Ads 468x60px

Labels

Memaparkan catatan dengan label Fatwa Wakaf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fatwa Wakaf. Papar semua catatan

Isnin, 27 Februari 2012

Mohon Mengalih Tapak Kubur Lama


Mohon mengalih tapak kubur lama di atas Lot 2249 geran 2235 
di Kampung Ladang Sekolah, Kuala Terengganu.  Hasil siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Daerah Kuala Terengganu dan Jabatan Mufti, didapati batu-batu nisan 
berselerak di atas sebahagian Tanah Lot 2249 geran  2235 di Kampung 
Ladang Sekolah, Kuala Terengganu, iaitu membabitkan hamoir ½ ekar 
dan lebih daripada 100 buah kubur lama dianggarkan melebihi 70 tahun. 
Kawasan tanah perkuburan ini berada dalam keadaan  terbiar, 
sebahagiannya dipenuhi dengan sampah sarap dan sebahagian yang 
lain dijadikan jalan laluan termasuk kereta.  Beberapa buah rumah dibina 
terlalu hampir dengan batu-batu nisan. 


Mesyuarat bersetuju tidak meluluskan permohonan untuk mengalih 
kubur-kubur lama di atas Lot 2249 tersebut kerana kawasan kubur-kubur itu adalah ”tanah musabbal”.  Tanah Musabbal menurut hukum syarak 
hukumnya tanah wakaf, tanah wakaf pula adalah hak Allah dan tidak 
boleh dipindah milik atau diambil balik buat selama-lamanya. 
Kubur-kubur itu hendaklah dihormati dan dijaga dengan baik 
sesuai dengan kehendak syarak seperti dipagar untuk mengelakan 
pembuangan sampah, pembinaan bangsal atau rumah kediaman di 

Pembinaan Perigi Di Atas Tanah Perkuburan Islam


Tanah yang diwakafkan bagi maksud perkuburan orang-orang 
Islam atau yang dijadikan bagi kegunaan perkuburan orang-orang 
Islam hendaklah digunakan bagi maksud dan tujuan itu sahaja.  
Sebarang penyalah gunaan tanah tersebut seperti membina 
binaan di atasnya atau menanam pokok-pokok kayu, membina 
perigi atau sebagainya adalah dilarang di sisi syarak kerana 
perkara-perkara seumpama tersebut boleh menghalang  tanah 
perkuburan itu dari diguna bagi tujuannya yang asal. 

Mendiri Bangunan Tambahan di atas Tanah Wakaf



Mohon Kebenaran Mendirikan Bangunan Tambahan Kelas Aquran Dan Fardhu Ain Di Kawasan Perkuburan Dan Surau Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Lot 8515 Mukim Bukit Payung, Marang.  



Mesyuarat bersetuuju tidak meluluskan permohonan mendirikan 
bangunan tambahan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di  kawasan 
perkuburan dan surau Lubuk Perah, Wakaf Tapai, Lot  8515 Mukim Bukit  
Payong, Marang kerana tanah yang  diwakafkan bagi kegunaan 
perkuburan orang-orang Islam hendaklah digunakan bagi maksud dan tujuan itu sahaja.


MAIDAM

Memohon Pemeliharaan Tanah Perkuburan Lama Di Tanah Wakaf Tok Ku Paloh, Kuala Terengganu


 Mesyuarat bersetuju dengan permohonan pemeliharaan tanah
perkuburan lama di tanah wakaf Tok Ku Paloh, Kuala Terengganu.
 Jabatan Mufti akan membawa keputusan ini kepada Kerajaan
Negeri untuk dibincangkan dan diambil tindakan sewajarnya.

MAIDAM

Fatwa Mengenai Menebang Pokok Kelapa Wakaf


Mesyuarat bersetuju bahawa pokok kelapa wakaf dalam kawasan 
Masjid To’ Ku Tuan Besar, Chabang Tiga Kuala Terengganu masih 
berbuah dan manafaat lagi. Pokok berkenaan tidak harus di tebang 
hanya kerana kepentingan pengguna kenderaan sahaja.


MAIDAM

Fatwa Chenderong Konsesyen


 Setelah mendengar taklimat daripada pihak Majlis Agama Islam 
dan Adat Melayu Terengganu tentang latar belakang Chenderong 
Konsesyen dan menghalusi dokumen berkaitan serta persoalan-persoalan 
mengenainya,  mesyuarat bersetuju mengambil keputusan seperti berikut 

Menjual Tanah Wakaf Dan Mengantikannya Dengan Harta Tanah Yang Lain Kecuali Wakaf Khas Tapak Masjid Menjual Tanah Wakaf Dan Mengantikannya Dengan Harta Tanah Yang Lain Kecuali Wakaf Khas Tapak Masjid


 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Majlis Agama Islam Dan 
Adat Melayu Terengganu untuk menjual tanah-tanah wakaf yang kurang 
daripada satu perempat (1/4) ekar serta tidak dapat dimanafaatkan dan 
digantikan dengan hartanah yang lain menurut konsep “Istibdal”. 

Cadangan Menukarkan Wakaf Khas Tapak Asrama Pelajar Sekolah Kepada Wakaf Khas Pendidikan


 Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Majlis Agama Islam dan
Adat Melayu Terengganu untuk menukarkan Wakaf Khas tapak asrama
pelajar-pelajar sekolah ( KRM 678,  Lot 1397, Mukim Kuala Ibai ) daripada
Tuan Haji Awang Umar bin Haji Muhammad kepada Wakaf Khas untuk
pendidikan. 

Fatwa Mengenai Tanah Wakaf Syeikh Eusoff


Sebidang tanah yang terdapat di atasnya sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Syeikh Eusoff telah pun ditetapkan sebagai wakaf melalui DEED POLL NOMBOR PENDAFTARAN 584, 1890 adalah berkekalan hingga ke hari ini dan untuk selama-lamanya.
Harta yang diwakafkan tidak boleh dibatalkan, ia tetap berkekalan kerana faktor masa tidak boleh dikaitkan dalam proses wakaf. 

Harta wakaf hanya boleh diambil manfaatnya sahaja, tidak boleh dijadikan hak milik seseorang atau waris.

(Rujukan:As-Syed Al-Bakri. Hasyiah I'anatul At-Talibin Juz. Ketiga, Dar Al Fikr (t.t) halaman 167.) 

Rujukan Pewartaan : 7/1993 
Tarikh Pewartaan : 9 November 2000 
Pulau Pinang
Keterangan : 

 

Pembatalan Wakaf


Permohonan pembatalan wakaf di atas hak milik nombor PN 673 , Lot Nombor 461, Mukim Alor Malai, Daerah Kota Star, Kedah Darul Aman.

Keputusan: 
Puan Syaiabi Binti Abdullah tidak boleh membatalkan wakaf am iaitu sebuah rumah di atas Hak Milik Nombor PN 673, Lot Nombor 461, Mukim Alor Malai, Daerah Kota Star, Kedah Darul Aman kerana wakaf yang disempurnakan pada 21 Mei 2006 telah sah memenuhi semua syarat-syarat wakaf.
Terdapat didalam kenyataan pemohon bahawa beliau dipaksa oleh anak dan menantunya untuk mewakafkan rumah tersebut ketika itu dan terpaksa bersetuju. Oleh itu jawatankuasa mengesyorkan kepada pemohon agar merujuk ke Mahkamah Syariah Negeri Kedah untuk menentukan had atau tahap paksaan itu mengikut kehendak syara'.


Majlis Agama Islam Kedah

HUKUM MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF KHAS DENGAN MEMBANGUNKAN SELAIN NIAT ASAL PEWAKAF


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia kali Ke-80 pada 1-3 Februari 2008 di Terengganu telah membincangkan 
Hukum Membangunkan Tanah Wakaf   Khas   Dengan   Membangunkan Selain
Daripada Niat Asal Pewakaf di Kuala Terengganu. Dalam persidangan ini,
muzakarah memutuskan: 

Membangunkan    tanah   Wakaf Khas    khususnya    wakaf    masjid    dengan 
tambahan    projek    pembangunan    atau    beberapa    penambahbaikan    bagi 
menjamin harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam, dengan 
syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang boleh 
ditentukan oleh pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam. 

Fatwa Wakaf Wang Tunai


FATWA NEGERI SELANGOR

i. Hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor.
(Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 5 September 2006 )


FATWA KEBANGSAAN

WAKAF WANG TUNAI
Berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.

( Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali Ke-77 yang bersidang pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu )

Mahu Tarik Balik Wakaf


Setelah meneliti dan mengkaji permasalahan berkaitan wakaf dan
pewakafan tanah untuk kemaslahatan masjid, tanah perkuburan dan
sebagainya, mesyuarat bersetuju  tidak boleh ditarik balik samada
pewakaf itu sendiri ataupun pewarisnya.
 Mesyuarat juga berpendapat bahawa pemilikan apabila
diwakafkan kepada masjid atau tanah perkuburan, ianya berfaedah
menjadi hak Allah secara langsung dan tidak boleh ditarik balik.

MAIDAM TERENGGANU  2004

WASIAT 1/3 PENINGGALAN UNTUK DIWAKAFKAN


Seseorang telah mewasiatkan 1/3 dari estet peninggalannya untuk maksud perwakafan ? Adakah wasiatnya ini sah ?
Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa Yang Membuat wasiat ketika membuat wasiat tersebut telah mewasiatkan untuk membuat kebajikan yang berkekalan.
Wasiat tersebut bermaksud untuk membeli rumah atau sebuah kedai yang diharapkan dapat meraih hasil yang berlanjutan. Wasiat itu tidak boleh diubah dan wajib dipatuhi.
Yang demikian, rumah atau kedai itu mestilah dibeli dari hartanya dan jadilah ia wakaf yang berkekalan sepertimana yang dikehendaki oleh si pembuat wasiat.


Majlis Agama Islam Singapura

BARANG-BARANG WAKAF MASJID


Apakah hukumnya jika barangan yang diwakafkan kepada masjid dijual dan segala hasilnya di gunakan untuk kegiatan dan pentadbiran masjid, kerana harta yang diwakafkan itu terlalu banyak hinggakan ada yang terbiar? Barangan yang dimaksudkan seperti berikut: sejadah, telekong, kain pelikat dan lain-lain barangan.
Apakah hukumnya jika kita menjual al-Quran, kitab Yasin yang diwakafkan kepada pihak masjid dan hasilnya digunakan untuk masjid tersebut? Kerana al-Quran dan kitab Yasin itu terlalu banyak hingga ada yang rosak.
Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa barang-barang yang sudah diwakafkan tidak boleh dijual.
Jika masjid tidak memerlukan dan dikhuatiri barang-barang tersebut akan terbiar rosak maka masjid diharuskan menjual barang-barang tersebut dan hasilnya mestilah digunakan untuk bangunan dan maslahat yang kekal bagi masjid seperti memperbaiki kerosakan pada masjid. Tidak harus digunakan untuk kegiatan dan pentadbiran.


Majlis Agama Islam Singapura

PEMBAHAGIAN KHAIRAT MENURUT WASIAT WAKIF


Wasiat si pewakaf menghendaki khairatnya dibahagi-bahagikan di Makkah, Madina dan Baghdad. Pemegang amanahnya mendakwa bahawa pembahagian itu adalah rumit. Apakah khairat-khairat itu boleh dibahagi-bahagikan di tempat lain ?
Jawatankuasa Fatwa telah membincangkan persoalan tersebut dan berfatwa seperti berikut:

a. pemegang amanah kepada wakaf tersebut mestilah menjalankan wasiat itu kerana harta wakaf tersebut adalah harta Allah ;

b. dakwaan bahawa terdapat kerumitan dalam pembahagian harta wakaf tidak dapat diterima kerana sesungguhnya orang-orang miskin yang boleh diberikan harta wakaf itu masih banyak terdapat di Makkah, Madina dan Baghdad ;

c. untuk mengatasi kerumitan bagi pemegang amanah membahagikan harta wakaf tersebut, adalah dinasihatkan agar pemegang amanah mewakilkan seseorang yang dipercayai di – ketiga-tiga bandar tersebut untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan orang-orang yang layak menerimanya. Pembahagian yang dijalankan oleh wakil itu hendaklah disaksikan oleh 2 orang lain bahawa sesungguhnya khairat itu telah dibahagikan sebagaimana mestinya.


Majlis Agama Islam Singapura

HAD MASA ATAS PERWAKAFAN


Seseorang telah berwasiat menjadikan rumahnya sebagai wakaf bagi anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicitnya untuk jangka masa sehingga 20 tahun selepas kematian anak terakhirnya . Adakah wasiatnya ini mewujudkan suatu wakaf yang sah ?
Jawatankuasa Fatwa berpendapat pada dasarnya perwakafan serupa ini adalah tidak sah kerana ia tidak berkekalan dan memutuskan berdasarkan (lafaz) pada wasiat tersebut, iaitu “wakaf ini berlaku sehingga dua puluh tahun selepas kematian anak saya yang terakhir”, maka ianya tidak diakui sebagai wakaf kerana ada bersyarat had masa sedangkan tujuan wakaf adalah berkekalan tanpa had masa.

Majlis Agama Islam Singapura

JENIS BARANGAN YANG DIJUAL DI BANGUNAN WAKAF


Sekiranya di satu tanah wakaf yang telah dibangun semula mempunyai kedai-kedai atau pusat membeli-belah, adakah disyaratkan barangan yang dijual di situ mesti barangan yang halal sahaja ?
Tidak mesti mensyaratkan penyewanya supaya menjual barang-barang halal sahaja tetapi jika ia memberitahu kepada kita bahawa tujuan ia menyewa ialah untuk berniaga barang-barang yang haram maka kita harus menolaknya daripada menyewakannya.
Jika selepas disewakan kelihatan penyewa tadi menjalankan perniagaan barang-barang haram, kita hendaklah bertindak menghentikan penyewaannya seberapa yang terupaya.

Majlis Agama Islam Singapura

Fatwa Mengenai Wakaf Al-Irshod


Mesyuarat Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang bersidang pada 23 Sep 2001telah membincangkan fatwa mengenai Wakaf Al-Irshod. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju menfatwakan sebagaimana berikut:

1) Hukum Wakaf al-Irshod adalah sah kerana harta milik kerajaan adalah untuk kepentingan umum dan seseorang pemerintah memang berkuasa dalam bidang ini berdasarkan jawatannya.

2) Wakaf ini tidak boleh dibatalkan atau dipinda dari tujuan asal kepada tujuan lain.

3) Tidak wajib terikat dengan syarat yang dikenakan oleh pihak yang mewakafkan jika syarat itu berlawanan dengan maslahah kerana tujuan Wakaf Al-Irshod ialah untuk maslahah umum.

Status Penwartaan: 
Tidak Diwartakan
Negeri: 
Tarikh Keputusan: 
 23 Sep, 2001

Membangunkan Tanah-Tanah Wakaf Di Negeri Perak


Keputusan: 

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada hari ini 6 Januari 1997 buat kali ke 137 tentang Fatwa Bagi Membangunkan Tanah-Tanah Wakaf Di Negeri Perak Darul Ridzuan ( Pembangunan Wakaf (M) sdn.Bhd. (Anak Syarikat YPEIM )telah bersetuju sebulat suara dengan apa yang telah dibincangkan iaitu:-