Ads 468x60px

Labels

Jumaat, 2 Mac 2012

Hakikat Syukur Pada Allah

Persoalan yang selalu bermain difikiran kita apakah mata yang melihat atau hati yang melihat. Kita sering mengatakan adanya mata maka kita mampu melihat. Justeru, manakah yang terlebih penting antara mata dengan penglihatan. Sudah pasti penglihatan adalah terlebih penting. Manusia mampu mencipta mata namun manusia pasti tidak mampu mencipta pendengaran. Apalah gunanya mata yang cantik dan lentik tetapi tidak dapat melihat. Hakikatnya manusia tidak melihat sesuatu dengan mata, sebagaimana berfikirnya manusia bukan dengan akal. Orang yang melihat dengan mata dan berfikir dengan akal adalah golongan yang Ghafil (lalai). Sebab akal dan mata boleh bertindak diluar batas dan mengabuli kita. Maka hakikatnya orang yang melihat dengan mata hati berbeza dengan melihat dengan mata yang zahir. Jika mata hati seseorang dapat mengalahkan mata zahir, maka dirikan akan merasai betapa berharganya mata dan memahami tujuan Allah menciptakan mata. Dia akan dapat menikmati rahsia Keesaan Allah, mata hati akan memperlihatkan cahaya kebenaran.

Antara Wazifah Qalbiyah dan Wazifah Lisaniyah

Apabila seseorang bertanya apa khabar, jawabnya orang jawab sihat, fine..Apakah kita sudah melupai kalimah yang diajar oleh nabi saw iaitu alhamdulillah sihat. Sihat dan baiknya kita adalah kerana Allah yang mendatangkan nikmat tersebut. Maka pujilah Allah terlebih dahulu sebelum memuji manusia. Inilah tugas hati, yakinkanlah kepada hati kita bahawa nikmat yang sampai kepada kita adalah langsung daripada Allah SWT. Inilah wazifah Qalbiyah (tugas hati).

Manakala Wazifah Lisaniyah pula ialah kita mengucapkan terima kasih kepada manusia yang telah menyampaikan nikmat itu kepada kita. Inilah maksud nabi saw: Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada pemberian yang sedikit bererti dia tidak berterima kasih kepada pemberian yang banyak. Sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia bererti dia tidak berterima kasih kepada manusia. 

Justeru, berhati-hatilah dengan pemberian nikmat yang datang daripada Allah. Jangan menjadikan nikmat Allah sebagai penyebab kita menjadi kufur kepada yang memberi nikmat (Allah). Ini kerana berapa ramai manusia yang menjadi hamba kepada hamba, bertuhankan kepada manusia, berakidahkan kepada makhluk Allah yang menyebabkan dirinya lupa kepada Allah SWT. Jadikanlah nikmat pemberian Allah, mata, telinga, tangan, kaki dan segala pnacaindera kita untuk mengabdikan diri kepadaNya. 

Tazkirah Jumaat 2 Mac 2012. 8:20am UiTM Shah Alam

1 ulasan:

  1. assamualaikum uztaz,mohon share article ini dalam fesbuk ye.

    pelajar uztaz CTU 533 (PLK)

    BalasPadam