Ads 468x60px

Labels

Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artikel. Papar semua catatan

Selasa, 10 September 2013

Perbincangan Panel Penasihat Institut Kajian Zakat dan Wakaf Malaysia (IKaZ)


Perbincangan bersama Yb Bhg Dato Seri Zainal Abidin di Masjid al-Falah Subang Jaya 

ISU-ISU PELAKSANAAN ISTIBDAL HARTANAH WAKAF DI MALAYSIA

Pendahuluan

Pada dasarnya hukum syarak mengharuskan pelaksanaan konsep Istibdal dilihat dan dianggap  sebagai suatu mekanisme yang boleh mengekalkan kesinambungan tanah wakaf tanpa mengorbankan prinsip asal wakaf. Konsep Istibdal atau lebih dikenali sebagai pertukaran harta wakaf pada hakikatnya merupakan salah satu jalan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membabitkan pembangunan harta wakaf.[1] Tujuan asal seseorang mewakafkan harta adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala secara berterusan, selain rahmat, keberkatan dan keredhaanNya. Tujuan asal ini tidak akan kesampaian jika adanya halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya seperti pelupusan status wakaf akibat pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa. Maka nazir selaku pemegang amanah harta wakaf perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil alternatif dan pendekatan agar manfaat harta wakaf dapat disalurkan untuk selama-lamanya sebagaimana niat pewakaf. Namun aspek pelaksanaannya memerlukan kepada ketelitian dengan mengambilkira pelbagai aspek perundangan negara dan hukum syarak. Di Malaysia pelaksanaan istibdal tanah wakaf masih tidak begitu popular dan kurang difahami oleh masyarakat di Malaysia sehingga menimbulkan pelbagai isu dan tanggapan negatif terutama di kalangan masyarakat awam.

Keberkesanan Audit Berkualiti Dalam Memantapkan Sistem Pengurusan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri

Temubual: En.Azmi bin Mohammad,
Timbalan Ketua Pengarah Audit
Cawangan Negeri Terengganu
Hasil dapatan kajian ini terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh pihak Audit. Kajian Audit ini sangat penting kerana maklumat yang dihasilkan oleh JAN dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan wakaf dan para pentadbir di MAIN. Ini kerana maklumat berkaitan wakaf yang terdapat di MAIN sukar didapati dan sebahagiannya dianggap sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum. Pengauditan dilakukan di MAIN yang secara langsung merujuk kepada dokumen dan rekod yang berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan harta wakaf. Temubual dan soal selidik juga dilakukan dengan pegawai yang terlibat dan pihak Audit telah melakukan lawatan ke beberapa lokasi tanah dan pembangunan tanah wakaf. Ini semua bagi memastikan pengurusan wakaf MAIN telah dilaksanakan menepati dengan hukum syarak dan mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing dan Enakmen Wakaf. Sehubungan dengan itu, maklumat yang didapati melalui Laporan JAN tidak boleh dipertikaikan dan boleh menjadi pandu arah dalam menentukan prestasi pembangunan tanah wakaf di Malaysia.

Isnin, 22 Oktober 2012

PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA: ISU DAN HALANGAN



PEMBANGUNAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA: ISU DAN HALANGAN


Dr Mohd Afandi Mat Rani
Pensyarah, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Abstrak

Wakaf adalah antara salah satu daripada institusi Islam yang wujud sejak daripada zaman Rasulullah saw berfungsi sebagai pemangkin ekonomi dan pembangunan umat Islam. Institusi ini juga merupakan tunjang kepada kejayaan sistem jaminan sosial Islam, selain mekanisme  zakat, sedekah dan lain-lain. Oleh itu, adalah menjadi satu keperluan yang mendesak pada hari ini untuk memastikan bahawa sistem itu dapat berjalan dengan baik seiring dengan perkembangan semasa. Peranan ini bukan hanya terhad diaplikasikan dalam urusan peribadatan kepada Allah S.W.T. sahaja, malahan ia dianggap sebagai institusi ekonomi yang mendatangkan impak kebaikan yang menyeluruh kepada orang Melayu khususnya dan  umat Islam amnya. Namun terdapat banyak halangan dan kekangan sehingga institusi ini tidak berfungsi sebagaimana diharapkan. Oleh itu, sifat lestari wujud dalam sistem wakaf  ini perlulah dirancang dan dilaksanakan secara sistematik agar ia dapat menjadi pemangkin kepada sistem jaminan sosial orang Melayu dan Islam pada masa kini..


Pendahuluan

Harta sadaqah, zakat dan wakaf telah terbukti mempunyai peranan istimewa dalam memajukan ummah sepanjang sejarah Islam. Sumbangan harta ini telah memberi impak yang besar dalam pembangunan ummah dalam setiap aspek, baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan perundangan.[1] Pada hakikatnya, harta wakaf perlu dilihat sebagai sumber ekonomi terpendam umat Islam yang perlu dieksploitasi dengan sebaiknya bagi mendapatkan manfaat yang sebaiknya kepada masyarakat Islam.[2] Harta wakaf dianggap sebagai senjata yang paling penting bagi orang Islam semenjak beratus tahun yang silam yang tidak pernah digunakan.[3]

PENCEROBOHAN TANAH WAKAF: PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN APLIKASINYA DI MALAYSIA



PENCEROBOHAN TANAH WAKAF: PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG DARI PERSPEKTIF ISLAM DAN APLIKASINYA DI MALAYSIA

Mohd Afendi Mat Rani[1]

Abstrak

Di Malaysia, aktiviti pencerobohan tanah wakaf oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah lama berlaku. Kegiatan pencerobohan tanah wakaf adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah disebabkan oleh kealpaan dan kelalaian pihak yang bertanggungjawab. Selain itu faktor kemiskinan dan desakan hidup juga boleh berlaku. Mereka yang melakukan pencerobohan ke atas tanah wakaf adalah lebih mementingkan peribadi dengan mengaut keuntungan tanpa menghiraukan hak orang lain. Mereka membina rumah-rumah kediaman, dan ada yang disewakan pula kepada pihak lain dengan harga yang tinggi dan menjadi sumber pendapatan tetap kepada individu terbabit. Pencerobohan yang berlaku ke atas tanah wakaf secara tidak langsung akan menghalang pelaksanaan pembangunan ke atas tanah tersebut dan juga terputusnya kelangsungan hak pewakaf. Pelbagai isu, halangan dan beberapa cadangan telah dikemukakan dalam penulisan ini sebagai penambahbaikan dalam meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi wakaf sebagai pemangkin ekonomi dan sistem jaminan sosial dalam Islam.

PENYEWAAN TANAH WAKAF DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARAK DAN AMALANNYA DI MALAYSIA



PENYEWAAN TANAH WAKAF DARI PERSPEKTIF HUKUM SYARAK DAN AMALANNYA DI MALAYSIA[1]

Mohd Afendi Mat Rani[2]
Che Zuina Ismail[3]

Abstrak

Penyewaan tanah wakaf dari perspektif hukum syarak dan undang-undang di Malaysia tidak banyak dibincangkan oleh para sarjana tempatan di Malaysia. Namun, hasil daripada kajian mendapati terdapat pelbagai isu dan permasalahan yang berbangkit dari aspek penyewaan sama ada dari segi konsep penyewaan tanah wakaf, kadar nilaian sewaan semasa, undang-undang pelanggaran perjanjian sewaan dan lain-lain. Justeru, penulisan ini cuba untuk membincangkan tentang konsep penyewaan tanah wakaf dari perspektif hukum syarak dan amalan perundangannya di Malaysia. Bbeberapa cadangan penyelesaian juga dikemukakan sebagai penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesan dan relevansinya institusi wakaf  sebagai penggerak ekonomi ummah dan negara di Malaysia.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Pembentangan RUT USM Kali ke2

Pada Jun 2012, 2 kertas kerja telah dibentangkan yang bertajuk Isu-Isu Istibdal Hartanah Wakaf Di Malaysia Dan Implikasi Akta Pengambilan Tanah  1960 Terhadap Tanah Wakaf Di Malaysia. Kedua-dua kertas kerja ini adalah hasil daripada kajian bersama yang dibuat melalui Dana Research University Team yang diketuai oleh Y Bhg Prof Dr Mohd Shukri Salleh, Pengarah ISDEV.

Jumaat, 27 Julai 2012

Bukit Fraser


Kunjungan ke Bukit Fraser Pahang pada 17-18 Julai 2012 dalam program Research ARI UiTM. Tak payah pegi ke UK nak main salji, kat sini pun dah cukup untuk menikmati udara sejuk. 

Khamis, 26 Julai 2012

Lawatan Amanah Ikhtiyar Malaysia (AIM)

Pada 26hb Julai 2012 Amanah Ikhtiyar Malaysia (AIM) telah datang berkunjung kepada IkAZ bagi mengadakan kerjasama dua hala dalam bidang zakat dan wakaf. IkAZ telah dilantik sebagai juru perunding kepada AIM untuk menggerakan zakat dan wakaf di AIM sebagai salah satu usaha untuk membangunkan ekonomi Ummah di Malaysia. 
    Bagi menjayakan institusi kewangan dan ekonomi Islam khususnya berkaitan wakaf dan zakat semua pihak perlu menggembeling tenaga dan usaha dan tidak hanya meletakkan kepada Majlis Agama Islam Negeri semata-mata untuk menjana ekonomi khsususnya di kalangan orang Melayu.

Isnin, 23 Julai 2012

Lawatan ke Pusat Tahfiz Sulaimaniyah

al-Qari Mustafa Sedang Membaca al-Quran

Pada 23hb Julai 2012 Kami telah melawat Pusat Tahfiz Sulaimaniyah di Bangi Selangor. Pusat Tahfiz ini adalah kerjasama NGO daripada Turki berasaskan kepada wakaf pendidikan. Bersama kami adalah al-Qari Muhammad Mustafa al-Syarqawi daripada Mansurah Mesir. Beliau telah membuat sedikit tazkirah tentang kelebihan al-Quran dan cara menghafal al-Quran yang betul. Dato' Osman Desa juga datang melawat bersama kami. Kesitimewaan pusat tahfiz ni sangat bersih dan pelajar2nya sangat2 ditekankan soalan disiplin. Perancangannya akan datang setiap negeri akan diadakan cawangannya. Setakat ini telah ada 5000 cawangan diseluruh dunia yang dilaksanakan oleh Muassasah daripada Turki. Sesiapa yang berminat boleh datang terus sana untik mendapatkan maklumat lanjut.

Ahad, 22 Julai 2012

Ekspedisi Ke Jordan

Pada 31hb Ogos 2012 saya akan berangkat ke Jordan untuk membawa pelajar-pelajar yang akan menuntut di Universiti Jordan. Tahun ini adalah tahun ke-2 pihak Munirah CARE menghantar pelajar ke bumi Ambiyak. Harapan kami sebagai NGO Islam agar dapat membawa seramai mungkin para pelajar menyambung pengajian agama dalam pelbagai bidang ilmu. Golongan agama amat diperlukan untuk mengisi kekosongan dalam pelbagai jabatan kerajaan dan swasta. Arus kebangkitan Islam dan kesedaran agama yang begitu tinggi di kalangan masyarakat Malaysia kini memerlukan kepada para Daie yang berkualiti, profesional dan mampu berhadapan dengan kehendak dan cabaran semasa. Kegersangan golongan agama akan merencatkan program pembangunan Islam di Malaysia. Semoga usaha kecil ini menjadi nadi kepada Munirah CARE untuk terus menabur bakti kepada Masyarakat Islam di Malaysia. 

Selasa, 17 Julai 2012

Kenapa? 1 Sahaja Kajian PhD Mengenai Wakaf Dalam Tempoh 10 Tahun


Fakta sebenarnya yang telah dibongkar oleh Sdra Ahmad Anwar Rosli dalam kertas kerjanya bertajuk "Trend Kecenderungan Kajian Berkaitan Wakaf di Malaysia, 1998 hingga 2008. Kertas ini telah dibentangkan di Workshop Antar Bangsa Pembangunan Berteraskan Islam II : Wakaf Dalam Pelbagai Perspektif di Medan, Indonesia pada bulan Mei 2009 yang lalu. Untuk membuktikan fakta ini, ikuti maklumat yang dikemukakan oleh beliau tentang bilangan calon yang membuat kajian tentang wakaf :

Selasa, 10 Julai 2012

Wakaf Membantu Dasar Ekonomi Baru 30%


Kebanyakan orang Melayu khususnya dan umat Islam amnya di Malaysia kini berhadapan dengan beberapa masalah besar terutama dari aspek ekonomi berbanding bangsa lain. Aset dan pemilikan modal mereka amat terhad sedangkan pada masa yang sama peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat dan ditambah lagi dengan berlakunya kegawatan ekonomi dan kenaikan nilai hartanah dan barang-barang keperluan asas yang lain. Justeru, dalam keadaan sedemikian, tidak banyak harta yang diwakafkan oleh umat Islam, terutama melibatkan aset kekal seperti tanah, premis perniagaan, bangunan, rumah kediaman dan lain-lain. Sekiranya ada sekalipun ia melibatkan harta yang bermasalah seperti tanah yang tidak boleh dibangunkan atau tidak ekonomik.

IMPLIKASI PERUNDANGAN TERHADAP PENDAFTARAN TANAH WAKAF DI MALAYSIA: KAJIAN DI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI DI MALAYSIA


Undang-Undang Pengambilan Tanah Wakaf Di Malaysia

Berdasarkan kepada Akta Pengambilan Tanah 1960, telah memperuntukkan beberapa kategori tanah yang boleh diambil semula oleh kerajaan atau PBN. Akta[2] tersebut telah mendefinisikan tanah yang boleh diambil ialah tanah berimilik dalam pengertian undang-undang tanah negeri yang mempunyai hak milik berdaftar melainkan tanah kerajaan, tanah yang diduduki di bawah hak adat dan tanah yang diduduki dengan harapan menjadi hak milik. Dalam konteks hak pemilikan tanah berdaftar dengan merujuk kepada takrifan di atas, KTN 1965[3] telah memperuntukkan kuasa bagi membolehkan wakaf yang berbentuk tanah diletakkan di bawah milikan badan yang mentadbir tanah tersebut iaitu MAIN. Kuasa-kuasa ini telah diperuntukkan secara jelas di dalam semua Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri di Malaysia bahawa MAIN adalah berperanan sebagai Pemegang Amanah Tunggal harta-harta wakaf termasuk harta alih dan tak alih di negeri berkenaan. Majlis berfungsi sebagai pentadbir yang menjalankan sebarang kegiatan bagi pembangunan harta wakaf untuk manfaat orang-orang Islam.[4]

WAKAF PENDIDIKAN: PENGALAMAN DI PONDOK MODEN DARUSSALAM GONTOR PONOROGO INDONESIA

 Pendahuluan

Institusi pendidikan wakaf ialah sebuah organisasi atau institusi yang ditubuhkan melalui sumbangan masyarakat Islam atau dibina atas tanah atau bangunan yang diwakafkan untuk tujuan pendidikan Islam. Matlamat utamanya ialah untuk mendapat keredhaan Allah SWT, di samping melahirkan masyarakat Islam yang soleh, mukmin dan muttaqin. (Ahmad Zaki Hj Abd Latif, 2008, hlm.84-85) Institusi pendidikan wakaf bukanlah suatu yang asing dalam Islam. Masjid merupakan antara institusi pendidikan wakaf yang menjadi tempat pendidikan awal sebagaimana yang berlaku sejak pada zaman nabi saw. Diriwayatkan bahawa pada hari pertama ketibaan Rasulullah saw di kota Madinah semasa peristiwa hijrah bersama Abu Bakar r.‘a Baginda saw  telah mengambil tanah milik Sahl dan Suhail untuk membina masjid dan tempat kediamannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan beberapa riwayat yang lain di dalam hadith Rasulullah saw. (Al-Bukhari, Abi ‘Abdillah Muhammad b. Isma‘il, 1992, No.3906) Aktiviti ini diteruskan pula oleh generasi selepas baginda saw dan pada zaman kerajaan Abbasiyah (754-1258M), Ayyubiah (1171-1249M), Mamalik (1249-1517M) dan kerajaan Uthmaniyah 91299-1924M), wakaf pendidikan berkembang dengan pesatnya melalui sekolah, perpustakaan dan universiti yang berjaya melahirkan ramai sarjana Islam. (M. Jandra bin Moh. Janan, 2008, hlm.88)

Isnin, 5 Mac 2012

Apa beza Hukum Syarak & Hukum Warak


Dari segi hukum syarak kita boleh mengambil apa-apa pemberian daripada seseorang yang pada zahirnya kelihatan baik dan tidak perlu menyoal dari mana ia datang, kecuali diyakini daripada sumber yang haram. Namun hukum warak pula berbeza dengan hukum syarak. Seseorang yang bersifat warak tidak boleh mengambil sedikitpun daripada pemberian orang lain kecuali setelah diperiksa dengan penuh cermat dan teliti dan diyakini tidak terdapat sedikitpun syubahat, apatah lagi daripada yang haram. Jika terdapat sedikit sahaja unsur-unsur yang syubahat maka ia pasti akan menolaknya. Abu Zar al-Ghifari mengatakan, kesempurnaan Taqwa ialah meninggalkan setengah yang halal kerana takut berlaku haram.[1]

Jumaat, 2 Mac 2012

Hakikat Syukur Pada Allah

Persoalan yang selalu bermain difikiran kita apakah mata yang melihat atau hati yang melihat. Kita sering mengatakan adanya mata maka kita mampu melihat. Justeru, manakah yang terlebih penting antara mata dengan penglihatan. Sudah pasti penglihatan adalah terlebih penting. Manusia mampu mencipta mata namun manusia pasti tidak mampu mencipta pendengaran. Apalah gunanya mata yang cantik dan lentik tetapi tidak dapat melihat. Hakikatnya manusia tidak melihat sesuatu dengan mata, sebagaimana berfikirnya manusia bukan dengan akal. Orang yang melihat dengan mata dan berfikir dengan akal adalah golongan yang Ghafil (lalai). Sebab akal dan mata boleh bertindak diluar batas dan mengabuli kita. Maka hakikatnya orang yang melihat dengan mata hati berbeza dengan melihat dengan mata yang zahir. Jika mata hati seseorang dapat mengalahkan mata zahir, maka dirikan akan merasai betapa berharganya mata dan memahami tujuan Allah menciptakan mata. Dia akan dapat menikmati rahsia Keesaan Allah, mata hati akan memperlihatkan cahaya kebenaran.

Khamis, 1 Mac 2012

Dunia Oh Dunia...

Orang yang meletakkan dunia di tangan dan tidak di hati bererti dirinya telah bersedia untuk menuju Allah SWT. Dirinya berjaya meletakkan hati jauh dengan dunia sekalipun dia sering bergelumang dengan dunia. Namun dunia tidak mampu mempengaruhi hatinya. Sekiranya perasaan ini ada dalam diri kita, maka kita boleh meningkat dan menambahkan amal kepada Allah SWT. Apa jua yang dihadapinya di dunia pasti ibadah kepada Allah tidak dilupakan walaupun disibukkan oleh dunia, dikayakan oleh harta benda, disanjung dan dipuja oleh manusia. Apabila kita sampai kepada tahap ini, maka kita tidak lagi mengharapkan kepada ibadah dan amal soleh sebagai cita-cita, tetapi terlebih daripada itu hanya mengharapkan kurnia Allah dalam semua aspek kehidupan. Meskipun dilakukan ibadah dan amal soleh sebanyak mana sekalipun, ia tidak akan menyampai kepada cita-citanya.

Isnin, 27 Februari 2012

Fatwa Tanah Wakaf


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji dan mengeluarkan fatwa mengenai cara membangunkan secara komersial tanah wakaf yang diwasiatkan untuk pembinaan masjid dan surau.

Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan dibangkitkan kerana wasiat khusus seumpama itu menghalang tanah wakaf terbabit dibangunkan secara komersial, sedangkan ia dapat dimanfaatkan untuk menjana ekonomi bagi kepentingan umat Islam.

Ahad, 26 Februari 2012

PENJUALAN DAN PENGGANTIAN HARTA WAKAF


  Konsep Istibdal


Tujuan asal seseorang mewakafkan harta adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan pahala secara berterusan, selain rahmat, keberkatan dan keredhaanNya. Tujuan asal ini tidak akan kesampaian jika adanya halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan. Antaranya seperti pelupusan status wakaf akibat pengambilan tanah wakaf oleh pihak berkuasa. Maka nazir selaku pemegang amanah harta wakaf perlu menyelesaikan permasalahan ini dengan mengambil alternatif dan pendekatan agar manfaat harta wakaf dapat disalurkan untuk selama-lamanya sebagaimana niat pewakaf.