Ads 468x60px

Labels

Isnin, 27 Februari 2012

Abu Lahab: Antara Sayang & Benci Kepada Rasulullah Saw



Apabila tibanya setiap bulan Rabiul Awal seluruh umat Islam akan  merayakan hari kelahiran nabi Muhammad saw. Pelbagai sambutan diadakan menandakan kasih dan sayang dan cinta kepada junjungan nabi saw. Baginda adalah Rasul dan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah sebagai pelengkap kepada semua syariat para nabi terdahulu. Persoalannya, sejauhmanakah cinta, kasih sayangnya umat ini terhadap baginda saw? Apakah sifat kesayangan itu melebihi sayangnya Abu Lahab kepada anak saudara? Atau adakah kasih kepada baginda di atas dasar akidah, syariat dan akhlak yang dibawa oleh baginda, atau sebaliknya? Apakah pengertian sebenar dalam konteks semasa pada hari sebagai cinta kepada Rasulullah saw?


Kasih Sayang Abu Lahab

Abu Lahab atau nama sebenarnya ialah Abd Manaf adalah seorang tokoh  yang amat dikenali oleh seluruh umat manusia kerana namanya dirakamkan di dalam al-Quran. Beliau adalah antara orang yang paling sayang kepada nabi saw. Antara faktor kasih dan sayang ini kerana abangya Abdullah (bapa nabi saw) meninggal pada usia muda, tetapi mempunyai seorang keturunan lelaki daripada isterinya Aminah.
            Ketika kelahiran Muhammad bin Abdullah dilahirkan pada hari Isnin, Abu Lahab tidak berada di Makkah. Lalu hambanya yang bernama Suwaibah al-Islamiyah memaklumkan kepadanya berita kelahiran Aminah. Oleh kerana terlalu gembira dengan berita ini, Abu Lahab menjanjikan Suwaibah akan dimerdekakan. Abu Lahab mengadakan kenduri besar-besaran menyambut kelahiran anak saudara kesayangannya ini, dan Suwaibah diminta untuk menyusukannya.
            Namun setelah nabi saw menyebarkan dakwah Islamnya kepada penduduk Makkah, antara manusia yang paling benci kepada nabi saw ialah Abu Lahab. Riwayat Ibn Athir r.a. menyatakan antara ibu-ibu saudara baginda menyokong penuh agar nabi saw menyampaikan dakwahnya kepada saudara-mara mereka yang terdekat, tetapi mereka mengingatkan:

“Ajaklah mereka. Jangan mengajak Abu Lahab, kerana pasti dia tidak akan menerima ajakan kamu”

Antara Kasih Abdul Muttalib, Abu Talib dan Abu Lahab

Abdul Muttalib bin Hasyim adalah datuk kepada nabi saw dari sebelah bapanya iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib. Beliau adalah seorang yang dipandang tinggi dalam masyarakat dari sudut akhlak, keturunan yang baik. Kasihnya kepada Muhammad mengatasi cucu-cucunya yang lain dengan kecintaan yang luar biasa. Abdul Muttalib menggelarkan nabi sebagai anak. Tidak ada seorangpun yang berani berada di singgah sana kehormat beliau di Makkah kecuali cucunya Muhammad. Setelah beliau meninggal Muhammad telah diamanahnya kepada anaknya Abu Talib untuk menjaganya. Abu Talib seorang yang amanah. Oleh kerana ayahandanya memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga nabi saw, maka wasiat ayahandanya itu ditunai dengan sebaik mungkin dengan menjaga dan mempertahankan nabi saw. Apabila nabi saw telah mendapat tentangan yang hebat dari kalangan saudara-maranya, Abu Talib terlebih dahulu menegaskan:

“Kami sungguh-sungguh menolong kamu, menerima nasihat kamu dan sungguh-sungguh membenar ucapanmu. Merek semua adalah keluargamu, dan aku salah seorang kalangan mereka. Tetapi aku tidaklah bersegera kepada apa yang kamu hendaki. Namun begitu teruskanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Demi Allah aku akan terus menerus menjagamu, dan bermanfaat kepadamu, tetapi diriku tidak mahu meninggalkan agama Abd Muttalib”

Sikap antara dua orang bapa saudara nabi saw ini amat berbeza. Abu Lahab adalah penentang utama kepada ajaran nabi saw. Kata Abu Lahab:     

“Demi Allah, ini adalah sesuatu yang memalukan. Ambillah tindakan ke atas Muhammad, sebelum orang lain bertindak ke atasnya”

Abu Talib terus menjawab: “Demi Allah, kami akan mempertahankannya selagi kami masih hidup

Antara Kecintaan, Pengaruh dan Pangkat

Allah SWT sengaja melahirkan seorang nabi utusan akhir zaman dari bumi Makkah, terdiri dari kalangan bangsawan yang berpengaruh, berharta dan berpangkat. Abu Lahab menentang nabi saw kerana dibimbangi kehilangan harta dan pangkatnya apabila menyokong perjuangan nabi. Sedangkan tujuan di utuskan seorang rasul dan nabi tidak lain dan tidak bukan sebagai penyelamat ummah. Allah SWT berfirman:


ôs)s9ur $uZ÷Wyèt/ Îû Èe@à2 7p¨Bé& »wqߧ Âcr& (#rßç6ôã$# ©!$# (#qç7Ï^tGô_$#ur |Nqäó»©Ü9$# ( Nßg÷YÏJsù ô`¨B yyd ª!$# Nßg÷YÏBur ïƨB ôM¤)ym Ïmøn=tã ä's#»n=žÒ9$# 4 (#r玍šsù Îû ÇÚöF{$# (#rãÝàR$$sù y#øx. šc%x. èpt7É)»tã šúüÎ/Éjs3ßJø9$# ÇÌÏÈ  
Ertinya: dan Sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulNya.


Antara hikmah Allah SWT menjadikan semua ini adalah sebagai iktibar kepada setiap manusia bahawa sepanjang zaman keturunan, pengaruh, pangkat dan harta adalah menjadi faktor untuk manusia menentang ajaran yang dibawa oleh nabi saw. Setiap masa dan zaman keadaan dan sikap manusia adalah sama sahaja. Demi kesayangan kepada pangkat, pengaruh dan harta terlalu berat untuk dilepaskan sehingga merelakan agama dijual beli dengan harga yang murah.
Hal yang sama berlaku kepada Abu Talib sehingga akhir hayat beliau tidak menerima ajaran nabi saw. Sedangkan beliaulah yang mempertahankan diri nabi saw. Inilah juga suatu hikmah yang menunjukkan hidayah Allah itu tidak boleh diwarisi oleh sesiapa sekalipun terhampir dengan nabi saw. Nabi saw tidak berhak untuk memohon kepada Allah memberikan hidayah kepada orang yang paling disayanginya, kerana hidayah diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki oleh Allah, dan tidak selainNya. Firman Allah SWT:


Nabi saw: Penyelamat Ummah

Kelahiran nabi saw dalam keadaan dunia berada dalam keadaan huru-hara, kelam kabut dan kucar-kacir. Manusia bertuhankan kepada manusia. Pemikiran dan idea manusia disanjung dan ditaati, dipuja di atas dasar kebebasan. Kehendak yang menepati dengan nafsu mereka dihalalkan dan dijadikan ikutan, manakala yang bertentangan dengan hawa nafsu mereka diharamkan. Agenda khurafat dan tahyul serta kepercayaan karut diamal dan menjadi amalan hidup. Mereka mencampur adukkan antara yang batil dengan yang haq. Haq yang diwarisi daripada datuk nenek mereka telah dicampurdukkan tanpa disedari. Kebebasan terhadap wanita dan pemilikan harta benda tanpa had sempadan dan batas kemanusiaan. Keruntuhan akhlak Akhirnya mereka hanyut dan sesat dalam kegeapan jahiliyah. Inilah yang ditegaskan oleh Allah SWT:

}bÎ)ur OçFZà2 `ÏiB ¾Ï&Î#ö7s% z`ÏJs9 tû,Îk!!$žÒ9$# ÇÊÒÑÈ
Ertinya: dan Sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.


Membangunkan Jiwa Tauhid

Kedatangan nabi saw bukanlah untuk membangunkan dunia dengan material dan kebendaan. Bukan pula untuk menunjukkan kebanggaan kepada bangsa dan kaum. Risalahnya adalah untuk memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia. Kebebasan ini dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia. Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka-reka oleh manusia, dan membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia.
            Apabila Rubie bin ‘Amir bertemu panglima Rom yang bernama Rustum, beliau mengatakan bahawa:

Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan Islam kepada keluasan dunia dan akhirat

Datangnya nabi Muhammad saw dan dibangkitkan untuk memperbetulkan agama yang telah rosak dan diselewengkan. Menghapuskan segala tokok tambah dan pemesungan agama yang dibuat oleh manusia demi kepentingan diri, pangkat dan kedudukan.


Di Mana Kekuatan Islam yang Hilang

Kekuatan Islam tidak terletak kepada ekonomi yang kuat, pengaruh bangsa, pangkat dan kedudukan yang tinggi, harta kekayaan yang melimpah-ruah, namun yang terlebih utama ialah pemantapan Akidah Islam yang mantap dan jitu serta pengamalan Syariah dan pelaksanaannya, serta hasil akhlak yang terpuji. Keagungan sesebuah Negara, bangsa dan keturunan adalah disandarkan kepada kekuatan dan kemuliaan agama yang dimiliki.
            Nabi saw diturunkan kepada bangsa yang jahil, tidak tahu membaca dan menulis, negeri yang kering kontang, masyarakat jahiliyah yang tidak bertamadun, fahaman kebangsaan dan perkauman yang melampau dan lain-lain. Namun semua ini dimulia dan dibaikpulih dengan nilai-nilai agama yang terkandung di dalam risalah nabi saw. Islam membuktikan majunya bumi Makkah, mulianya bangsa Arab, kecemerlangan dan kegemilangan umat lampau adalah disebabkan oleh Islam, dan bukan faktor-faktor lain. Kejayaan nabi saw tidak semata-mata dibantu oleh pengaruh dan pangkat daripada keturunan Bani Hasyim dan harta kekayaan ahli keluarga baginda. Inilah yang dijelaskan oleh Sayidina Umar r.a.:

Kami adalah kaum yang dimuliakan dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka dia akan mendapat kehinaan di sisi Allah SWT.
           
Sayyid Qutb menjelaskan bahawa faktor penting kepada kebangkitan agama Islam ialah Roh al-Islam (The Spirit of Islam). Roh inilah yang mencetuskan kekuatan dalam diri diri seseorang mukmin. Seluruh hati nurani, akal budi diresapi dan dibentuk oleh ajaran Ilahi, dan seluruh tindak tanduknya dikendalikan oleh Iman dan Taqwa. Tidak ada kontradiksi lagi antara ajaran ilahi dengan gerakan hati. Allah SWT berfirman:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ


Ertinya: sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.



Ertinya: dan adalah menjadi hak ke atas kami menolong org-orang  mukmin



Kesimpulan, sebagai umat nabi saw, baginda tidak mengajar kepada manusia untuk memperbesar-besarkan hari atau bulan kelahirannya, namun apa yang dituntut ialah mencintai dan mengerjakan sunnah Rasulullah saw dan melaksanakan ajaran yang dibawa oleh baginda. Jika sayangnya umat ini kepada nabi saw sebagai seorang manusia, maka ia tidak lebih sebagaimana sayang dan kasihnya Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Talib terhadap diri nabi saw. Namun yang membezakan antara sayang Abu Lahab dan kita ialah melahirkan dan meyakini bahawa Rasulullah saw adalah manusia yang agung, menjaga kemuliaan Rasulullah dan memperjuangkan dengan bersungguh-sungguh ajaran Islam agar terlaksananya Syariat Allah di muka bumi ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan