Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Antara Hikmah dan Bala Allah


Apabila Allah mendatang kepada manusia cubaan dan bala manusia tidak akan terfikir di di fikiran dan dan tidak terbayang di hatinya bahawa semua itu ada hikmat yang tersembunyi yang hanya terkandung di dalam ketentuan Allah SWT. Ini disebabkan oleh pendeknya akal manusia dan terbatasnya penglihatan hati manusia. Pada hakikatnya batas keimanan seseorang yang dapat melihat bahawa di dalam cobaan dan bala Allah itu mengandungi hikmat yang baik yang menyebabkan dirinya menjadi bertambah hampir kepada Allah SWT.


Antara hikmat daripada cobaan dan bala ialah:

  1. Sesuatu cobaan dan bala yang datang kepada manusia adalah sesuatu yang bertentangan dengan kehendak dan kemahuan dan syahwat manusia. Tidak ada manusia yang inginkan sakit, miskin, susah, rugi dan lain-lain musibah. Semua ini berlawanan dengan nafsu manusia. Nafsu tidak boleh menerima dan cuba sedaya upaya untuk menjauhikan diri daripada musibah tersebut. Nafsu tidak akan senang untuk menerima ujian yang berupa tidak baik. Ini kerana nafsu manusia hanya menerima sesuatu yang sejajar dengan kehendak dirinya berupa kebaikan, keseronokan, keselesaan dan lain-lain sifat kesempurnaan. Namun manusia terpaksa akur dan tidak dapat lari daripada musibah sekalipun hatinya menolak untuk tidak menerima. Cobaan dan bala menjadi manusia dalam keadaan terdesak. Apabila tidak ada makhluk yang dapat menyembuh penyakitnya, apabila makhluk tidak dapat memberikan kekayaan kepada dirinya, apabila makhluk tidak dapat menyenangkannya, maka di saat dan tika itulah manusia akan akur tunduk dan menumpukan diri kepada Allah SWT. Ketika itulah juga dirinya terbuka untuk menerima rahmat Allah.
  2. Cobaan berupa sakit, miskin, susah dan sebagainya secara langsung akan melemahkan nafsu manusia. Cobaan dan bala ini akan mengalahkan kekuatan nafsu dan membataskan kehendak nafsu dan seterusnya menghilangkan kehendak nafsu. Nafsu-nafsu inilah yang menbawa dan menjatuhkan manusia ke lembah dosa dan maksiat. Nafsu inilah juga yang menggoda manusia kepada sifat keduniaan dan keinginan duniawi. Nafsu inilah juga yang menjauhkan manusia untuk mendapat keredhaanNya.
  3. Cobaan dan bala boleh menjadikan hamba yang taat kepada Allah. Hatinya akan terdidik dengan sifat sabar, bertawakkal kepada Allah, redha dengan ketentuanNya, menerima Qada’ dan Qadar Allah dan faham dengan sebenar-benarnya bahawa tidak ada kuasa yang dapat menyembuh, menyenang, mengkaya selain kuasa Allah. Kuasa inilah juga yang mendatangkan sakit, miskin dan susah. Apabila kita boleh menerima kesenangan datangnya daripada Allah, maka susah juga datang daripada Allah yang sama, tuhan yang satu. Kehendak Allah yang menjadikan kita kaya, maka kehendak Allah jua yang menjadikan kita miskin. Maka semuanya ini membawa kita kepada jalan untuk mendekatkan diri kepada agama yang mengajar tentang kehidupan akhirat dan kepentingannya daripada kehidupan dunia.
  4. Manusia yang ditimpa dengan cobaan dan bala akan dihapuskan oleh Allah SWT akan dosa-dosanya yang lalu. Kesalahan-kesalahan maksiat akan terhakis sedikit demi sedikit. Nabi Isa as mengatakan bahawa seseorang itu belum lagi mengenal Allah sekiranya dia tidak bergembira dengan musibah yang menimpa dirinya, penyakit yang melanda dirinya, dan ujian ke atas hartanya. Ini kerana jika kita tidak boleh menerima semua ini, bermakna kita tidak mengharapkan Allah SWT menghapuskan dosa kita dan mengampunkan kesalahan yang telah kita lakukan. Sekalipun kita cuba berikhtiar untuk menghilangkan musibah ini, namun kita juga tetap berusaha untuk mendapatkan hikmah-hikmah Allah yang tersembunyi sebagai ujian keimanan. Ini menepati dengan sabda nabi saw:


منْ يُرِدِ اللهُ بهِ خَيْرًا يُصِبْ منه
Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya, maka Allah akan cuba seseorang itu dengan ujian.

Manusia yang mengenali Allah dengan sebenar-benar akan dapat mengetahui sesuatu dengan matahati. Matahati yang dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Manusia yang tidak melihat dengan matahati tidak akan menggunakan akal dan tidak akan memahami ketentuan-ketentuan Allah yang tersembunyi di dalam hikmahNya.  Manusia yang buta matahatinya dan tidak dapat melihat hikmah-hikmah Allah akan sentiasa kecewa, menderita batin, gelisah, lemah, kurang bersemangat, hilang pengharapan dan pendek akalnya. Namun bagi hamba-hamba yang soleh mereka akan mengambil hikmah itu untuk membangunkan jiwa dan rohnya agar lebih dekat kepada Allah dan pasti akan membawa kepada cinta bertemu denganNya.


106

Beribadah kepada Allah bermaksud menghampirkan diri kepada Allah, memohon kepadaNya redha dan penghayatan ihsan dan setiap gerak geri kita. Manusia yang berjaya melaksanakan ketaatan kepada Allah, bermakna dirinya telah mendapat nikmat daripada Allah. Nikmat yang diberikan ini harus disyukuri kerana melaksanakan ibadah itu perlu melalui cabaran yang banyak dan cubaan yang menuntut kepada kesabaran yang tinggi. Banyak gangguan dan halangan yang terpaksa dilepasi untuk sampai kepada matlamat yang sebenar. Perjalanan  menuju kepada Allah perlu melalui banyak cabaran kerana bentuk-bentuk gangguan ini akan menggagalkan usaha diri kita untuk mendapat keselamatan, sebagaimana kehidupan kita di dunia. Manusia sering keliru dalam mengikuti jejak-jejak langkah kebaikan.


Jalan menuju kepada Allah kita tidak sunyi daripada menghadapi pelbagai gangguan dalam hidup. Ini sebagaimana perjalanan kita di dunia untuk menuju ke matlamat yang ditujui akan berhadapan dengan pelbagai gangguan yang menjadi cabaran dalam hidup. Gangguan-gangguan ini adalah musuh yang mesti dijauhi dan berhati-hati dengan bisikan dan pujukannya.

107

Terdapat perbezaan yang jelas antara hamba-hamba Allah dengan hamba yang lain. Keyakinan hamba Allah terhadap tauhid dan hubungannya dengan Allah bukan sekadar ilmu, tetapi lebih kepada penghayatan rohaniyah dan jasmaniyah. Allah memberikan kepada golongan ini dengan rahsia pemberian Allah yang dilimpahkan ke dalam hati-hati mereka. Rahsia-rahsia ini berbentuk makrifah kepada Allah. Apabila manusia telah mendapat makrifat Allah, hatinya begitu rapat dengan Allah. Dirinya tidak akan melupakan Allah dan tidak akan tenang dan gembira apabila sesuatu itu tidak dikaitkan dengan Allah. Hati yang tertambat dengan Allah tidak akan tenteram kerana hubungannya yang begitu indah dan suci dan kecintaan yang begitu kukuh dan terjalin erat. Apa jua yang berlaku dalam hidupnya akan dibawa kepada cahaya iman dan meyakini keagungan dan kebesaran Allah. Lantas jiwanya menjadi besar dan tidak akan takut kepada sesuatu selain Allah. Hatinya tidak akan bergoncang, jauh daripada keresahan dan gundah gulana. Lahiriyah dan batiniyahnya bersatu dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah dan menuju kepada arah yang sama. Lahiriyahnya tidak pernah meninggalkan suruhan atau melakukan larangan Allah. Hati batinnya penuh dengan rasa kehambaan dan kelemahan diri, dan merasai Allah yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Ibadahnya telah sampai kepada tingkatan ubudiyah hasil daripada mujahadahnya kepada Allah dan pengorbanan diri.

Diceritakan bahawa Ketika mana dibacanya ayat : 
Hatinya merasai bahawa dirinya bukan menyembah dan memperhambakan diri kepada manusia, tetapi kerana makhluk, maka dia akan terus bertaubat dan menjauhkan diri daripada manusia. Begitu juga apabila dia membaca ayat ini dirasakan bahawa dirinya bukan menyembah Allah, tetapi isterinya, lantas dia menceraikan isterinya setelah selesai solatnya. Pada waktu yang lain dia merasakan dirinya berdusta dengan Allah. Pada hakikatnya dirinya menyembah bukan Allah tetapi hartanya, lalu dia mensedekahkan harta tersebut. Setelah dibacakan pula ayat yang sama, dia masih mendengar suara yang menyatakan bahawa dirinya menyembah bukan kerana Allah, tetapi kerana pakaiannya, lalu semua pakaian itu disedekahkan kecuali untuk keperluan sahaja.

0 ulasan:

Catat Ulasan