Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 25 November 2011

Apa Erti Islam Tanpa Iman



Pendahuluan

Perlu diketahui bahawa manusia sering lupa dan tidak memahami setiap sesuatu yang Allah ciptakan mempunyai pasangan. Langit-bumi, tinggi-rendah, cantik-hodoh, bulan-bintang, dan lain-lain. Begitulah juga Islam juga ada pasangannya iaitu Iman. Tanpa Iman, Islam tidak memberi sebarang makna. Ini dapat kita lihat banyak ayat al-Quran, bahkan boleh dikatakan ke semuanya memfokuskan kepada kalimah ”mukmin”,   bukannya ”Muslimin”. Jika dihitung terdapat 175 kali disebut kalimah al-Mukmin, Mukminin”. Timbul persoalan kepada kita, kenapa Allah tidak membantu dan menyebelahi orang-orang Islam pada masa ini . Ini membawa maksud jika kita mendabik dada kita sebagai muslim di sisi Allah,  ia tidak membawa sebarang makna, selagi kita tidak mukmin.[1]
Mukmin itu tidak akan tercapai kecuali dengan iman yang menjadi asas paling utama kepada seseorang manusia. Maka mana mungkin dianggap benar-benar beriman  tanpa bersungguh-sungguh menyerah diri dalam berkhidmat (amal) kepada agama Allah dan kehendaknya. Akidah dan Ibadah, Islam dan Iman, percaya dan menyerah, hati dan perbuatan semuanya tidak boleh dipisah-pisahkan. Islam tidak mencukupi dengan percaya sahaja tanpa menyerah diri sepenuhnya kepada Allah dalam semua aspek kehidupan. Jika kita menyerah diri sepenuhnya bermakna, segala perintah dan hukumNya kita taati, suruhanNya kita kerjakan, laranganNya kita hentikan. Inilah Islam yang sebenarnya sebagaimana yang diperingatkan oleh Allah SWT dalam surah al-Nur, 47:

Selasa, 22 November 2011

Persidangan Zakat Universiti-Universiti Sedunia 2011

Pada 22-24 November 2011 UiTM telah menganjurkan persidangan Zakat Universiti-universiti Sedunia yang diamanahkan kepada IkAZ untuk melaksanakannya. Persidangan ini adalah anjuran bersama Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) bertempat di PWTC. Sepanjang 2 hari ini lebih daripada 60 kertas kerja berkaitan zakat yang dibuat kajian oleh universiti2 dunia, khususnya daripada negara2 Timur Tengah. Persidangan ini tela berjaya mencapai objektifnya untuk memertabatkan zakat dari aspek kutipan dan agihan kepada umat Islam.

Khamis, 10 November 2011

Hijrah: Membangun Jiwa Kehambaan dan Khalifah


Pendahuluan

Manusia adalah gabungan antara jiwa (roh) dan raga (jasad). Dalam jiwa manusia terdapat akal dan hati, manakala pada raga manusia terdapat pancaindera. Segala input yang masuk ke dalam hati dan akal membolehkan manusia memahami, menyedari dan berfikir dengan baik serta bertindak dengan rasional. Justeru, manusia perlu mengubah jiwa mereka dan bukannya mementingkan perubahan jasad atau luaran semata-mata. Di dalam surah al-Ra’d Allah menjelaskan maksudnya:

“ Dia tidak mengubah keadaan individu itu sehingga individu itu sendiri yang mengubah apa yang ada dalam jiwa”

Jiwa Kehambaan

Rabu, 9 November 2011

Pemuda Harapan negara


Pendahuluan

Sejarah Islam menyaksikan kebangkitan Islam dan kekuatan ummah adalah apabila barisan pemuda berada di hadapan. Golongan ini mempunyai kekuatan fizikal dan mental, ketinggian semangat, dan mempunyai cita-cita dan idealisme. Runtuhnya zaman jahiliyah pada zaman nabi saw adalah hasil sokongan padu golongan pemuda yang menyahut seruan dakwah nabi saw. Kejayaan ini dapat dilihat di awal kebangkitan Islam di Makkah.
            Pemuda adalah kelompok yang terbesar yang menerima dakwah  nabi saw dan amat disayangi Baginda.  Nabi saw dilantik menjadi Rasul dan nabi ketika berumur 40 tahun, iaitu puncak kematangan umur seorang pemuda. Semasa di Makkah, Baginda dikelilingi oleh orang-orang muda yang tidak berbelah bagi dalam memberi sokongan kepada Baginda. Rakan terdekat dengan nabi saw, Abu Bakar berusia 38 tahun, Sayidina Umar ketika memeluk Islam berumur 27 tahun, Talhah bin Ubaidillah berusia 16 tahun, Mus’ab bin Umair berusia seawal 20an. Manakala al-Arqam bin Abi Arqam berumur 16 tahun. Begitulah juga sebahagian besar nama-nama besar sahabat yang lain adalah pejuang-pejuang muda yang hidup dengan penuh suka dan duka bersama nabi saw, seperti Ali Bin Abi Talib Ammar bin Yassir, Khabab al-Arrat dan lain-lain.