Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Roh Menjawab Salam Orang Hidup?

Sabda Nabi saw : seseorang muslim yang melalui di kawasan kubur sahabatnya yang dikenali di dunia, lalu dia memberi salam kepada temannya yang berada di dalam kubur itu, maka Allah akan mengembalikan roh si mati untuk menjawab salamnya.  
        Berdasarkan kepada hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa mayat yang berada di dalam kubur mengenali sahabat handainya semasa di dunia, dan dapat mendengar tapak kaki orang yang menghantarnya ke kubur. Ketika mana Baginda saw memerintahkan para sahabat agar mengumpul dan mencampakkan mayat-mayat Quraiys di medan Badar, lalu Baginda saw menyeru nama-nama mereka:" wahai pulan bin pulan, apakah sekarang kamu mendapati janji Allah itu benar? Sesungguhnya aku mendapati janji Allah kepadaku adalah benar, dengan kemenangan berpihak kepada muslimin.
            Apabila mendengar kata-kata nabi saw, Umar bin al-Khattab bertanya: "wahai Rasulullah, kenapakah kamu bercakap dengan orang yang telah menjadi bangkai? Baginda menjawab: "Demi Allah yang mengutuskan aku dengan kebenaran, kamu semua tidak dapat mendengar apa yang aku perkatakan kepada mereka, mereka sudah tidak dapat menjawabnya lagi". Sekiranya orang yang mati berada di dalam kubur tidak dapat mendengar dan menjawab apa yang dikatakan oleh nabi saw, maka apakah faedahnya Baginda mengungkapkan salam kepada mereka.
           kita boleh menyampaikan salam kepada ahlul kubur sebagaimana kita menyampaikan salam kepada orang yang   masih hidup. Contohnya: "Assalamualaikum ya ahlil Kubur". Apabila kita memberikan salam kepada mereka dan datang menziarahinya, mereka akan gembira. Jika kita berada di kuburnya sambil berbicara dengannya, ahlul kubur tadi akan menjawab segala tutur kata kita sehinggalah kita pulang meninggalkan mereka. Ahlul Kubur juga mendoakan kita agar Allah memberikan kita sebaik-baik balasan di dunia kepada sesiapa yang datang menziarahinya dan mengucapkan salam kepada mereka. Setiap kali mereka memberi salam dan berdoa, maka Allah akan menyelubungi mereka dengan cahaya yang sebesar gunung.
              kesimpulannya, berdasarkan kepada hadis-hadis nabi saw, sememang benar apa yang dilakukan oleh masyarakat Melayu pada hari ini, mengajar anak-anak apabila menziarahi pusara datuk, nenek, ibu bapa kita yang telah pergi meningalkan kita, memberi salam dan bercakap dengan ahlul kubur juga dilakukan oleh salaful soleh terdahulu. Apa yang ditegah ialah bersikap melampau dengan menangisi kematian di atas kubur, mempersoalkan kenapa Allah mengambil nyawa orang yang disayanginya dan sebagainya. Berbicaralah dengan roh ahlul kubur dengan baik agar mereka senang di alam kubur. Jika kita mengingati seseorang yang telah pergi meninggalkan kita, Insyallah, kita juga akan diingati. 

0 ulasan:

Catat Ulasan