Ads 468x60px

Labels

Khamis, 22 September 2011

Bahaya Berhutang




Pendahuluan
Dalam Islam melepaskan sesuatu kesusahan orang lain amat digalakkan yang termasuk dalam perkara kebaikan, termasuklah memberi hutang kepada mereka yang terdesak atau berhajat. Ia mendatangkan pahala sekiranya diberi dengan penuh keikhlasan dan sipenerima sangat-sangat berhajat. Namun demikian, nabi saw memohon agar kita dijauhkan daripada berhutang yang tidak mampu untuk dijelaskan yang akhirnya menjadikan hidup seseorang itu sengsara dibelenggu hutang.
Berhutang Menjadi Amalan
Aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini Tidak menjadi sesuatu yang pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan rugi. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.