Allah SWT mempunyai hak untuk hambanya yang ditunai dan disediakan oleh
Allah SWT. Dalam hal ini manusia tidak mempunyai pilihan dan ketentuan sendiri
kecuali ianya telah ditentukan Allah. Manusia tidak boleh mencampuri dalam
urusan hak Allah, melainkan hanya tunduk dan patuh sahaja. Apabila manusia mula
campurtangan dalam perkara hak Allah untuk hambaNya, maka berlakulah
kepincangan dunia ini, dan binasalah manusia. Berlakunya krisis akhlak dan
masalah sosial yang berlaku kerana manusia tidak mampu untuk membezakan antara
hak Allah untuk hamba-hambaNya. Sedangkan manusia tidak patut dan tidak perlu
mempersoalkan kenapa dibuat, disuruh dan dipaksa oleh Allah SWT, kerana setiap
yang diperintah itulah yang terbaik. Allah SWT yang menentukannya dengan
kehendak dan kekuasaanNya. Manusia. Ini bermakna Allah telahpun menunaikan
hakNya untuk hambaNya dengan sesempurna dan sesebaik. Menurut Muhammad Sahl bin
Abdullah Tasturi, hak Allah untuk hambanya ada 3:
- Menentukan
hukum-hukumnya dilaksanakan oleh hamba-hambaNya
- Menentukan
tentang waktu ajal hamba-hambaNya
- Menentukan segala sesuatu yang dihadapi oleh hamba-hambaNya di dunia dan akhirat
Berkaitan dengan hak hamba yang mesti ditunaikan, terdapat 3 hak hamba
untuk Allah yang wajib dilaksanakan iaitu:
- Mengikut
nabiNya
- Tawakkal
dan menyerah diri kepadaNya
- sabar atas ketentuan Allah sehingga kita meninggalkan dunia yang fana ini
Manusia sering mengelirukan hak-hak dan tanggungjawab atau dengan sengaja
melakukan pembohongan terhadap Allah SWT. Ini dapat dibuktikan apabila manusia
memuji Allah, tetapi pada masa yang sama membantah segala kehendak Allah yang
tidak menepati dengan selera dan keputusannya. Manusia juga suka dan gemar membuat
kerja-kerja yang Allah patut lakukan, tetapi kerja-kerja yang sepatut
dilaksanakan olehnya diabai, ditinggal dan dibantahi.
0 ulasan:
Catat Ulasan