Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Kisah Benar : Mampukah Kita?


Riwayat daripada Abu Ishak al-Asfaraini mencerita seorang alim yang abid. Dia telah berdoa kepada Allah SWT selama 30 tahun supaya dirinya dikurniakan taubat nasuha. Namun dirinya tetap hairan dan pelik kerana merasai dirinya belum suci daripada dosa. Pada suatu malam dia telah didatangi oleh seseorang di dalam mimpinya yang membaca ayat surah al-Baqarah.


Ertinya: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang Yang sentiasa mensucikan diri.


Diceritakan juga seorang abid yang bernama Kahmas bin al-Hasan beliau pernah berkata: “Aku telah melakukan satu dosa, tetapi aku menangis sehingga 40 tahun kerana menyesal. Maka ada orang bertanya kepada beliau: “Apa dosa engkau sehingga demikian. Jawabnya: “ telah datang kepadaku seseorang dirumahku untuk menziarahiku. Lalu aku memberikannya makan ikan. Setelah ingin pulang aku mengambil segumpal tanah jiranku tanpa meminta izinnya dan memberikan kepada sahabatku untuk menghilangkan bau hanyir ikan tersebut.
Kahmas tidak sempat untuk memohon maaf dengan jirannya, lalu dia menangis 40 tahun kerana terlalu menyesal di atas perbuatannya itu. Inilah tanda penyesalan yang sebenarnya. Sekalipun kesalahan yang dilakukan itu kecil, namun dianggapnya sebagai besar. Berbeza dengan kita pada hari ini, sekalipun kesalahan yang dilakukan itu besar, namun dianggap kecil sahaja.
Begitu juga berlaku kepada nabi Adam a.s. disebabkan kerana sekali sahaja kesalahan yang dilakukan, namun nabi Adam telah menangis selama 200 tahun kerana menyesal sehinggalah Allah SWT menerima taubatnya dan mengampunkan dosanya. Persoalannya seorang nabi yang menjadi pesuruh Allah menangis dan menyesal sedemikian rupa apabila berhadapan dengan kesalahan, namun kita sebagai hamba ini sudah tentu sepatutnya lebih daripada itu.
Seseorang itu boleh mengetahui akan tanda-tanda taubatnya diterima Allah. Antara tanda-tanda orang yang diterima taubat ialah:[1]

         Merasai diri belum suci daripada dosa
         Kurang bergembira, banyak bersedih
         Mendekati orang yang baik dan menjauhi orang yang jahat
         Sedikit rezeki dirasakan banyak, tetapi banyak beramal dirasakan sedikit
         Sentiasa diri sibuk dengan kewajipan Allah dan tidak sibuk dengan rezeki yang dijamin Allah
         Menjaga lidah, bertafakur dan tetap dalam keadaan sedih dan menyesal

Riwayat daripada Abu Ishak al-Asfaraini, beliau telah berkata: ”Aku telah berdoa kepada Allah SWT, selama 30 tahun supaya Allah mengurniakan kepadaku taubat nasuha. Namun aku merasa hairan terhadap diriku, bahawa apa yang dipinta olehku selama 30 tahun tidak tertunai. Inilah permintaan seorang ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya yang tetap merasakan dirinya belum suci daripada dosa.


[1] Ibn Hajar al-Assqalani (t.t.), op. cit., hlm.28

0 ulasan:

Catat Ulasan