Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Berhati-Hati Menuntut Ilmu


Golongan manusia yang menuntut ilmu boleh dibahagian kepada tiga bahagian:[1]

Pertama

Seseorang yang menuntut ilmu untuk bekalan akhirat dan tidak yang lain melainkan kerana Allah SWT. Golongan ini akan diberi kejayaan di dunia dan akhirat,dan dikenali sebagai al-Muttaqin.


Firman Allah Taala:

3 (#rߊ¨rts?ur  cÎ*sù uŽöyz ÏŠ#¨9$# 3uqø)­G9$# 4

Ertinya: Dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah);

Kedua

Seseorang yang menuntut ilmu untuk menolong kehidupannya di dunia, seperti untuk mendapat kemuliaan, kemegahan, kekayaan harta dan selain keredhaan Allah. Mereka ini adalah golongan yang jahat. Ini juga menepati dengan hadis nabi saw bahawa di akhir zaman di kalangan ahli ibadat yang jahil dan ulamak yang fasik;

عَنْ أَنَس قَالَ رَسُوْلُ الله (ص): يَكُوْنَ فِى أَخِرُ الزَّمانِ عُبَّادٌ جُهََّالٌ وَقُرَّاءٌ فَسَقَةٌ

Ertinya: Akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulamak yang fasiq.

Ketiga

Seseorang yang menuntut ilmu dan menjadikan ilmunya untuk mendapatkan kebesaran, kemuliaan, kemegahan, mencari pengikut dan supaya orang kasih kepadanya. Mereka ini berlakon sebagai ulamak untuk mendapatkan apa yang dihajatinya. Golongan ini dikenali sebagai ulamak yang jahat yang menyesatkan orang lain.

أنَا مِن غَيْرِ الدَّجَّالِ أَخَافُ عَلَيْكُمْ من الدَّجَّالِ, فَقِيْلَ وَمَا هُوَ يا رَسُوْل الله؟ فَقَالَ: عُلَمَاءِ السُّوْءِ
Ertinya: Aku terlebih takut kepada kamu daripada Dajjal akan seorang lain daripada Dajjal. Maka Tanya para sahabat: Siapa mereka itu ya Rasulullah? Maka jawab Baginda: Mereka itulah ulamak yang jahat

Nabi saw bersabda lagi:

مَنْ طلَبَ العِلْمَ لِيُفَاخِرَ بِهِ العُلَمَاءََ أَوْ لِيُمَارِيَ بهِ السُّفَهَاءَ أَوْ لِيَصْرِفَ به وُجُوْهُ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللهُ النَّار
Ertinya: Sesiapa yang menuntut ilmu kerana bermegah-megah dengan ilmu tersebut, atau kerana berbantahan dengan orang yang jahil, atau memalingkan muka kepadanya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka”

Hasan al-Basri mengingatkan kita antara kedudukan ilmu dan ibadat:” hendaklah kamu menuntut ilmu dengan tidak mendatangkan mudarat kepada ibadat, dan dirikanlah pula ibadat dengan tidak memberi mudarat kepada ilmu. Justeru janganlah kita mengabaikan salah satu daripada keduanya. Maka hendaklah diseimbangkan dan seiring antara ilmu dengan ibadat.[2]
            Ibn Mas’ud menukilkan dengan katanya:[3]

”seandainya para ulamak itu menjaga ilmu mereka, dan benar-benar memanfaatkannya, maka ia akan dihormati dan disegani oleh orang-orang pada zamannya. Namun mereka kebanyakkannya memanfaatkan ilmunya untuk mencari dunia, sehingga mereka menjadi hina antara para pencari dunia.”


[1] Ibid., hlm.14-15
[2] Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad (1999), Manhaj ‘Abidin, (terj.), cet.5, jld.1, Aspirasi Teras Sdn Bhd: Kuala Terengganu, hlm.36
[3] Abdul Nafi dkk (1999), op. cit., hlm.98

0 ulasan:

Catat Ulasan