Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Noktah Kehidupan manusia



Mati ialah berpisahnya roh daripada badan, darah akan menjadi beku, denyutan jantung akan berhenti dan seluruh anggota tidak berfungsi lagi. Itulah kematian yang sebenarnya. Manusia tidak boleh selamat apabila tibanya ajal. Kematian tidak akan terlambat atau tersegera walaupun sesaat. Sekalipun manusia dapat diselamatkan daripada penyakit yang menyebabkan kematian, namun kematian juga akan datang disebabkan oleh umur yang tua. Inilah yang dinyatakan oleh nabi saw:


مِثْلُ بْنُ اَدَمَ وَإِلَى جَنْبِهِ تِسْعٌ وَتٍْسْعُوْنَ مَنِيَّةً إِنْ أَخْطَأَتْهُ المَنَايَا وَقَعَ فى الهَرَمِ

Ertinya: diibaratkan manusia itu mempunyai 99 sebab yang mengakibatkan kematian, namun jika ia dapat diselamatkan, tetapi dia akan jatuh menjadi tua.

Selama mana kita melarikan diri daripada kematian, sebenarnya selama itulah kita mengejar kematian. Kematian adalah semakin hampir sekalipun usia kita semakin bertambah. Umur mati lebih pendek berbanding umur yang dirasakan semakin panjang. Allah SWT menjelaskan bahawa:

Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui Segala Yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".

Imam al-Ghazali membahagikan keadaan manusia kepada 3 kategori:[1]
i.                    Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan
ii.                  Orang yang bertaubat dan mula bertaubat
iii.                Orang yang mengenal diri sendiri dan merasakan hayatnya akan berakhir

Golongan yang pertama ini tidak mengingati kematian. Jika diingati sekalipun mereka merasa sedih dirinya akan meninggalkan harta kekayaan yang dimiliki, dan amat benci dengan kematian. Golongan yang kedua mereka sentiasa berada dalam keadaan cemas, takut dan bimbang akan kematian. Mereka akan menyempurnakan taubat dengan sebaik mungkin. Manakala golongan yang ketiga sentiasa mengingati mati setiap masa. mereka menunggu-nunggu saat kematian untuk bertemu dengan Allah seperti orang yang bercinta untuk bertemu dengan kekasihnya.


[1] Al-Ghazali Abu Hamid Muhammad (1999), op. cit.,hlm.836-837

0 ulasan:

Catat Ulasan