Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

NAk Jadi baik Bukannya Mudah


Melaksanakan ibadat bukanlah sesuatu yang mudah sebagaimana melakukan pekerjaan yang lain. Ini kerana soal pahala dan ganjaran yang diberi Allah bukanlah berbentuk material yang zahir dan nampak dengan pancaindera. Sekiranya melaksanakan ibadat itu amalan yang mudah, sudahpasti ramai di kalangan manusia yang suka untuk beribadat. Melaksanakan ibadat kepada Allah mempunyai banyak halangan, cubaan dan rintangan yang sukar untuk dielakkan.


Al-Ghazali menyatakan bahawa:

Kami dapati kesulitan dan kesukaran ibadat itu amat sangat. Sebatang jalan yang payah, laluan yang sulit, banyak jalan dakian bukit yang sangat sukar dilalui, jauh jaraknya, besar bahayanya, banyak halangan dan rintangan, dilingkungi oleh tempat-tempat merbahaya dan kawasan yang terputus hubungan serta ramai musuh, sedikit pembantu dan pengikut. Ini kerana manusia adalah insan yang lemah. Manakala masa yang dilalui oleh manusia dirasakan terlalu sempit terutama jika berhadapan dengan urusan agama. Urusan kerja yang banyak menjadikan manusia sentiasa cuai dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT.. Manusia amat lemah, masa yang dilaluinya sukar, urusan agama diabaikan, masa lapang sedikit, kesibukan dengan kerja yang banyak, umur pendek dan mengerjakan amal dengan cuai.

Begitulah jalan menuju ke Syurga bukannya mudah untuk melalui dan sampai kepadanya berbanding jalan menuju ke neraka yang penuh keseronokan. Keadaan ini telah dijelaskan oleh Rasulullah saw: “Ketahuilah bahawa jalan menuju ke Syurga itu dilingkungi dengan segala kebencian, sedangkan jalan menuju ke neraka itu dipenuhi keinginan hawa nafsu.
Begitu juga di dalam hadith yang lain, Rasulullah saw menggambarkan jalan ke syurga laksana mendaki gunung yang tinggi dan jalan ke neraka seumpama berjalan di tanah yang rata. Namun jalan yang dikatakan sukar, payah dan penuh berliku ini bukannya menjadi susah dan payah jika mereka yang menuju ingin kepadanya.
Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa dunia ini pasti akan kita tinggalkan pergi, sedangkan akhirat sudah siap menanti kita. Justeru jadilah kamu anak-anak akhirat, dan jangan menjadi anak-anak dunia. Hari ini hari beramal dan bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab bukan hari beramal. Ali bin Abi Talib  menegaskan lagi bahawa: ”Wahai dunia, aku menceraikan kamu dengan talak 3 sekaligus tidak ada rujuk lagi. Bekalanmu hina, umurmu amat singkat dan perjalananmu penuh liku-liku, alangkah lamanya aku berjumpa kematian.[1]
Justeru tidak hairanlah hari ini, dengan keadaan kehidupan yang sangat mencabar sekarang, kita sentiasa sibuk mengejar masa, sehinggakan masa yang diberikan tidak pernah mencukupi. Maka kata Imam Ghazali jadilah urusan agama itu amat sukar dan besar bahayanya. Jarang orang yang menuju kepadanya dan jarang pula orang yang benar-benar melaksanakannya. Manakala ada golongan manusia yang melakukannya tetapi tidak sampai kepada apa yang diingini oleh Allah SWT.

Golongan yang berjaya

Maka, persoalannya, bagaimana untuk kita mengenali kita tergolong dalam kumpulan manusia yang benar benar yakin bahawa kita adalah golongan yang terpilih dan berjaya menuju kepadanya. |   

Oleh kerana jalan menuju ke syurga itu terlalu sukar, terlintas di benak kepada Imam Ghazali bagaimana dan apa persiapan yang diperlukan oleh seseorang hamba untuk berjaya ke Syurga tanpa terkandas atau menyebabkan binasa bersama mereka yang disesatkan oleh Allah. Maka Imam Ghazali mengarang beberapa kitab seperti Ihya’ Ulum al-Din, al-Qurbah ila Allah Taala dan lain-lain untuk mengajak kita merasai nikmat beribadat dan manisnya hidup yang diredhai Allah. Rahsia kemanisan dan cinta mendalam kepada beribadat kepada Allah telah dinukilkan dalam Kitab Manhaj Abidin. Imam Ghazali sendiri mengkagumi hasil karangan dan susunan kitab ini berbanding kitab-kitab yang lain tentang rahsia urusan ibadat


[1] Al-Qarni Aid bin Abdullah (2007), Sakratul Maut (terj), cet.2, al-Hidayah Publication: Kuala Lumpur, hlm.17.



0 ulasan:

Catat Ulasan