Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

7 Aktiviti Jahanam

i.         Syaitan melarang kita daripada membuat ketaatan kepada Allah. Jika Allah melindungi kita daripada syaitan, manusia akan menolak larangan Allah dan berhajat untuk melakukan ketaatan kepadaNya sebagai bekalan menuju ke negeri yang kekal abadi (akhirat).

ii.               Syaitan mengajak supaya menangguhkan amalan kebaikan dan ketaatan kepada Allah. Jika Allah memelihara kita daripada syaitan kita akan menolak ajakan syaitan dan sentiasa mengenangkan kedatangan ajal pada bila-bila masa sahaja. Maka kita akan bersegera melakukan amalan kebaikan untuk mengejar pahala dan rahmat Allah.
iii.                Syaitan menyuruh kita melakukan amal dengan keadaan gopoh-gapah. Jika Allah menjauhkan kita daripada syaitan, maka kita akan berkata:” Amalan yang sedikit dan sempurna lebih baik daripada amal yang banyak tetapi kurang sempurna”.
iv.                Syaitan mengajar agar amal dilakukan dengan perasaan riya’ untuk diperlihatkan kepada orang lain. Jika Allah menjaga amal kita daripada ajaran syaitan, maka kita akan merasa malu untuk memperlihatkan amalan kita kepada orang lain, bimbang amalan tidak akan mencukupi , dan malu kepada Allah SWT.
v.                  Syaitan menghendaki kita jatuh ke dalam kebinasaan sifat ’Ujub agar kita menjadi bangga dengan pangkat dan kelebihan. Kalaulah Allah tidak mahu menghendaki kita bersama syaitan, kita akan berkata: ”Kedudukan, pangkat dan kelebihan adalah semuanya daripada Allah, yang diberi secara sementara dan tidak akan kekal. Allah sahajalah yang menentukan amalan kita menjadi bernilai. Semuanya adalah nikmat Allah yang banyak berbanding amal yang sedikit, dan maksiat kita yang banyak.
vi.             Syaitan membuat pujukan yang tidak disedari oleh kita dan dengan cara yang halus. Kita dibisik agar mengerjakan amal dengan bersembunyian tetapi mengharapkan agar orang ramai memuji tindakan kita. Jika Allah memelihara kita pasti kita berkata:” hanya kepada Allah kita menyerahkan segala amal perbuatan kita. Kita tidak akan mempedulikan sama ada zahir atau tersembunyi, Allah yang menilai dan lebih mengetahui”.
vii.              Syaitan lahirkan perasaan yakin bahawa kita dijadikan oleh Allah sebagai seorang yang bahagia dan baik di luh Mahfuz, maka kita akan menjadi baik sekalipun tanpa melakukan amal. Kalaulah Allah menyayangi kita, dijauhkan daripada syaitan, kita akan berfikir bahawa kita adalah makhluk Allah, hamba kepadaNya, maka kita wajib mentaati perintah dan suruhanNya. Dengan amal inilah yang memberi manfaat kepada kita sebagai ganjaran pahala dan syurgaNya. 

0 ulasan:

Catat Ulasan