Ads 468x60px

Labels

Isnin, 5 Mac 2012

Hargai Pemberian Allah

Telinga adalah antara anggota atau pancaindera yang banyak menyumbang kepada dosa dan noda manusia. Imam al-Ghazaali mengingatkan bahawa telinga perlu dijaga kerana:

i.        Nabi Muhammad saw mengingatkan bahawa apabila seseorang yang mendengar percakapan seseorang, maka dosa dan pahala orang yang bercakap dan yang mendengar akan sama-sama dikongsi.
ii.          Apabila kita mendengar sesuatu perkataan yang keji dan tidak berfaedah akan membangkitkan lintasan atau was-was di dalam hati kita. Akhirnya hati kita sentiasa sibuk dan lalai dalam beribadat.


Allah SWT berfirman:

Ertinya: Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya pada hari Kiamat..

(Surah al-Isra’:36)

Percakapan yang diucap akan jatuh ke dalam hati seseorang seolah-olah seperti jatuhnya makanan ke dalam perut. Sebahagiannya memberi mudarat, ada yang memberi manfaat, ada juga yang menjadi makanan dan tidak kurang ada yang menjadi racun. Namun kesan percakapan yang terjatuh ke dalam hati lebih daripada makanan jatuh ke dalam perut. Makanan yang dimakan sekejap sahaja akan hilang melalui kita tidur, bermain dan lain-lain. Makanan tersebut tidak akan kekal lama hanya beberapa waktu sahaja. Sebaliknya percakapan akan sentiasa melekat di hati, dan kemungkinan akan kekal hingga ke akhir hayat kerana ia sukar untuk dipadam dan dilupakan. Jika yang didengar itu sesuatu yang baik, maka ia akan dikenang, tetapi jika apa yang didengar itu tidak baik, maka ia sentiasa terngiang-ngiang ditelinga. Lebih daripada itu, sudah menjadi kelaziman manusia sesuatu yang baik tidak dikenang dan diingati, tetapi jika sekali sahaja kesilapan atau kesalahan yang dilakukan akan diingati dan dikenang serta diungkit walaupun telah lama masa berlalu.

0 ulasan:

Catat Ulasan