Ads 468x60px

Labels

Selasa, 28 Februari 2012

Doa Seorang Hamba


Mohonlah dengan Allah agar Allah mendatangkan rasa kegembiraan kita dengan Allah. Ini kerana sesiapa yang merasai sifat ini bermakna dirinya redha dengan apa jua ketentuan Allah. Orang yang redha dengan Allah akan mendapat darjat keredhaan daripada Allah da.lam semua aspek kehidupannya. Jika kita redha dengan Allah bermakna kita tidak redha dengan ketentuan selain daripada Allah yang berupa makhluk. Allah SWT berfirman:


Maksudnya: Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia. Itulah kejayaan Yang amat besar".
  
Seterusnya mohonlah dengan Allah agar kita menjadi manusia yang mampu menghayati nikmat Allah. Ia akan sentiasa menjadikan kita bergembira dan redha dengan Allah. Mohonlah agar Allah menjadikan kita sebagai seorang hamba yang dapat memahami kehendak Allah terhadap diri kita, dan sentiasa mengharapkan Allah, disibukkan diri dengan berkhidmat sepenuh masa dengan Allah. Kita akan merasai bahawa Allah sentiasa ada bersama kita dan segala urusan hidup kita disusun atur oleh Allah SWT. Setiap apa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita baik berupa manfaat atau mudharat diterima oleh kita dengan rasa gembira dan syukur.

Mohonlah dengan Allah semoga Allah tidak memasukkan kita dalam golongan oranga yang dilalaikan dengan makhluk. Janganlah kita bergembira dengan nikmat dan lupa dengan memberi nikmat. Orang-orang yang lalai tidak akan memahami kehendak Allah terhadap dirinya. Kerana itulah manusia seperti ini tidak mengharapkan kepada keputusan Allah dalam apa jua keadaan. Justeru mereka tidak akan mentaati Allah dan patuh tunduk kepadaNya.

Selain itu mohonlah dengan Allah agar Allah meletakkan dirinya sebaris dengan mereka yang berada di atas jalan ketaqwaan atau bersama dengan golongan Muttaqin. Golongan yang sebenar-benar bertaqwa ialah mereka yang berada pada tingkatan ihsan iaitu peringkat ketaqwaan yang tertinggi. Jiwa dan raganya telah terpelihara daripada pelbagai anasir dan pengaruh keduniaan. Batinnya dapat merasai dan melihat cahaya-cahaya Allah iaitu kebesaran dan keagunganNya. Merasai kagum dan cinta dengan kesempurnaan Allah SWT.

Apabila mendapat darjat ketaqwaan dan berada pada tingkatan ihsan inilah kita akan dapat merasai kegembiraan dengan Allah serta redha dengan apa jua ketentuan Allah dan akan mendapat keredhaan Allah.

Sebelum berdoakan hendaklah dimulai dengan muqaddimah yang menggambarkan kerendahan diri kita, kehinaan, kelemahan, kesalahan, keterbatasan, kefaqiran dan segala sifat kekurangan kita dan dosa yang kita lakukan. Firman Allah SWT di dalam surah al-A’raf ayat 55:

Maksudnya: Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas.

Semasa kita berdoa janganlah kita membangkitkan segala perlakuan baik dan amal perbuatan kita termasuk solat, sedekah, tahajjud, puasa dan lain-lain dengan harapan untuk mendapat balasan daripada Allah. Gambarkan dengan kefaqiran, kelemahan dan kesalahan-kesalahan yang telah kita lakukan. Semua ini memberikan kita harapan yang tinggi agar doa kita berhak diterima oleh Allah SWT, dan layak mendaapat kurniaanNya.

Pengakuan semua ini akan menjadikan diri kita sentiasa merasai bahawa dalam kehidupan ini kita memerlukan Allah sehinggalah nyawa kita terpisah daripada badan. Kita tidak boleh merasai diri ini lebih kaya daripada Allah, lebih berkuasa daripada Allah, lebih mengetahui daripada Allah. Apa sahaja keperluan manusia dalam hidup dan matinya memerlukan kepada kurniaan Allah. 

0 ulasan:

Catat Ulasan