Ads 468x60px

Labels

Khamis, 1 Mac 2012

Dunia Oh Dunia...

Orang yang meletakkan dunia di tangan dan tidak di hati bererti dirinya telah bersedia untuk menuju Allah SWT. Dirinya berjaya meletakkan hati jauh dengan dunia sekalipun dia sering bergelumang dengan dunia. Namun dunia tidak mampu mempengaruhi hatinya. Sekiranya perasaan ini ada dalam diri kita, maka kita boleh meningkat dan menambahkan amal kepada Allah SWT. Apa jua yang dihadapinya di dunia pasti ibadah kepada Allah tidak dilupakan walaupun disibukkan oleh dunia, dikayakan oleh harta benda, disanjung dan dipuja oleh manusia. Apabila kita sampai kepada tahap ini, maka kita tidak lagi mengharapkan kepada ibadah dan amal soleh sebagai cita-cita, tetapi terlebih daripada itu hanya mengharapkan kurnia Allah dalam semua aspek kehidupan. Meskipun dilakukan ibadah dan amal soleh sebanyak mana sekalipun, ia tidak akan menyampai kepada cita-citanya.
Sebagai seorang hamba Allah, jika kita merasakan bahawa ibadah kita dan amal kita yang menyampaikan kepada cita-cita, bererti kita telah membuat kesalahan dalam perhitungan hidup kita. Inilah juga yang ditegaskan oleh nabi saw bahawa amal seseorang bukan penentu atau kayu ukur berjaya mencapai cita-cita.

Ramai di kalangan manusia hari ini memahami ibadah dan amalan yang dilakukan sebagai balasan untuk sampai kepada syurga Allah. Maka dirinya tekun beribadah kepada Allah, namun dia tidak sedar bahawa hubungan dirinya dengan jiran, dengan rakan taulan, dengan saudara seagama tidak menjadi keutamaan. Ingatlah hasil ibadah kita kepada Allah dapat dilihat melalui hubungan kita dengan makhluk Allah. Allah tidak menjanjikan syarat kemasukkan ke dalam syurga melalui ibadah dan amal semata-mata.

0 ulasan:

Catat Ulasan