Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Berhati-hati...



Hati adalah anggota yang paling besar bahayanya. Paling berpengaruh dan paling sukar untuk memperbaikinya. Anggota lain yang terkena kotor akan nampak secara jelas dan mudah untuk disuci dan dibersihkan dengan air. Penyakit yang dihadapi oleh anggota lain juga mudah untuk dikesan dan dirawat oleh ahli perubatan dalam masa yang cepat. Pelbagai jenis ubatan digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Penyakit-penyakit anggota lain ada pakar yang mampu mengubatinya dan mengesaninya dengan mata kasar. Namun penyakit hati tidak mampu disembuh dengan ubatan, atau ada pakarnya. Sebagai contoh anggota yang sering dijaga oleh manusia ialah muka, bentuk badan, rambut dan lain-lain, tetapi hati ramai yang tidak memberi perhatian. Kecantikan hanya ditumpukan kepada apa yang boleh dilihat oleh manusia secara luaran. Manusia tidak menjaga hati sebagaimana menjaga anggota lain. Rupa dan wajah boleh ditilik dan dilihat dengan cermin, tetapi hati tidak sedemikian.

Oleh kerana bahaya penyakit hati, maka kesan daripada penyakit ini sudah pasti lebih menakutkan. Penyakit yang dihadapi oleh anggota lain, mungkin hanya membahayakan anggota tersebut sahaja, tetapi penyakit hati akan membahayakan kepada anggota dan orang lain.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala apa yang ada dalam hati

 (Surah al-Anfal: 43)

Hati adalah tempat pertama yang dituju oleh Allah. Hati menjadi tempat yang dinilai oleh Allah SWT terhadap seseorang. Anggota lain tidak sepenting sebagaimana hati. Ini berdasarkan kepada hadith nabi Muhammad saw:

Sesungguhnya Allah tidak hanya melihat kepada rupa dan kulit kamu sahaja tetapi melihat sampai kepada hati.

Hati adalah raja yang ditaati dan ketua yang diikuti. Seluruh anggota lain adalah pengikut kepada apa yang diperintah oleh hati.

Sesungguhnya dalam jasad manusia ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah jasad keseluruhannya, apabila ia rosak, maka rosaklah jasad sekaliannya.

Hati juga adalah khazanah tempat menyimpan segala permata yang sangat berharga bagi seorang hamba. Ini kerana hati menyimpan banyak perkara. Antaranya:

i.                    Akal: Dapat mengenal Allah yang akan membahagiakan kita di dunia dan akhirat
ii.                  Mata hati yang cerdik: Mendapat kemajuan hidup dunia dan akhirat
iii.                Niat yang ikhlas: Syarat untuk mendapat pahala
iv.                Menyimpan pelbagai jenis ilmu yang menjadi manusia mulia
v.                  Akhlak yang mulia dan sifat terpuji datang daripada hati.

Seterusnya, jika diamati hati berbeza dengan anggota lain kerana lima sebab:

i.            Syaitan akan menuju kepada hati dan sentiasa bersamanya dan akan menundukkan hati anak Adam
ii.                  Hati sentiasa sibuk, kerana akal dan nafsu sentiasa berada dihati. Hati adalah medan peperangan dua pasukan askar yang terdiri daripada akal dan nafsu.
iii.                Banyak perkara yang datang kepada hati melalui lintasan yang datang secara bertalu-talu seperti anak panah atau seumpama hujan yang turun tanpa henti dan kita tidak dapat halanginya.

Keadaan ini amat berbeza dengan anggota lain seperti mata, jika dipejam mata akan dapat berehat atau apabila kita berada pada waktu malam atau jauh daripada manusia. Mata dikawal dan dijaga oleh dua kelopak mata. Begitu juga bila dilihat kepada lidah, ia berada antara dua dinding (bibir). Lidah dijaga dan dikawal oleh dua bibir atas dan bawah. Apabila ditutup dengan dua bibir, lidah akan terdiam. Berbeza dengan hati adalah sarang bagi segala lintasan yang tidak terkawal serta  tidak terputus walaupun seketika Cuma. Justeru itulah hati menjadi mudah tergelincir yang akan membinasakan kita dan menjadi fitnah hati dan bala bencana kepada diri kita. Hawa nafsu akan cepat bertindak menurut sahaja bisikan lintasan hati.

0 ulasan:

Catat Ulasan