Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Jangan Tangguh Amalan baik



Janganlah kita menunggu atau menangguh untuk beramal disebabkan oleh kesibukan kita dengan dunia atau menanti-nanti waktu yang tenang untuk melakukan amal kebajikan. Ini kerana orang yang menangguh amal ibadah bermakna mengabaikan ibadah pada waktu yang ada. Kita seharusnya terus beramal menurut kemampuan kita tanpa menunggu-nunggu waktu yang kosong atau waktu tenang daripada segala kesibukan dunia. Keadaan ini seumpama seorang pesakit yang tidak akan berubat atau merawat sehingga dia sembuh daripada penyakit yang dihadapi. Sesuatu penyakit yang dihadapi tidak boleh sembuh begitu sahaja tanpa berusaha sedaya upaya mengubatinya. Kita tidak boleh menanti untuk melakukan amal ibadah setelah selesai segala halangan. Manusia tidak sunyi daripada halangan dan kekangan masa dan keadaan. Sekira kita masih berkeadaan demikian, bermakna kita berkata kepada diri kita sendiri bahawa aku masih belum dapat melakukan amal ibadah kerana sibuk dan banyak halangan yang belum dapat diselesaikan. Kita juga berkata bagaimana aku ingin melakukan amal ibadah sedangkan aku belum tenang lagi. Semua ini menjadikan pengakhiran hidup kita tidak dapat melakukan amal ibadah kerana dunia tidak ada noktah kesibukan kecuali datangnya kematian.

Justeru, orang yang menangguhkan amal ibadah sementara menanti waktu tenang adalah orang yang memutuskan hubungan dengan Allah dan menunjukkan kelemahan kita 

0 ulasan:

Catat Ulasan