Apabila Allah memberikan hidayah dan taufiqNya, maka Allah menggembirakan
hati untuk melakukan kebaikan. Hati akan terasa lapang dan sentiasa
mengharapkan kepadaNya. Orang yang beriman hatinya sentiasa hidup dan tidak
akan mati selama-lamanya. Amal ibadah yang mendekatkan hati kepada Allah adalah
syarat terpenting bagi menghidupkan hati. Fatah al-Maushili menjelaskan bahawa hati perlu diisi dengan ilmu.
Sekiranya hati kita tidak diberikan hikmah dan ilmu pengetahuan selama tiga
hari maka hati akan menjadi mati. Ilmu adalah makanan hati yang mengandungi nur
Ilahi. Abdullah Ibn
Mas’ud mengatakan bahawa:
المُؤْمِنَ يَرَى نَفْسَهُ
من ذُنُوْبِهِ كَأنَّهُ قَاعِدٌ تحتَ جَبَلٍ يَخَافُ أنْ يَقَعَ عَلَيْه,
والمُنَافِقُ يَرَى ذُنُوْبِهِ كَذُبَابٍ وَقَعَ على أنْفِهِ, فقال بِهِ هَكَذَا
فَأطَارَهُ
Ertinya: Seorang mukmin yang melihat
dosanya bagaikan bukit yang akan runtuh, sedangkan bagi orang munafiq melihat
akan dosanya bagaikan lalat yang hinggap dihujung hidungnya, maka hanya
diusirnya dengan tangan sahaja.
i. Orang yang beramal tetapi dia tidak melihat bahawa
dia seorang yang beramal dan seolah-olah
ii.
Orang yang beramal tetapi sentiasa beranggapan
bahawa amal yang dilakukan sedikit dan masih berkurangan
iii.
Orang yang sama sekali tidak melihat bahawa dia
seorang yang beramal, dan merasakan bahawa amal ibadat yang dilakukan tidak
sempurna dan masih jauh daripada kesempurnaan.
Golongan yang pertama adalah
lebih baik daripada golongan yang kedua. Orang yang beramal tetapi tidak
melihat dia melakukan amal ibadat adalah lebih tinggi nilainya daripada orang
yang beramal dengan melihat amalan, sekalipun amal yang dilakukan masih kurang
sempurna. Manakala golongan yang ketiga adalah orang yang paling mulia di sisi
Allah. Mereka yang melakukan amal ibadat tanpa menuntut upah atau balasan
daripada Allah SWT.
Golongan yang ketiga
terselamat daripada sifat ’Ujub yang terhasil daripada amal ibadahnya
yang banyak. Jika seseorang itu merasakan dirinya rajin dan banyak beribadah,
amal yang dilakukan baik dan sempurna, keadaan ini boleh membawa kepada sifat ’Ujub,
atau merasai kagum dengan dirinya sendiri. Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa
seseorang yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan di atas, bermakna dirinya
telah lupa bahawa amal ibadah yang dibuat adalah nikmat Allah SWT. Allah
berfirman:
Ertinya: Maka janganlah
kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja
yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.
Bisyr bin Mansur menceritakan bahawa jika
dibandingkan dengan ibadat Iblis lebih lama bersama para malaikat. Namun
akhirnya Iblis laknatullah menjadi musuh utama Allah dan manusia. Justeru,
pandanglah amal ibadah sebagai Taufiq daripada Allah, dengan hidayah dan
rahmatNya kepada kita tetapi bukan daripada kita, serta merasai ia masih
sedikit dan tidak sempurna. Dengan adanya perasaan ini, maka itu terdapat
tanda-tanda dan harapan amal ibadah kita diterima Allah dengan izinNya.
0 ulasan:
Catat Ulasan