kalimah yang sama sebanyak tiga kali.

Isnin, 19 Mac 2012

Generasi Muda Pembela Akidah


ARKIB : 01/03/2012

Utusan Malaysia
Oleh DR. MOHD. AFENDI MAT RANI



SEJARAH menyaksikan kebangkitan Islam dan kekuatan ummah adalah apabila pemuda berada di barisan hadapan. Golongan ini mempunyai kekuatan fizikal dan mental, ketinggian semangat, dan mempunyai idealisme.Runtuhnya zaman jahiliah pada zaman Nabi SAW adalah hasil sokongan padu golongan pemuda yang menyahut seruan dakwah Nabi SAW. Kejayaan ini dapat dilihat di awal kebangkitan Islam di Mekah.Pemuda adalah kelompok yang terbesar yang menerima dakwah Nabi SAW dan amat disayangi Baginda. Nabi SAW dilantik menjadi nabi dan rasul ketika berumur 40 tahun, iaitu puncak kematangan umur seorang pemuda. Semasa di Mekah, baginda dikelilingi golongan muda yang tidak berbelah bahagi dalam memberi sokongan kepada baginda. Rakan terdekat nabi SAW, Abu Bakar berusia 38 tahun, Sayidina Umar ketika memeluk Islam berumur 27 tahun, Talhah bin Ubaidillah berusia 16 tahun, Mus'ab bin Umair berusia seawal 20-an. Al-Arqam bin Abi Arqam berumur 16 tahun.

Bicara Zahra Firdausi II



Di keheningan subuh, hatiku tiba-tiba terpanggil untuk meluahkan isi hati ini. Sedari tadi hati ini diselaputi kegusaran. Hanya air mata menjadi saksi, saat diri ini bermunajat dan berdoa padamu, kerisauan kian bertandang dalam hati ini, rasa bersalah kian menebal dalam diri seolah-olah diri ini terlalu egois kerna membiarkan sahabat-sahabat terus leka dibuai keseronokan dunia yang penuh kepalsuan. Sayugia setelah selesai melaksanakan fardhu subuh, kucapai kalamMu Ya Allah, dan dalam doa ku mohon agar Engkau memberi kekuatan kepadaku agar aku bisa menyampaikan wasilah dakwah ini. Aku sedar diri ini hanya insan kerdil lagi daif, namun ku mohon agar sedikit sebanyak wasilah tarbiyah ini bisa menyentuh hati sahabat-sahabatku di luar sana, ku mohon agar hati mereka masih terbuka untuk menerima wasilah ini. Ku mohon agar kelembutan masih bersisa di dinding hati mereka agar wasilah ini bisa menjadi antibiotik untuk hati mereka. Mudah-mudahan sel-sel fagosit di hati mereka masih kuat untuk melawan virus kealpaan dunia, mudah-mudahan hati mereka masih diselaputi kapsul iman, dan semoga duktus limfa dalam badan mereka masih terlindung dari penyebaran kanser malignan hati  ciptaan syaitan yang durjana yang bisa menjejaskan seluruh fungsi badan dan minda.

Bicara Zahra Firdausi I


Sudah lama laman ini tidak terisi dengan pengisian suci lantaran batasan waktu yang mengehadkan pancainderaku untuk menyampaikan wadah tatkala fardhu kifayah lebih mendambakan perhatian dariku. Namun sisa-sisa waktu kurniaan Ilahi pasti ku gunakan sebaiknya agar ia tidak terisi angan-angan kosong yang menjadi faktor kegagalan muslimin dan muslimat hari ini.

Isnin, 5 Mac 2012

Saat Menghadapi Sakaratulmaut


Setelah satu persatu anggota tempat keluarnya roh maka terasa kedinginan anggota tersebut. Apabila roh sampai ke kerongkong, ia berhenti sekejap. Maka di saat ini penyesalan kita tidak lagi diterima, hilanglah pandangan kita terhadap dunia, dan bayangan alam kubur mula menjelma. Di saat inilah juga pintu taubat telah tertutup.[1] sebagaimana yang dikatakan oleh Baginda saw;

إِنَّ الله  يَقْبَلُ تَوْبَةَ العَبْدِ مَالَمْ يُغَرْغِرُ

Ertinya: Sesungguhnya Allah sentiasa menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah.

Roh dan Kematian


Kematian pada hakikatnya ada keutamaan dan kelebihannya. Kematian itu adalah lebih baik bagi orang mukmin daripada hidup di dunia yang penuh cabaran dan fitnah. Di dalam hadis yang ringkas riwayat daripada Ibn Umar, sabda nabi saw bersabda:

تُحْفَةُ المُؤْمِنِ المَوْتُ

Ertinya: Kebaikan bagi orang mukmin ialah maut.
 Di dalam hadis yang lain, Aisyah r.a. mengata dunia ini tidak ada kebaikan bagi orang mukmin. Ini kerana dunia adalah penjara bagi orang mukmin sebenarnya. Begitu juga riwayat daripada Qatadah menceritakan semasa seorang jenazah diusung di hadapan nabi saw, baginda mengatakan seorang mukmin akan beristirehat daripada kepenatan dan cabaran dunia dan berpindah ke rahmat Allah.

Ingat 5 Sebelum Datang 5


Imam Habib Abdullah Haddad[1] di dalam Risalah Sabil al-Azkar wa al-I’tibar menjelaskan bahawa manusia mempunyai 5 umur.

i.                    Umur sejak Allah mencipta Adam a.s. dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya.
ii.                  Umur sejak manusia dilahirkan dari perut ibunya sehingga ia wafat meninggalkan dunia yang fana
iii.          Umur ini bermula sejak manusia keluar dari dunia ini dengan menempuh mati sehingga dibangkitkan dari kubur
iv.                Umur yang bermula daripada kebangkitan daripada alam kubur untuk menerima panggilan tuhan sehingga memasuki sama ada ke syurga atau ke neraka
v.                  Umur yang tidak ada pangkal dan hujungnya iaitu sejak kemasukan manusia ke syurga dan kekal di dalamnya.

Noktah Kehidupan manusia



Mati ialah berpisahnya roh daripada badan, darah akan menjadi beku, denyutan jantung akan berhenti dan seluruh anggota tidak berfungsi lagi. Itulah kematian yang sebenarnya. Manusia tidak boleh selamat apabila tibanya ajal. Kematian tidak akan terlambat atau tersegera walaupun sesaat. Sekalipun manusia dapat diselamatkan daripada penyakit yang menyebabkan kematian, namun kematian juga akan datang disebabkan oleh umur yang tua. Inilah yang dinyatakan oleh nabi saw:

Apa beza Hukum Syarak & Hukum Warak


Dari segi hukum syarak kita boleh mengambil apa-apa pemberian daripada seseorang yang pada zahirnya kelihatan baik dan tidak perlu menyoal dari mana ia datang, kecuali diyakini daripada sumber yang haram. Namun hukum warak pula berbeza dengan hukum syarak. Seseorang yang bersifat warak tidak boleh mengambil sedikitpun daripada pemberian orang lain kecuali setelah diperiksa dengan penuh cermat dan teliti dan diyakini tidak terdapat sedikitpun syubahat, apatah lagi daripada yang haram. Jika terdapat sedikit sahaja unsur-unsur yang syubahat maka ia pasti akan menolaknya. Abu Zar al-Ghifari mengatakan, kesempurnaan Taqwa ialah meninggalkan setengah yang halal kerana takut berlaku haram.[1]

Dilema Halal + Haram


Setengah ulamak mengatakan bahawa sekiranya kita telah yakin apa yang dimiliki itu adalah milik orang lain maka hukumnya haram. Terdapat juga ulamak yang lain mengatakan bahawa apa yang haram itu ialah sangkaan berat kita terhadap harta orang lain. Ini kerana berat sangka itu sudah membuktikan bahawa kita telahpun yakin sepenuhnya dari segi hukum syarak. Menahan daripada mengambil perkara yang haram itu adalah wajib.
Rasulullah saw bersabda tentang kedatangan suatu zaman yang manusia tidak lagi mempedulikan tentang harta, kata Baginda:[1]

يَأتِيْ عَلى النَّاسِ زَمَانٌ مَايُباَلِى الرَّجُلُ منْ أَيْنَ أَصَابَ المَالَ منْ حَلاَلٍ أَمْ حَرَامٍ

Ertinya: Akan datang suatu zaman seseorang itu tidak mempedulikan dari mana ia mendapat harta, sama ada dari sumber yang halal atau haram.

Anggota Paling Sukar Utk Dijaga


Perut adalah anggota yang paling sukar dijaga, sekalipun orang yang rajin beribadat. Perut anggota yang banyak mengeluarkan tenaga, paling besar mudarat dan kesannya. Imam al-Ghazali mengingatkan bahawa perut perlu dijaga kerana dua keadaan:
i.                    Menjaga daripada perkara yang haram dan syubhat
ii.                  Memelihara daripada berlebihan dalam perkara halal

Jauh daripada Kebaikan

Orang yang memakan makanan yang haram dan syubhat akan jauh daripada kebaikan, tidak diberi taufiq untuk beribadat kepada Allah. Ini kerana orang bersikap sedemikian tidak layak untuk berkhidmat kepada Allah. Imam al-Ghazali mengumpamakan sekiranya orang yang berhadas dan berjunub dilarang memasuki rumah Allah dan menyentuh al-Quran, sedangkan ia adalah perkara yang harus, maka memakan harta yang haram dan syubahat lebih dimurkai dan dilarang oleh Allah untuk berkhidmat kepadaNya. Lidahnya tidak layak untuk menyebut kemuliaan Allah SWT.

Kenali Kelemahan Diri


Sikap takabbur ialah suatu lintasan perasaan untuk meninggikan diri yang dikenali juga sebagai sombong atau bongkak. Sifat takabur membawa kemudaratan kepada yang pokok dalam agama dan akidah. Lawan kepada takabbur ialah tawaduk atau  rendah diri. Imam al-Ghazali membahagikan tawaduk kepada dua bahagian:

Penyakit PhD


Sifat dengki adalah perosak kepada segala ketaatan kita. Pencetus segala kejahatan dan penyakit yang payah untuk dirawat. Menghilangkan keikhlasan dan ketenangan. Menimbulkan permusuhan dan kekacauan. Justeru itulah Rasulullah saw bersabda:

Dengki itu memakan pahala kebaikan seumpama api memakan kayu yang kering.

Di Mana Silap Kita

Menurut Imam al-Ghazali terdapat empat perkara yang menghalang kebaikan seseorang, mencacatkan hati dan jiwa, seterusnya merosakkan dan membinasa diri. Secara realitinya inilah yang menjadi ibu segala kejahatan dan gagalnya kita dalam setiap urusan yang kita ingin lakukan. Orang yang tidak berjaya ialah orang yang terperangkap dengan empat sifat ini. Jika kita bermuhasabah terhadap diri kita, dan jika didapati ada sifat-sifat ini, walaupun tidak kesemuanya sudah cukup menjadikan kita orang yang malang. Antaranya ialah:

Berhati-hati...



Hati adalah anggota yang paling besar bahayanya. Paling berpengaruh dan paling sukar untuk memperbaikinya. Anggota lain yang terkena kotor akan nampak secara jelas dan mudah untuk disuci dan dibersihkan dengan air. Penyakit yang dihadapi oleh anggota lain juga mudah untuk dikesan dan dirawat oleh ahli perubatan dalam masa yang cepat. Pelbagai jenis ubatan digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Penyakit-penyakit anggota lain ada pakar yang mampu mengubatinya dan mengesaninya dengan mata kasar. Namun penyakit hati tidak mampu disembuh dengan ubatan, atau ada pakarnya. Sebagai contoh anggota yang sering dijaga oleh manusia ialah muka, bentuk badan, rambut dan lain-lain, tetapi hati ramai yang tidak memberi perhatian. Kecantikan hanya ditumpukan kepada apa yang boleh dilihat oleh manusia secara luaran. Manusia tidak menjaga hati sebagaimana menjaga anggota lain. Rupa dan wajah boleh ditilik dan dilihat dengan cermin, tetapi hati tidak sedemikian.

Hargai Pemberian Allah

Telinga adalah antara anggota atau pancaindera yang banyak menyumbang kepada dosa dan noda manusia. Imam al-Ghazaali mengingatkan bahawa telinga perlu dijaga kerana:

i.        Nabi Muhammad saw mengingatkan bahawa apabila seseorang yang mendengar percakapan seseorang, maka dosa dan pahala orang yang bercakap dan yang mendengar akan sama-sama dikongsi.
ii.          Apabila kita mendengar sesuatu perkataan yang keji dan tidak berfaedah akan membangkitkan lintasan atau was-was di dalam hati kita. Akhirnya hati kita sentiasa sibuk dan lalai dalam beribadat.

Apa ada Pada Mata?


Mata adalah penyebab kepada segala fitnah dan kerosakan manusia. Maka wajib kita menjaga dan memelihara mata sebagai anugerah Allah untuk melihat kepada kebaikan. Ayat al-Quran yang menjelaskan larangan adalah berdasarkan Surah al-Nur:
  
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan mereka memelihara kemaluan mereka. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang mereka kerjakan.
(Surah al-Nur:30)

Merujuk kepada ayat ini, Imam al-Ghazali menjelaskan terdapat 3 pengertian yang menjurus kepada pendidikan, peringatan dan ancaman.

Impian Seorang Hamba


Sifat taqwa amat dituntut, besar kelebihan dan kehebatannya. Maka sudah tentu untuk mencapai sesuatu yang bernilai dan berharga ini bukanlah dapat dengan jalan yang mudah. Perlu berusaha keras, gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapainya dan pasti tidak datang secara menggolek, atau diberi secara percuma. Bagi mendapatkan sesuatu yang mulia dan agung, perlu kepada pengorbanan dari pelbagai aspek masa, wang ringgit, tenaga dan akan berhadapan dengan pelbagai halangan, cobaan, kepenatan, kepahitan. Maka samalah keadaannya dengan sifat taqwa sudah tentu menuntut kepada satu perjuangan untuk mendapatkannya. Darjat kemuliaan taqwa akan diberi berdasarkan mengikut sejauhmana kita menempuh kesusahan.

Taqwa Permata Berharga

Imam al-Ghazali mendefinisi taqwa dengan makna menjauhkan diri daripada segala apa yang mendatangkan kepadanya kemudharatan dalam urusan agama (maksiat), dan berlebih-lebihan dalam perkara yang halal.
           Taqwa juga bermakna mensucikan hati daripada kejahatan yang belum pernah dilakukan dengan sebab kekuatan azam untuk meninggalkannya. Semuanya ini akan menjadi pemelihara antara diri kita dengan kejahatan.

Kelebihan Sifat Taqwa

Imam Ghazali menggambarkan sekiranya kita dapat memiliki sifat Taqwa, maka banyak kebaikan yang terhasil, rezeki yang melimpah ruah, kejayaan yang amat besar dan ia adalah perbendaharaan yang sangat berharga. Ia seolah-olah hasil daripada segala kebaikan yang dikumpulkan di dunia dan akhirat. Maka kerana inilah nafsu hanya dapat dikekang dengan sifat Taqwa. Imam Ghazali memaparkan 12 perkara yang terhasil daripada sifat Taqwa. Antaranya ialah:

7 Aktiviti Jahanam

i.         Syaitan melarang kita daripada membuat ketaatan kepada Allah. Jika Allah melindungi kita daripada syaitan, manusia akan menolak larangan Allah dan berhajat untuk melakukan ketaatan kepadaNya sebagai bekalan menuju ke negeri yang kekal abadi (akhirat).

Dilema Antara 4 Persimpangan

Menurut Imam al-Ghazali, pada hakikatnya lintasan hati itu terbahagi kepada 4:

i.                    Lintasan Hati: Apa yang datang pada permulaannya yang dijadikan oleh Allah.
ii.                  Hawa Nafsu: Lintasan hati yang dijadikan Allah sesuai dengan tabiat manusia.
iii.                Lintasan Ilham: Lintasan hati yang dijadikan oleh Allah hasil daripada ajakan malaikat Mulham.
iv.         Lintasan Was-was: Lintasan hati yang dijadikan oleh Allah hasil daripada ajakan dan bisikan syaitan

TerNoda Hasutan Syaitan

Kita wajib memerangi dan mengalahkan syaitan yang sentiasa merosakkan kebaikan yang kita lakukan. Memerangi dan mengalahkan syaitan itu kerana 2 perkara:

Pertama
Syaitan adalah musuh yang menyesatkan manusia dan melahirkan permusuhan. Syaitan selama-lamanya tidak akan berpuashati melainkan setelah manusia menuruti jejak langkahnya. Allah Taala berfirman:

Ertinya: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu tidak menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!

Bahaya Godaan Hawa nafsu


Hawa nafsu adalah musuh yang paling bahaya. Kalau diibaratkan sebagai penyakit, ia adalah penyakit yang paling sukar untuk dirawat dan payah untuk disembuh. Nafsu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan. Imam al-Ghazali mengingatkan sentiasa kita berwaspada dengan nafsu. Kita perlu memberi perhatian pada nafsu kerana dua sebab:

Di Mana Kita Berada?


Imam al-Ghazali menerangkan tentang golongan yang perlu ber’uzlah dan hukumnya.

Golongan yang Pertama

Golongan yang tidak dihajati oleh orang ramai tentang ilmu dan hukum-hakam daripadanya. Golongan ini boleh melakukan ‘uzlah dengan mengasingkan diri daripada orang ramai. Hendaklah dirinya melazimi pergaulan dengan orang ramai berdasarkan keperluan tertentu sahaja atau dihajati.

Siapa Musuh Kita ...?

Selain cabaran daripada dunia dan nafsu, makhluk juga menjadi salah satu faktor penghalang kepada manusia sama ada untuk mengubah sikap atau ibadat secara khususnya. Ramai di kalangan kita yang gagal dalam kehidupan disebabkan oleh faktor  mereka yang terdekat dengan kita. Gagalnya seorang suami disebabkan oleh isteri dan anak-anak, atau sebaliknya. Gagalnya kita disebabkan oleh pengaruh kawan yang terhampir dengan kita. Jiran yang baik akan membentuk kita menjadi orang yang baik. Begitulah negara yang baik, akan melahirkan masyarakat yang baik. Inilah yang dikatakan oleh Imam al-Thauri bahawa kejahatan dan kebencian kita terhadap seseorang adalah ramainya dari kalangan yang hampir dan dekat dengan kita serta kita kenali. Al-Thauri menjelaskan lagi bahawa untuk melepaskan diri daripada gangguan dan halangan orang yang terdekat dengan kita terlalu sukar dan payah.

Carilah Dunia Yang Halal

Imam al-Ghazali berpendapat bahawa zuhud berlaku pada yang halal dan yang haram. Berzuhud pada yang haram adalah wajib, manakala pada yang halal pula hukum sunat sahaja. Bagi orang yang benar-benar berzuhud ketaatan kepada Allah, dunia lebih jijik daripada bangkai yang kotor. Mereka tidak sanggup mengambilnya, apatah lagi gemar kepadanya, malah jauh sekali untuk mencintainya, melainkan ketika darurat.

Mengejar Dunia Tak kemana


Zuhud menurut pengertian ulamak tasawuf ialah:

i.                    Zuhud yang mampu dilakukan oleh seseorang hamba Allah
ii.                  Zuhud yang tidak mampu dilakukan oleh seseorang hamba Allah

Zuhud yang mampu dilakukan oleh seseorang hamba terbahagi kepada 3:

  1. Meninggal daripada mencari dunia yang belum dapat dimilikinya
  2. Membelanjakan harta yang telah dimiliki
  3. Tidak mengejar dunia dan meninggalkan daripada berikhtiyar untuk mendapat habuan dunia

Dunia Tanpa Penghujung

Buah amal di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu. Sehingga dirasakan ia sebagai nikmat yang tidak ada tolak bandingnya. Atabah al-Ghulam mengatakan: Saya melatih diri sembahyang malam 20 tahun, setelah itu barulah aku dapat merasakan nikmat bangun malam. Begitu juga Thabit al-Bunani, beliau melatih membaca al-Quran selama 20 tahun, barulah dia dapat merasakan nikmatnya membaca al-Quran.[1]
            Ramai di kalangan kita sekarang yang beribadah, tetapi tidak menikmati rasa beribadah. Kenikmatan beribadah yang sebenar dapat berhasil apabila diri sentiasa dilatih melakukan ibadah dengan khusyuk. Abu Turrab menjelaskan jika kita bersungguh-sungguh dalam niat amal, maka kita dapat merasakan nikmat amal itu sebelum mengerjakannya lagi. Beliau menambah lagi, manisnya ibadat itu pada tiga. Jika kita belum menemuinya, ketahuilah bahawa pintunya masih tertutup iaitu ketika membaca al-Quran, berzikir dan ketika sujud.[2] Hilangnya khusyuk di dalam ibadah dihalang oleh cinta dunia. Cara untuk menolak daripadanya ialah bertajarrud kepada Allah, iaitu mengosongkan hati daripada cintakan kepada dunia dan hidup secara berzuhud.

NAk Jadi baik Bukannya Mudah


Melaksanakan ibadat bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana melakukan pekerjaan yang lain. Ini kerana soal pahala dan ganjaran yang diberi Allah bukanlah berbentuk material yang zahir dan nampak dengan pancaindera. Sekiranya melaksanakan ibadat itu amalan yang mudah, sudahpasti ramai di kalangan manusia yang suka untuk beribadat. Melaksanakan ibadat kepada Allah mempunyai banyak halangan, cubaan dan rintangan yang sukar untuk dielakkan.

Kisah Benar : Mampukah Kita?


Riwayat daripada Abu Ishak al-Asfaraini mencerita seorang alim yang abid. Dia telah berdoa kepada Allah SWT selama 30 tahun supaya dirinya dikurniakan taubat nasuha. Namun dirinya tetap hairan dan pelik kerana merasai dirinya belum suci daripada dosa. Pada suatu malam dia telah didatangi oleh seseorang di dalam mimpinya yang membaca ayat surah al-Baqarah.

Jalan keluar daripada Dosa

Jalan keluar untuk melepaskan diri daripada dosa terlebih perlu kita mengetahui jenis-jenis dosa. Maka kita dapat membersihkan dosa mengikut kaedah tertentu yang berdasarkan kepada jenis dosa. Dosa-dosa ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

i.                    Dosa kerana meninggalkan kewajipan terhadap Allah SWT, seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain yang termasuk dalam perkara fardhu. Maka dosa yang kita lakukan seperti meninggalkan solat, puasa dan zakat maka hendaklah dihapuskan dosa dengan mengqada’nya.
ii.          Perbuatan dosa antara kita dengan Allah seperti minum arak, makan riba dan lain-lain, maka kaedah menghapuskan dosa itu dengan kita merasa menyesal di atas perbuatan yang kita lakukan itu dan tekad untuk meninggalkannya serta tidak akan mengulangi dosa-dosa tersebut untuk selama-lamanya.

Antara Taubat dengan Tahu Buat


Ramai di kalangan manusia yang merasakan mereka selamat daripada dosa, kerana tidak melakukan perbuatan yang membawa kepada dosa. Mereka beranggapan dosa-dosa kecil yang dilakukan tidak memudaratkan kepada dirinya dan akan terhapus dengan rahmat Allah. Sedangkan dalam hal ini antara salah satu tanda orang yang diterima taubatnya ialah merasai diri belum suci daripada dosa, sekalipun dilakukan taubat berulang-ulang kali.[1] Melewat-lewatkan taubat akan menjadikan hati kita semakin keras dan berterusan dalam melakukan dosa, kita akan ditimpa kecelakaan oleh Allah SWT. Tanda-tanda kehitaman hati itu adalah disebabkan oleh perbuatan dosa yang dapat dilihat secara zahir  tanda-tandanya. Antara alamat atau tandanya ialah hati kita tidak sedikitpun takut untuk melakukan dosa, tidak merasai nikmat kemanisan beribadat dan ketaatan kepada Allah dan akhirnya nasihat yang diberikan sedikitpun tidak mendatangkan kesan dan manfaat. Maka jangan sesekali kita memandang remeh dengan dosa-dosa kecil walaupun sedikit.

Ibadah yang Sia-Sia


Di kalangan kita banyak menumpukan kepada kewajipan ibadat zahir/ syarak, namun mengabaikan kewajipan mengetahui ilmu tentang ibadat batin. Ia merupakan kerja hati yang pastinya kita wajib mengetahuinya berkaitan syukur, tawakkal, redha, sabar, ikhlas dan lain-lain. Begitu juga perkara-perkara batin yang mesti dijauhi seperti dengki, marah, riya’, sombong dan sebagainya. Semua ini adalah ilmu yang menjamin bukan sahaja perhubungan manusia dengan Allah, malah sesama manusia. Mendekatkan hubungan dengan Allah dan merapatkan ukhwah dengan masyarakat. Justeru, ibadat syarak perlu dicernakan dengan ibadat batin yang melahirkan sifat-sifat Ubudiyah dan menyelamatkan daripada sia-sia.

Berhati-Hati Menuntut Ilmu


Golongan manusia yang menuntut ilmu boleh dibahagian kepada tiga bahagian:[1]

Pertama

Seseorang yang menuntut ilmu untuk bekalan akhirat dan tidak yang lain melainkan kerana Allah SWT. Golongan ini akan diberi kejayaan di dunia dan akhirat,dan dikenali sebagai al-Muttaqin.

Tidak Semua Ilmu Bermanfaat



مَنِ ازْدَادَ عِلْمًا وَلَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْدًا

Ertinya: Sesiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka tidak bertambah daripada Allah Taala melainkan dijauhkan Allah.[1]

Berilmu Sebelum Beribadah


Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada ’Uqbah ibn ’Amir r.a:


Ertinya: Carilah ilmu sebelum lahir orang-orang yang suka
mempertikaikan nilai-nilai agama

(Hadis Riwayat Bukhari secara Ta’liq)

Ilmu agama adalah bersumberkan daripada al-Quran dan hadis nabi saw. Oleh itu kita perlu memahami al-Quran atau hadis sebagaimana cara para sahabat memahaminya. Begitu juga kita perlu mempunyai ilmu tentang ibadat ini sebagaimana berdasarkan kepada bagaimana cara yang diketahui oleh sahabat baginda. Hadis di atas menggambarkan perlu memahami ibadat yang dilakukan oleh nabi saw dan para sahabat dengan ilmu. Ramai di kalangan kita hari ini yang beramal sebelum mengetahuinya, atau belajar setelah sekian lama beramal.

Imam Malik: Mengabaikan Ilmu Tasawuf Adalah Fasiq



Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang membicarakan tentang pembersihan dan penyucian hati untuk sampai ke tahap ihsan dalam melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT. Ilmu tasawuf dapat menyembuh manusia daripada pelbagai penyakit batiniyyah dan mengembalikan manusia kepada landasan keikhlasan dan mencapai kesucian serta kesempurnaan yang asal (fitrah). Justeru, sasaran ilmu ini adalah untuk mentarbiyah insan agar memiliki peribadi dan budi pekerti atau akhlak yang mulia.[1]

Siri 1: Kenali Alim Ulamak: Tok Selehor


Tok Selehor adalah salah seorang dari ulama’ lima serangkai yang paling masyhur di kalangan rakyat Kelantan. Ulama’ lima serangkai tersebut terdiri dari Tok Selehor sendiri (1871-1935) yang berasal dari Tumpat, Tok Kenali (1868-1933) dari Kota Bharu, Tok Bachok (1860-1953) dari Bachok, Tok Jelapang (1861- 1934) dari Pasir Mas dan Tok Kemuning (1885-1934) dari Machang. Tok Selehor yang merupakan sahabat baik Tok Kenali terkenal kerana kealimannya dalam ilmu agama. Beliau menyebarkan ilmunya kepada para pelajar dengan membina pondok di Kampung Selehor. Kini kampung tersebut dikenali dengan nama Kampung Kok Pasir. Kehebatan yang dimiliki oleh Tok Selehor dalam penyampaian dakwahnya telah menarik minat masyarakat dari penduduk tempatan dan luar khususnya dari Patani, Kemboja, Palembang, Jawa, Siak dan seluruh Tanah Melayu untuk datang menuntut ilmu dengannya.

Jumaat, 2 Mac 2012

Hakikat Syukur Pada Allah

Persoalan yang selalu bermain difikiran kita apakah mata yang melihat atau hati yang melihat. Kita sering mengatakan adanya mata maka kita mampu melihat. Justeru, manakah yang terlebih penting antara mata dengan penglihatan. Sudah pasti penglihatan adalah terlebih penting. Manusia mampu mencipta mata namun manusia pasti tidak mampu mencipta pendengaran. Apalah gunanya mata yang cantik dan lentik tetapi tidak dapat melihat. Hakikatnya manusia tidak melihat sesuatu dengan mata, sebagaimana berfikirnya manusia bukan dengan akal. Orang yang melihat dengan mata dan berfikir dengan akal adalah golongan yang Ghafil (lalai). Sebab akal dan mata boleh bertindak diluar batas dan mengabuli kita. Maka hakikatnya orang yang melihat dengan mata hati berbeza dengan melihat dengan mata yang zahir. Jika mata hati seseorang dapat mengalahkan mata zahir, maka dirikan akan merasai betapa berharganya mata dan memahami tujuan Allah menciptakan mata. Dia akan dapat menikmati rahsia Keesaan Allah, mata hati akan memperlihatkan cahaya kebenaran.

Khamis, 1 Mac 2012

Dunia Oh Dunia...

Orang yang meletakkan dunia di tangan dan tidak di hati bererti dirinya telah bersedia untuk menuju Allah SWT. Dirinya berjaya meletakkan hati jauh dengan dunia sekalipun dia sering bergelumang dengan dunia. Namun dunia tidak mampu mempengaruhi hatinya. Sekiranya perasaan ini ada dalam diri kita, maka kita boleh meningkat dan menambahkan amal kepada Allah SWT. Apa jua yang dihadapinya di dunia pasti ibadah kepada Allah tidak dilupakan walaupun disibukkan oleh dunia, dikayakan oleh harta benda, disanjung dan dipuja oleh manusia. Apabila kita sampai kepada tahap ini, maka kita tidak lagi mengharapkan kepada ibadah dan amal soleh sebagai cita-cita, tetapi terlebih daripada itu hanya mengharapkan kurnia Allah dalam semua aspek kehidupan. Meskipun dilakukan ibadah dan amal soleh sebanyak mana sekalipun, ia tidak akan menyampai kepada cita-citanya.