Penyesalan terhadap sesuatu dosa yang kita
lakukan adalah berdasarkan kepada apa yang kita tanggapi. Jika kita melakukan
dosa besar sekalipun namun menganggapnya sebagai kecil sahaja, maka penyesalah
ketika itu tidak memberi apa-apa makna. Lahirnya sifat menyesal sebagai tanda
kita merasai besarnya dosa yang dilakukan dan tanda tidak meremehnya kita
dengan dosa. Ini kerana besar atau kecilnya dosa itu, yang mengampuninya adalah
Allah. Keadaan ini menjadikan dirinya cepat untuk bertaubat dan tidak akan
mengulanginya lagi dan berjanji tidak akan kembali melakukan dosa tersebut.
Apa jua amal ibadah yang kita lakukan dengan
mendapat keredhaan Allah jika dilakukan dengan banyak sekalipun hendaklah
dirasakan sedikit dan tidak mencukupi. Ini menunjukkan bahawa amalan kebaikan
yang dilakukan mempunyai pahala yang besar dan sangat tinggi nilai dan mutunya,
sekalipun sedikit yang kita lakukan. Begitulah juga perbandingannya dengan
kejahatan yang kecil, hendaklah dirasakan besar kerana dapat merasai kebencian
Allah terhadap dosa dan kesalahan tersebut.
Orang yang melakukan dosa besar juga tidak boleh berputus asa untuk
mendapat rahmat Allah. Putus asa terhadap rahmat Allah termasuk dosa besar kerana
kita bersangka buruk dengan Allah yang bersifat Maha Penyayang dan Pengasih.
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah yang mengampunkan segala dosa
Janganlah kita memandang amal yang kita lakukan telah banyak, sempurna,
baik dan berpuashati dengannya. Ini kerana semua amal ibadah tidak dapat
dilaksanakan tanpa taufiq atau bimbingan Allah. Kemampuan kita beramal adalah
kerana taufiq yang dianugerahkan Allah kepada kita. Janganlah kita merasai bahawa dengan kemampuan dan
kerajinan kita, amal ibadah dapat kita lakukan. Jika kita berpegang kepada
pandangan ini, maka dirinya beramal untuk mendapat sesuatu yang dicita-citakan.
Sebaik-baik amalan ini orang yang beramal tetapi tidak melihat dirinya beramal
dan sentiasa merasai kekurangan pada amal yang dilakukan.
0 ulasan:
Catat Ulasan