Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Dimana Adab Kita Dengan Allah


Seharusnya kita menyelidiki diri kita apakah kita beradab dengan Allah atau sebaliknya. Ada waktunya kita memohon kepada Allah untuk melaksanakan tugas kehambaan kita yang tidak membawa kita dekat kepadaNya. Sekiranya doa adalah ibadah, bagaimana dengan permohonan kita dan setelah kita diperkenankan doa tersebut, apakah yang kita lakukan.
  
Ibadah Lahiriyah adalah perhiasan yang dihiaskan oleh Allah SWT iaitu dengan sifat taqwa. Ini bermakna secara lahirkan kita telah dapat menurut apa yang diperintah Allah kepada kita dan dapat menjauhi segala larangaNya. Inilah yang menggambarkan kehambaan kita kepadaNya. Di samping ibadah tersebut, Allah jua yang menghiasi dengan ibadah batiniyah yang menjadikan kita redha dengan segala ketentuannya, sabar dengan ujian dan cubaanNya. Inilah sebesar-besar nikmat apabila berkumpul dua nikmat ini iaitu ‘Ubudiyah zahir dan ‘Ubudiyah batin. Berkumpulnya dua nikmat ini adalah dengan taufiq dan hidayah Allah. 


Persoalan, kenapakah apabila berkumpul kedua-dua keadaan ini dikatakan sebagai sebesar-besar nikmat. Jawapannya ialah apabila kita beroleh nikmat zahir, maka secara lahiriyahnya kita telah aman daripada segala hal keadaan yang bertentangan dengan perintah-perintah Allah. Manakala nikmat batin, bermakna secara batiniyahnya kita telah aman daripada menentang perintah Allah. Inilah jalan atau manhaj untuk menjadi hamba yang layak menghambakan diri kepada Allah.  

Inilah sebesar-besar nikmat yang Allah berikan kepada kita sebagai tanda Allah memuliakan di atas balasan kerana kita memuliakan Allah di dunia dan akhirat. setiap kebaikan yang kita lakukan maka juga akan membalas dengan kebaikan, sebaliknya jika kita melakukan maksiat, maka Allah akan membalas dengan kehinaan di sisiNya. Justeru ubudiyah batiniyah sangat penting di samping ubudiyah lahiriyah yang dilaksanakan kerana Allah SWT semata-mata. Maka Allah akan membuka pintu kemuliaan dan kemurahanNya kerana keikhlasan kita kepada Allah dan tidak sesekali kerana yang lain.

Sehubungan dengan itu, apabila perintah Allah kita laksanakan, larangan Allah kita tegahi, hati menyerah kepada Allah di samping redha dan takwa kepadaNya, sabar dengan cobaan dan bala yang diberikan Allah, maka inilah dikatakan sebagai sebenar-benar dan sebesar-besar nikmat anugerah Ilahi.

0 ulasan:

Catat Ulasan