Seseorang yang beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh akan
dibukakan oleh Allah pintu hatinya untuk mengenali Allah (Makrifat). Apabila terbukanya pintu hati ini kita
akan dapat merasakan Allah bersama-sama di mana sahaja kita berada. Allah
sentiasa memerhati dan melihat kita dan terlalu hampir dengan kita. Segala
tindak-tanduk kita semuanya dilihat oleh Allah SWT dan Allah yang
menjadikannya. Di saat ini sekalipun sedikit amal ibadah yang kita lakukan
namun, sedikit ini lebih hampir dan dekta kepada Allah berbanding dengan amal
yang banyak. Ini disebabkan Allah telah membuka jalan untuk kita mengenaliNya
dengan kehendakNya.
Orang yang mendapat permata anugerah dan kurniaan ini akan
dapat merasai betapa bernilainya nikmat Allah ini. Jalan untuk mengenali Allah
bukannya bergantung kepada banyaknya amal ibadat yang kita lakukan. Ia bukan
bergantung berapa jumlah kebaikan, sedekah, haji dan lain-lain ibadat yang kita
laksanakan. Amalan yang sedikit tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan lebih
bernilai daripada banyaknya amalan tetapi kosong daripada.
Betapa besarnya nikmat Allah beri dan anugerahkan kepada kita iaitu dapat
mengenali Allah hasil daripada amal ibadah yang kita kerjakan. Apabila kita
diberikan nikmat mengenali Allah, maka Allah akan mementingkan kita dalam semua
hal keadaan yang kita hadapi.
0 ulasan:
Catat Ulasan