Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Kenali Kelemahan Diri


Sikap takabbur ialah suatu lintasan perasaan untuk meninggikan diri yang dikenali juga sebagai sombong atau bongkak. Sifat takabur membawa kemudaratan kepada yang pokok dalam agama dan akidah. Lawan kepada takabbur ialah tawaduk atau  rendah diri. Imam al-Ghazali membahagikan tawaduk kepada dua bahagian:


i.                    Tawaduk umum: Merasai cukup dengan apa yang ada dari segi makanan, pakaian dan lain-lain
ii.                  Tawaduk khusus: melatih diri menerima kebenaran daripada orang lain sama ada daripada orang bawahan atau orang atasan.

Kedua-dua keadaan yang dinyatakan ini sukar untuk dilaku dan diterima oleh kita, terutama tawaduk yang khusus. Semakin tinggi seseorang itu statusnya, maka semakin tinggi pula takabbur, terutama apabila sering dipuji dan dipuja. Benteng pertahanan tawaduk umum ialah dengan memikir dan merenung dari mana permulaan dan ke mana pengakhiran kita. Kita berasal daripada setitik air mani yang hanyir dan pengakhirannya adalah menjadi bangkai yang busuk. Manakala benteng pertahanan yang khusus ialah kita sentiasa mengingati seksaan Allah terhadap orang yang melakukan maksiat berpanjangan.

Kesan Sifat Takabbur

Antara kesan sifat takabbur ialah:

i. Terhalang kebaikan dan menjadi buta hati daripada mengenal ayat-ayat Allah

Kata Imam Al-Ghazali:

Sesungguhnya takabbur sifat yang meluputkan kamu dari mengenal kebenaran dan memahami ayat-ayat Allah dan hukum hakam yang merupakan sumber asal semua urusan agama. Justeru, adalah tidak patut bagi orang yang berakal melupakan dirinya lalu dia tidak memperbaiki dirinya dengan menghilangkan sikap takabbur dengan penuh waspada, hati-hati dan memohon perlindungan Allah daripada sifat keji dan perosak itu.

ii. Kemurkaan dan kebencian Allah

Nabi Musa as bertanya kepada Allah: ”Wahai Tuhanku, siapakah makhluk yang paling kamu benci? Firman Allah:” iaitu orang sombong hatinya, kesat lidahnya, kejam matanya, kedekut tangannya dan jahat akhlaknya.”

iii. Kehinaan dan mendapat seksaan dunia dan akhirat

Kata Hatim al-’Asam: ”Jauhilah diri kamu daripada didatangi mati sedangkan kamu berada atas tiga keadaan iaitu, takkabur, Haloba harta dan bermegah dengan diri dengan sifat ‘ujub.

iv. Masuk api neraka & menerima azab diakhirat 

0 ulasan:

Catat Ulasan