Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Tidak Semua Ilmu Bermanfaat



مَنِ ازْدَادَ عِلْمًا وَلَمْ يَزْدَدْ مِنَ اللهِ إِلاَّ بُعْدًا

Ertinya: Sesiapa yang bertambah ilmunya, tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka tidak bertambah daripada Allah Taala melainkan dijauhkan Allah.[1]


Ilmu dunia dan akhirat kedua-duanya adalah dituntut jika mendatangkan manfaat. Namun antara keduanya ilmu akhirat perlu diutamakan kerana ia bersifat kekal abadi. Rasulullah saw bersabda:

”Siapa yang mencintai dunia, berbahaya akhiratnya. Sesiapa yang cinta akhirat berbahaya dunianya. Ingatlah kamu harus mengutamakan yang kekal abadi daripada yang cepat rosak dan hancur.

Di dalam hadis yang lain nabi saw bersabda:

رَأْسُ الحِكْمَةِ مَخَافَةُ اللهِ
Ertinya: Pokok bagi segala hikmat ialah takut kepada Allah

Syeikh Abd Samad al-Falimbani menegaskan bahawa ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang dapat menambahkan ketakutan kita terhadap Allah SWT dan suka kepada Kiamat. Ilmu yang dapat menambahkan pengetahuan tentang ibadat kepada Tuhan yang Maha Tinggi. Ilmu yang dapat mengetahui tentang perkara-perkara yang membinasakan amalan dan mengelak tipu daya syaitan.[2] Ibn Mas’ud pernah berkata:[3]

”Cukuplah orang itu dianggap berilmu dengan rasa takutnya kepada Allah, dan cukuplah orang itu dianggap bodoh dengan kesombongannya terhadap Allah”.


Sayyid Abdul Qadir al-Idrus di dalam kitabnya Al-Durus Thamin, menjelaskan bahawa ilmu yang menjadi fardhu ’Ain dan wajib dipelajari ada tiga:[4]

i.                    Ilmu Tauhid (Usuldin)
ii.                  Ilmu Syarak (Fiqh)
iii.                Ilmu Batin (Tasawuf)


[1] Riwayat al-Dalimi, Dhaif
[2] Syeikh Abd Samad al-Falimbani (2006), op. cit., hlm5
[3] Abdun Nafi dkk (1999), Utaian Hikmah Pelembut Jiwa (terj.), cet.1, Al-Amin Publishing hlm.87
[4] Menurut Sayyid Abdul Qadir al-Idrus bagi mendapatkan ilmu tasawuf mengamalkan apa yang terkandung di dalam kitab Manhaj al-‘Abidin karangan Imam al-Ghazali sudah memadai. Lihat: Syeikh Abd Samad al-Falimbani (2006), op. cit., hlm.8

0 ulasan:

Catat Ulasan