Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

TerNoda Hasutan Syaitan

Kita wajib memerangi dan mengalahkan syaitan yang sentiasa merosakkan kebaikan yang kita lakukan. Memerangi dan mengalahkan syaitan itu kerana 2 perkara:

Pertama
Syaitan adalah musuh yang menyesatkan manusia dan melahirkan permusuhan. Syaitan selama-lamanya tidak akan berpuashati melainkan setelah manusia menuruti jejak langkahnya. Allah Taala berfirman:

Ertinya: Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu tidak menyembah Syaitan? Sesungguhnya dia musuh yang nyata terhadap kamu!

                                                                                                                                                (Surah Yasin:60)

Di dalam ayat yang lain Allah menegaskan lagi dalam Surah al-Fatir, ayat 6:

Ertinya: Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka.

Kedua

Secara semulajadinya syaitan adalah makhluk yang sentiasa dan selama-lamanya akan memusuhi manusia. Setiap detik dan saat syaitan menggoda manusia agar menjadi lalai dan lupa. Mengajak manusia kepada kejahatan dan permusuhan dari setiap sudut, depan dan belakang, kiri dan kanan. Segala sifat kebaikan adalah bertentang dengan kemahuan syaitan. Manusia yang beribadat kepada Allah adalah musuh utama syaitan yang sentiasa membenci dan memperdayakan sehinggalah manusia akan rosak binasa. Syaitan tidak akan aman sehinggalah kita menerima ajakan dan godaannya. Syaitan akan sentiasa bersama golongan yang membenarkannya yang terdiri daripada orang-orang kafir dan golongan yang sesat serta yang gemar kepada hawa nafsu dan kenikmatan dunia yang haram.   
            Syaitan menjadi musuh umum kepada orang yang jauh daripada hidayah Allah, tetapi dia menjadi musuh yang khusus bagi mereka yang berada di jalan ibadat kepada Allah dan ahli ilmu. Memerangi dan mengalahkan dua golongan ini menjadi tugas utama syaitan. Syaitan tidak bersendirian di medan peperangan, tetapi turut dibantu oleh ramai pembantu. Pembantu yang utamanya ialah hawa nafsu dan syahwat kita sendiri. Maka setiap detik yang kita lalai memberi ruang dan peluang kepada syaitan bersama kita.
            Mengikut Yahya bin Muaz al-Razi: ”Syaitan sentiasa melihat kita, sedangkan kita tidak dapat melihatnya, kita sentiasa lupa kepada syaitan, tetapi syaitan tidak pernah melupai kita”.

Cara Mengalahkan Syaitan

Terdapat 2 cara untuk mengalahkan syaitan. Pertama, memohon perlindungan dengan Allah dan menyerahkan diri kepadanya. Dia yang Maha berkuasa, penghalang segala kejahatan. Kedua berusaha menolak, mengusir dan menentang pujukan dan godaan syaitan. Jika kita berjaya dikalahkan syaitan juga, bermakna ini juga adalah ujian daripada Allah untuk menguji kebenaran dan kekuatan kita terhadap ketaatan kepada Allah SWT. Allah menjelaskan di dalam ayat al-Quran:
ôQr& ÷Läêö7Å¡ym br& (#qè=äzôs? sp¨Yyfø9$# $£Js9ur ÉOn=÷ètƒ ª!$# tûïÏ%©!$# (#rßyg»y_ öNä3ZÏB zNn=÷ètƒur tûïÎŽÉ9»¢Á9$# ÇÊÍËÈ    
Ertinya: Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?


Para ulamak r.a mengatakan bahawa terdapat 3 kaedah untuk mengalahkan syaitan. Antaranya ialah:

i.                    Mengenali dan mengetahui tipu daya syaitan dan helahnya, maka syaitan tidak lagi berani mendekati kita
ii.                  Meringan-ringankan ajakan syaitan dan tidak menggantungkan hati kepada pujuk rayunya.
iii.                Sentiasa kekal mengingati Allah dengan lidah dan hati kita

Bagaimanakah Tipu Daya Syaitan

Kita sebagai manusia sebenarnya dapat mengetahui tipu daya syaitan, antaranya seperti syaitan akan menjadikan kita was-was sebagai senjata yang dapat melemahkan hati dan perasaan manusia. Pada hakikatnya lintasan hati manusia ini berkait dengan satu malaikat yang telah diwakilkan oleh Allah untuk mengajak kepada kebenaran dan kebaikan yang dikenali sebagai Malaikat Mulhim (pembisik ilham). Bersetentangan ini juga, Allah memberi kuasa kepada syaitan untuk membisikkan kejahatan kepada manusia yang dinamakan sebagai Syaitan Was-was (pembisik perasaan was-was).
            Menurut Abu Bajar al-Warraq, syaitan juga memperdayakan manusia dengan kebaikan sebagai umpan untuk melakukan kejahatan yang kadang-kadang tidak disedari oleh manusia. Sebagai contoh ramai di kalangan kita yang sukakan mengutamakan perkara yang tidak penting, berbanding perkara lain yang lebih penting. Mengutamakan perkara yang sunat daripada yang wajib, atau mengutamakan urusan adat daripada sunnah. Begitu juga melakukan urusan agama secara berlebih-lebihan yang akhirnya amalan ini menjadi sia-sia, bahkan juga mendapat dosa, seperti mengambil air wuduk secara berlebihan, membaca ayat al-Quran secara berulang-ulang dalam solat dan lain-lain. Ini semua adalah perangkap syaitan untuk mengheret manusia kepada kejahatan dan mensia-siakan amalan ibadat kepada Allah.
            Sebagai manusia, kita sering melakukan sesuatu dengan berbelah bahagi. Solat yang hendak disegerakan, tetapi datang bisikan untuk melambatkannya, niat pada awalnya untuk memberi sedekah, tetapi datang bisikan sayang kepada harta dan lain-lain lagi contoh yang sering menjadikan kita akhirnya kalah dengan pelbagai alasan. Dua bisikan ini telah dijelaskan oleh nabi saw di dalam hadis Baginda bahawa:

إِذَا وُلِدَ لإبْنِ أَدَمَ مَوْلُوْدٌ قَرَنَ اللهُ سُبْحَانَهُ بِهِ مَلَكًا, وَقَرَنَ الشَّيْطَانُ به شَيْطًانًا, فَالشَّيْطَانُ جَثِمٌ عَلىَ قَلْبِ ابْنِ أَدَمَ الأَيْسَرَ, وَالمَلَكُ جَاثِمٌ على أُذُنِ قَلْبِهِ الأَيْمَنِ, فَهُمَا يَدْعُوَانِهِ

Ertinya: Apabila lahirnya seseorang anak Adam, maka Allah datang bersamanya satu malaikat dan syaitan pula membawa datang bersamanya syaitan. Syaitan akan duduk mendiami di atas telinga hati anak Adam yang di sebelah kiri. Manakala malaikat akan duduk mendiami di atas telinga hati anak Adam yang di sebelah kanan. Kedua-duanya akan mengajak kepada kebaikan dan syaitan mengajak kepada keburukan.

Di dalam hadis yang lain juga nabi saw menyatakan perkara yang sama:

لِلشَّيْطَانِ لَمَّةٌ بِابْنِ اَدَمَ وَلِلْملَكِ لَمَّةٌ

Ertinya: Syaitan mempunyai tempat persinggahan di dalam diri anak Adam, dan malaikat juga mempunyai tempat yang sama.

Secara semulajadinya manusia lebih cenderung kepada keinginan syahwat dan berkehendakkan kepada kelazatan dengan apa jua cara sekalipun sama ada dengan jalan baik atau buruk. Inilah hawa nafsu yang mendorong kepada kebinasaan. Manusia digerakkan hati mereka dengan cara lintasa hati. Lintasan hati akan menentukan sama ada kita akan melakukan kebaikan atau sebaliknya, menuruti perintah Allah atau meninggalkan perintahNya. Mentaati atau menderhakaiNya, mengikuti atau membantahNya. Semua ini bergantung kepada isyarat gerakan atau lintasan hati. Orang yang jauh daripada hidayah Allah, lintasan hatinya sentiasa kepada kejahatan dan jauh untuk terlintas dihatinya melakukan kebaikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan