Ads 468x60px

Labels

Selasa, 5 Julai 2011

Hati Ini Milik Siapa...?


Pendahuluan

Dalam kehidupan seseorang manusia apabila datangnya lintasan hati suci yang dikenali dengan (ilham) daripada Allah, ini menunjukkan bahawa Allah telah mencampakkan hidayahnya ke dalam hati sanubarinya. Lantas kita akan dapat merasai sentuhan dan bisikan yang mengajak kita untuk mensyukuri segala nikmat Allah SWT yang kita kecapi selama ini. Inilah yang dikatakan taufiq ilahi yang khusus. Inilah yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Zumar.

Ertinya: Jika demikian, Adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya
Berkenaan dengan ayat ini, nabi Muhammad saw juga bersabda:
Ertinya: Sesungguhnya nur itu apabila sudah masuk ke dalam hati, maka dia menjadi luas dan lapang. Maka sahabat bertanya kepada Baginda: ” Ya Rasulullah saw: adakah terdapat tanda-tanda sebagaimana yang kamu katakan itu untuk kami ketahui. Jawab Baginda: ”Ya, ada alamatnya,iaitu menjauhkan diri dari negeri dunia yang penuh tipu daya dan kembali ke negeri Akhirat yang kekal abadi serta bersiap sedia untuk mati sebelum tibanya akal”.
Antara Hati dan Nafsu : Kawan dan Lawan
Di dalam diri manusia terdapat dua unsur cahaya tauhid iaitu hati dan kegelapan syirik dan keraguan iaitu nafsu. Kedua-dua unsur ini sering bertelagah antara satu sama lain. Dalam keadaan tertentu hati berpihak kepada kemenangan dan ada waktunya nafsu yang menang. Hati mengajak untuk melakukan kebaikan dan nafsu mengajak kepada yang sebaliknya. Hati yang cepat mendapat bantuan Nur Ilahi Allah ini akan menang dengan menolak kehendak nafsu dan mempertahankan kehendak hati. Jika perlawanan antara hati dan nafsu masih belum menemui kegagalan dan kemenangan antara satu sama lain, menemui kegagalan dan kemenangan antara satu sama lain, maka segeralah kita menyerah kepada Allah dan mohonlah kepada Allah. Apabila hati kembali bercahaya dengan ilham Allah maka keyakinan akan mengatasi keraguan yang selama ini bersarang di hati. Inilah yang dikatakan kemenangan hati di atas nafsu. Ini  bererti tidak ada lagi hati yang jahil, kabur dan ragu-ragu. Maka timbulnya rasa syukur di atas segala nikmat anugerah Allah SWT yang amat berharga.

Tanda-tanda Mendapat Nur Ilahi 
Nur ketuhanan ini merupakan ilmu yang datang secara langsung daripada Allah SWT. Nur inilah yang menjadikan hati seseorang tenang, lapang dan bersihnya hati manusia. Nur inilah yang boleh dan mampu membezakan antara yang baik dengan buruk, pahala dengan dosa, bersih dengan kotor dan sebagainya. Hilang dan perginya cahaya Ilahi ini akan melindung dan menghalang seseorang daripada menerima kebenaran dan segala kebaikan yang datang daripada Allah. Hati  yang bersih daripada segala dosa dan maksiat zahir dan batin akan mendapat cahaya Ilahi. Datangnya cahaya Ilahi juga perlu dilakukan melalui latihan dan kesungguhan untuk tidak mengikuti hawa nafsu dan syahwat. Setelah penyakit batin ini telah diubati maka hati kita akan bersedia untuk menerima Nur Ilahi.
Nur Ilahi adalah suatu cahaya yang dilimpahkan oleh Allah ke dalam hati manusia yang menjadi jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Ini bermakna Nur Ilahi adalah suatu anugerah Allah kepada hambanya yang diletakkan di dalam hati. Dengan adanya cahaya inilah kita akan dapat melihat hakikat kebesaran dan keagungan Allah dan akan menolak segala pandangan selain daripada Allah. Hasilnya kita tidak lagi hidup dengan mengharap kepada manusia, atau bergantung hidup kepada manusia. Tidak ada kuasa yang lain selain Allah dan tidak ada yang boleh ditakuti selainNya. Di saat ini akan datang ketenangan dan kebahagian hidup yang hakiki apabila setiapa waktu, saat dan ketika Allah berada dalam diri kita.

Peranan Nur Ilahi

Nur atau cahaya Ilahi ini berperanan menguatkan semangat kepada hati dan melemahkan nafsu yang bersarang di hati. Kemantapan tauhid dan keyakinan yang kuat  adalah hasil daripada bantuan cahaya Allah yang menolong hambaNya dari dorongan nafsu dan syahwat. Hasil daripada itu juga hati tidak akan berbelah bagi dalam mengikuti ajaran-ajaran yang diperintah oleh Allah SWT. Maka jelas bahawa jika kita cenderung untuk mengerjakan ajaran agama, bererti kita telah mendapat bantuan Allah. Apabila telah ada kecenderungan ini, maka segala perintah Allah yang diperintah itu dilakukan dengan rasa gembira dan senang sekalipun ia pahit untuk dilaksanakan. Apabila Nur ini terjatuh ke dalam hati seseorang maka berlaku dorongan yang kuat untuk taat kepada Allah dan urusan agamaNya.

Apabila Pergi dan Hilangnya Nur Ilahi

Apabila manusia terputus dengan Nur Ilahi, maka nafsu akan berperanan untuk mengerjakan sesuatu yang dilarang oleh agama dan hukum syarak. Maka seseorang itu akan merasai kelazatan akibat daripada melakukan dosa dan maksiat. Dosa dan maksiat akan menjadi sebati dalam dirinya dan terlalu sukar untuk dijauhi daripada kedua-duanya. Hati akan terpaut dan menyintai dan akan sentiasa berangan-angan untuk melakukan kejahatan dosa sekalipun mengetahui bahaya dosa tersebut.
            Hati yang gelap dipengaruhi oleh nafsu yang diimamkan oleh syaitan dan iblis. Hati tidak akan mampu untuk mencapai kepada kehendaknya, iaitu mendekatkan diri kepada Allah tanpa bantuan daripada Allah. Ini bermakna Nur Ilahi adalah tentera yang diutuskan Allah untuk membantu kehendak hati manusia yang sentiasa berada di atas dua persimpangan. Manakala nafsu pula akan sampai kepada kehendaknya. Antaranya tugas kehendaknya ialah memperoleh syahwat dan keinginan dunia yang tidak berlandaskan kepada kehendak agama, melampaiau batas sempadan kemanusian dan menolak segala sifat mahmudah (kebaikan).

Nur Ilahi: Berfikir dengan Matahati
Anugerah kemenangan hati adalah al-Basyirah yang menjadi cahaya atau penglihatan kepada hati yang dikenali sebagai matahati. Keadaan ini sebagaimana juga mata zahir tidak boleh melihat tanpa bantuan cahaya yang menyuluh kepada jalan yang ingin dilalui. Hal yang sama juga berlaku kepada matahati, ia tidak akan dapat melihat dan mengenali sesuatu hakikat kebenaran yang datang daripada Allah. Matahati perlu kepada cahaya yang akan menyuluh dalam kegelapan. Allah SWT berfirman:
Ertinya: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
Kesimpulannya, Nur Ilahi tidak akan datang secara percuma. Hasil ketekunan ibadat, sabar dan bersih daripada segala dosa besar dan kecil dan menjauh daripada penyakit hati maka Allah pasti akan melimpahkan Nur IlahiNya kepada kita.






Jumaat, 1 Julai 2011

Fatwa Siri 1

  1. Harta masjid atau sekolah agama adakah dianggap sebagai harta wakaf atau Baitul Mal?
    • Jawapan: Harta Wakaf
  2. Adakah harta wakaf dan Baitulmal perlu dikeluarkan zakat?
    • Jawapan: Tidak wajib zakat
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan wakaf Am dan wakaf Khas?
    • Jawapan: Wakaf Am: Harta yang diwakafkan kepada umum orang-orang Islam, atau kepada umum orang-orang fakir. Manakala wakaf Khas ialah wakaf yang diberikan kepada orang-orang tertentu.
  4. Seorang yang mewakafkan hartanya kepada seorang dan penerima wakaf itu telah meninggal dunia, adakah harta itu kembali kepada pewakaf atau berpindah kepada ahli waris penerima wakaf?
    • Jawapan: Kembali kepada orang-orang miskin
  5. Apa hukum seseorang memindahkan wakaf yang dikhaskan kepada masjid dan kerat-kerat kayu yang lebih. Bolehkah kita bawa balik pada hal kerat-kerat kayu itu tiada apa gunanya lagi, dan manakah ayat Quran yang mengatakan halal atau haram dalam perkara ini
    • Jawapan: Kalau kayu-kayu itu masih kuat dan boleh digunakan untuk bangunan baru wajiblah digunakan dan jika tidak boleh hendaklah dijual dan di belikan harganya untuk bangunan yang baru.

Tarikh Diisu : 1936-1961
Majlis Agama Islam Johor