Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Dilema Antara 4 Persimpangan

Menurut Imam al-Ghazali, pada hakikatnya lintasan hati itu terbahagi kepada 4:

i.                    Lintasan Hati: Apa yang datang pada permulaannya yang dijadikan oleh Allah.
ii.                  Hawa Nafsu: Lintasan hati yang dijadikan Allah sesuai dengan tabiat manusia.
iii.                Lintasan Ilham: Lintasan hati yang dijadikan oleh Allah hasil daripada ajakan malaikat Mulham.
iv.         Lintasan Was-was: Lintasan hati yang dijadikan oleh Allah hasil daripada ajakan dan bisikan syaitan


Ini bermakna terdapat 3 jenis lintasan hati manusia, iaitu lintasan ilham, lintasan was-was dan lintasan hawa nafsu. Lintasan hati manusia ini kadangkala datang kepada kebaikan, dan kadangkala datang kepada kejahatan sebagai ujian dan cubaan. Namun lintasan hati daripada malaikat Mulham sudah pasti membawa kepada kebaikan dan ia adalah petunjuk yang baik. Justeru, ajakan daripada syaitan tidak lain dan tidak bukan adalah kepada kejahatan dan menjadi penghalang kebaikan. Namun perlu diketahui, ada kalanya hawa nafsu sengaja membawa kepada kebaikan, tetapi diakhirnya kita diperdaya, sebagaimana juga lintasan daripada syaitan.

Perbezaan antara Lintasan Baik dengan Lintasan Jahat

Lintasan hati boleh ditentukan oleh kita sebagai pemilik diri. Jika lintasan hati itu menepati dengan hukum syarak dan tidak bertentangan dengan ajaran agama, maka ia tergolong dalam kebaikan. Jika sebaliknya maka ia jatuh kepada hukum haram disebabkan oleh syubhat, haram dan sebagainya. Begitu juga jika menepati dengan amalan para Salaful Soleh juga termasuk dalam lintasan kebaikan.
            Jika berlaku keraguan antara lintasan hati nafsu dan keinginan, maka kita hendaklah perhatikan, sekiranya lintasan itu menjadikan diri kita liar tanpa takut dan gerun kepada Allah, maka itu adalah lintasan jahat yang mesti dijauhi. Ini bermakna jika ia menjadi kecenderungan nafsu secara semulajadi dan bukan kerana Allah, itulah hakikat lintasan nafsu yang sejak asalnya tidak cenderung kepada kebaikan.

Perbezaan antara Lintasan Hati Syaitan dengan Lintasa Hati Nafsu dan Lintasan Hati Daripada Allah

Jika sesuatu lintasan hati itu berada pada tahap yang tetap dan tidak berubah-ubah, maka itu adalah lintasan yang datang daripada Allah, atau mungkin juga daripada hawa nafsu. Jika kita dapati ada unsur keraguan dan berubah-ubah, maka itu adalah lintasan daripada syaitan.
            Lintasan hati yang datang selepas daripada kita melakukan kejahatan dan maksiat, dan menyesali dosa yang dilakukan, maka itu adalah lintasan daripada Allah. Jika lintasan itu datang bukan terlintas selepas melakukan dosa, maka itu adalah lintasan daripada syaitan. Inilah lintasan yang banyak berlaku kepada manusia, kerana syaitan sering mengajak manusia ke arah kejahatan dan sentiasa memujuk sebagai umpan. Ini yang menyebabkan Nur Iman akan terhalang masuk ke dalam hati kita. Allah SWT berfirman:
 ž
Ertinya: Sebenarnya! (ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.

(Surah al-Mutaffifin:14)

Jika kita mendapati lintasan hati itu menjadi lemah dan tidak mengurangkan daripada kita mengingati Allah, maka itu adalah lintasan daripada nafsu. Sebaliknya dengan lintasan hati itu kita menjadi lemah dan mengurangi hati untuk mengingati Allah SWT, maka yakinlah itu adalah lintasan daripada syaitan yang telah dinyatakan sebelum ini, bahawa syaitan berada di atas hati anak Adam sebagai tempat kediamannya. Apabila hati mengingati Allah, maka syaitan mengundurkan diri, tetapi jika kita lalai, maka syaitan datang dengan menjadikan diri kita berada dalam keadaan was-was.
            Abu Bakar al-Warraq menjelaskan bahawa: ”Sekiranya kita mendapati diri kita terlintas untuk melakukan sesuatu dengan cepat, gopoh-gapah, tidak berhati-hati, kelam-kabut , tidak disertai dengan aman dan takut kepada Allah SWT, tidak meneliti akibat daripada perbuatan yang akan dilakukan, maka ketahuilah itu semua lintasan yang datang daripada syaitan. Kita hendaklah sekali-kali menjauhi lintasan ini. Sebaliknya jika lintasan berlaku dengan diiringi takut kepada Allah, tenang dan cermat, maka itulah yang dikatakan lintasan daripada Allah atau malaikat (mulhim).”
            Inilah yang dijelaskan kepada kita oleh Baginda saw:

العَجَلَةُ من الشَّيْطَانِ إلاَّ فِى خَمْسَةِ مَوَاضِعْ: تَزْوِيْجُ البِكْرِ إذَا أَدْرَكَتْ, وَقَضَاءُ الدَّيْنِ إذَا وَجَبَ, وَتَهْجِيْزُ المَيِّتِ إذَا مات, وَقِرَى الضَّيْفِ إذَا نَزَلَ, والتَّوْبَةُ أَذْنَبَ
   
Ertinya: Gopoh-gapah itu datang daripada syaitan kecuali pada lima tempat:
Mengahwinkan anak perempuan apabila baligh, membayar hutang apabila sabit, mengebumikan mayat apabila mati, meraikan tetamu apabila berkunjung datang, dan bertaubat daripada dosa setelah melakukan maksiat.

Bagaimana Menentukan Lintasan Hati Baik Yang Datang Daripada Allah Atau daripada Malaikat

Lintasan hati yang baik adalah datang sama ada daripada Allah dan juga malaikat. Terdapat 3 perbezaan. Antaranya ialah:

Lintasan hati yang baik bersifat kuat dan teguh, maka ia adalah lintasan daripada Allah. Jika berlaku keraguan dan berubah-ubah itu adalah lintasan daripada malaikat. Ini kerana sifat malaikat yang memberi nasihat yang hadir ke dalam diri kita untuk membawa kepada kebaikan dengan harapan kita akan suka dan gemar kepada kebaikan dan diserunya.
Jika lintasan hati yang baik datang selepas kesungguhan kita dalam melakukan ibadat dan ketaatan, maka itu adalah datang daripada Allah SWT. Inilah yang dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Ankabut ayat 69:

Ertinya: Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak aagama kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

Ini sebagaimana juga Firman Allah Taala:

Ertinya: Dan (sebaliknya) orang-orang yang menerima petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahi mereka dengan hidayah petunjuk, serta memberi kepada mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.


Jika lintasan hati yang berkait dengan perkara Iktikad (Usuludin), ia adalah daripada Allah, manakala lintasan yang berkait dengan perkara cabang (furu’) dan amalan zahir, maka kebanyaknya adalah lintasan daripada malaikat. Ini kerana menurut ulamak, para malaikat tidak boleh mengetahui tentang hakikat batin seseorang hamba.

0 ulasan:

Catat Ulasan