Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 10 Ogos 2012

Pembentangan RUT USM Kali ke2

Pada Jun 2012, 2 kertas kerja telah dibentangkan yang bertajuk Isu-Isu Istibdal Hartanah Wakaf Di Malaysia Dan Implikasi Akta Pengambilan Tanah  1960 Terhadap Tanah Wakaf Di Malaysia. Kedua-dua kertas kerja ini adalah hasil daripada kajian bersama yang dibuat melalui Dana Research University Team yang diketuai oleh Y Bhg Prof Dr Mohd Shukri Salleh, Pengarah ISDEV.

Rabu, 8 Ogos 2012

Di Mana Akhlak Umat Islam Kini


Ilmu Tasawuf ialah ilmu yang membicarakan tentang pembersihan dan penyucian hati untuk sampai ke tahap ihsan dalam melaksanakan ubudiyyah kepada Allah SWT. Ilmu tasawuf dapat menyembuh manusia daripada pelbagai penyakit batiniyyah dan mengembalikan manusia kepada landasan keikhlasan dan mencapai kesucian serta kesempurnaan yang asal (fitrah). Justeru, sasaran ilmu ini adalah untuk mentarbiyah insan agar memiliki peribadi dan budi pekerti atau akhlak yang mulia.[1]

Mengejar Lailatul Qadar Yang Tak Kesampaian

Semalam saya bertazkirah Ramadhan di Masjid Jamek ar Rahimiah Klang. Agak lama saya mencari tajuk dan mauduk yang sesuai untuk dijadikan bahan kuliah Ramadhan. al-Maklum dah ramai para asatizah yang membincangkan tentang Ramadhan. Bimbang-bimbang takut berulang dan bercakap benda yang sama. Nanti boring pulak para jemaah yang mendengar. Mulanya nak membincangkan ayat al-Taqwa dalam tafsir al-Maraghi, tapi memikirkan masa hanya 45 minit sahaja, maka saya memilih beberapa tip di bulan Ramadhan. Pertengahan bulan Ramadhan adalah dijanjikan keampunan oleh Allah SWT. Keampunan Allah tidak datang secara pemberian yang datang secara percuma. Keampunan akan diperoleh dengan melakukan taubat kepada Allah dan menyesali di atas segala perbuatan maksiat lampau yang kita lakukan. Imam al-Ghazali Syarat Taubat: