Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Roh dan Kematian


Kematian pada hakikatnya ada keutamaan dan kelebihannya. Kematian itu adalah lebih baik bagi orang mukmin daripada hidup di dunia yang penuh cabaran dan fitnah. Di dalam hadis yang ringkas riwayat daripada Ibn Umar, sabda nabi saw bersabda:

تُحْفَةُ المُؤْمِنِ المَوْتُ

Ertinya: Kebaikan bagi orang mukmin ialah maut.
 Di dalam hadis yang lain, Aisyah r.a. mengata dunia ini tidak ada kebaikan bagi orang mukmin. Ini kerana dunia adalah penjara bagi orang mukmin sebenarnya. Begitu juga riwayat daripada Qatadah menceritakan semasa seorang jenazah diusung di hadapan nabi saw, baginda mengatakan seorang mukmin akan beristirehat daripada kepenatan dan cabaran dunia dan berpindah ke rahmat Allah.

Allah telah menetapkan tarikh, masa dan tempat kematian yang tidak akan dapat diketahui oleh seseorang hamba. Sekalipun Allah merahsiakan kematian seseorang, namun hakikatnya roh seseorang itu tahu ajalnya semakin hampir. Keadaan ini bukan hanya berlaku kepada para nabi, awliyat, orang-orang soleh, tetapi juga kepada manusia biasa yang dikenali sebagai firasat.
            Imam al-Ghazali semasa saat kematiannya pada hari Isnin waktu Subuh, beliau mengambil wuduk dan mendirikan solat. Selepas itu beliau meminta kain kafan seraya mencium dan menutup ke mukanya. Setelah ia beliau berbaring meluruskan kaki dan menghadap ke arah Kiblat dan menghembuskan nafas yang terakhir.
            Begitu juga peristiwa kematian Umar bin Abdul Aziz, disaat akhir umurnya renungan matanya dilihat begitu tajam. Beliau berkata:
           
Ya Allah, akulah orang-orang yang mensia-siakan perintah dan mengerjakan laranganMu, sedangkan engkau adalah Tuhanku.

Keadaan beliau ini diperhatikan oleh para sahabatnya. Di kalangan sahabatnya bertanya: ”Pandanganmu sungguh tajam wahai Amirul Mukminin, mengapa demikian?. Jawab beliau: ”aku sedang menunggu rombongan yang bukan jin dan bukan juga manusia”. Selepas ini para sahabat melihat beliau memejamkan mata dan tidak bernyawa lagi.




Isyarat Malakulmaut

Di dalam kitab al-Raudhah, Ibn al-Jawzi menyebutkan di dalam sebuah hadis sebahagian nabi ada bertanya kepada Malakulmaut, apakah mereka tidak mengirimkan utusan mereka sebelum mengambil nyawa manusia, agar manusia dapat bersedia lebih awal?. Lalu Malakulmaut bersumpah dengan nama Allah bahawa penyakit, uban, kurang penglihatan, pendengaran dan sebagainya itu adalah tanda-tanda yang dikirim oleh Malakulmaut. Lebih daripada itu Malakulmaut juga berteriak kepada manusia setiap terbit dan terbenamnya matahari kepada tiga golongan manusia.
            Disebutkan di dalam hadis bahawa malakulmaut memandang pada setiap muka hamba Allah 70 kali pada setiap hari.

0 ulasan:

Catat Ulasan