Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Ingat 5 Sebelum Datang 5


Imam Habib Abdullah Haddad[1] di dalam Risalah Sabil al-Azkar wa al-I’tibar menjelaskan bahawa manusia mempunyai 5 umur.

i.                    Umur sejak Allah mencipta Adam a.s. dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya.
ii.                  Umur sejak manusia dilahirkan dari perut ibunya sehingga ia wafat meninggalkan dunia yang fana
iii.          Umur ini bermula sejak manusia keluar dari dunia ini dengan menempuh mati sehingga dibangkitkan dari kubur
iv.                Umur yang bermula daripada kebangkitan daripada alam kubur untuk menerima panggilan tuhan sehingga memasuki sama ada ke syurga atau ke neraka
v.                  Umur yang tidak ada pangkal dan hujungnya iaitu sejak kemasukan manusia ke syurga dan kekal di dalamnya.


Allah SWT telah menyebut tentang peringkat permulaan umur manusia di dalam al-Quran. Manusia akan berpindah dari satu keadaan kepada satu keadaan. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Haj:5:


Ertinya: ”Kemudian kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian kamu menjadi dewasa, dan sebahagian kamu akan diwafatkan, dan sebahagian yang lain dibiarkan sampai usia lanjut, supaya mereka tiada mengetahui apa-apa lagi sesudah mereka dahulunya mengetahui”.

Mengikut Imam Habib, di peringkat umur masa dalam kandungan sebenarnya itulah cara hidup yang menyamai dengan peringkat umur di alam Barzakh. Dunia yang gelap gelita dan sempit dan menunggu-nunggu saat kelahiran, sebagaimana di alam Barzakh menunggu-nunggu saat kebangkitan.
Imam al-Ghazali[2] mengingatkan kita supaya jangan memanjangkan harapan dan melupakan hampirnya ajal dan maut. Kita sering beranggapan mati tidak akan datang kecuali disebabkan sakit. Mati juga tidak datang dengan serta merta. Maka ingatlah bahawa mati ada kalanya datang dengan serta merta, sebagaimana juga sakit datang secara tiba-tiba. Jika kita diberi kesempatan hidup dalam keadaan sakit, maka kita tidak berdaya lagi untuk mengerjakan amal salih, sedangkan amal salih itulah bekalan kita ke Akhirat.
            Di dalam buku al-Bidayah, Imam al-Ghazali menegaskan bahawa mati tidak akan menyerang kita pada waktu tertentu, atau dalam keadaan tertentu. Akan tetapi mati akan menyerang kita pada waktu yang tidak diketahui dan keadaan yang tidak diketahui. Maka bersedialah kita menghadapi mati itu sebenarnya lebih baik daripada kita menyediakan diri untuk dunia.



[1] Habib Abdullah Haddad (1987), op. cit., hlm.13
[2] Habib Abdllah Haddad (1987), op. Cit., hlm.52.

0 ulasan:

Catat Ulasan