Perbezaan antara
matahati (al-Basyirah) ialah sesuatu yang disebut sebagai mata di dalam hati
yang dapat menangkap segala sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera
yang lima (Maknawiyah). mata zahir
(al-Basyar) ialah mata jamaniyah yang dapat menangkap dengan penglihatan zahir
segala sesuatu yang dapat dlihat oleh pancaindera lima (Hisyy).
Ibn ’Ataillah menyebutkan bahawa terdapat tanda-tanda hamba Allah yang tenggelam dalam rezeki Allah. Antaranya ialah:
1. Atta’assufu ’ala al-Ghaib
Apabila rezeki Allah dicabut dan diambil oleh Allah dia akan rasa menyesal
2. Faqdu Taqwaa fi al-Tahsil
Tidak mempunyai sifat taqwa di dalam hati dan segala tindak tanduk dalam mencari rezeki tanpa melihat halal dan haram semuanya adalah sama di sisinya.
3. Al-Ghaflatu ’anil Huquqi Muta’akidati fi al-Sababi
Lalai dengan segala kewajipan dalam mencari rezeki sehingga lupa kepada solat, puasa dan lain-lain. Tanda-tanda manusia tidak tenggelam dengan rezeki Allah. Antaranya ialah:
i. Al-Ridha bi al-Waqi’
Redha dengan apa yang terjadi. Bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan ujian Allah. Tidak resah dan gelisah apabila ditimpa musibah, malah terus berusaha dan yakin dengan ketentuan dan rezeki Allah. Sentiasa menyerah dan merendah diri dengan Allah.
ii. Al-Taqwa fi al-Thalab
Sentiasa bertaqwa kepada Allah dalam mencari rezeki halal. Bimbang dengan rezeki yang haram dan syubhat. Berusaha menjauhi perkara yang haram sekalipun mendatangkan keuntungan yang banyak.
iii. Hifz al-Adab fi al-Asbab
Sentiasa memelihara cara dan tindak-tanduk yang baik, tidak memfitnah orang lain. Jauh daripada menganiayai diri orang lain demi mencari rezeki yang halal lagi suci.
Justeru dalam mencari rezeki Allah hendaklah menjauhi daripada perkara yang
haram dan tidak lupa kepada kewajipan syarak sehingga menjadikan kita orang
yang lalai untuk mendapat rezeki yang dijamin Allah. Jika kita dilalaikan
bermakna hati kita telah buta dan tertutup sehingga tidak dapat dibezakan
antara kebenaran dengan kebatilan. Maka kehidupan yang kekal abadi di akhirat
dibiarkan berlalu begitu sahaja.
0 ulasan:
Catat Ulasan