Ads 468x60px

Labels

Selasa, 10 September 2013

Keberkesanan Audit Berkualiti Dalam Memantapkan Sistem Pengurusan Wakaf di Majlis Agama Islam Negeri

Temubual: En.Azmi bin Mohammad,
Timbalan Ketua Pengarah Audit
Cawangan Negeri Terengganu
Hasil dapatan kajian ini terdapat banyak isu yang dibangkitkan oleh pihak Audit. Kajian Audit ini sangat penting kerana maklumat yang dihasilkan oleh JAN dapat dimanfaatkan oleh semua pihak terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan wakaf dan para pentadbir di MAIN. Ini kerana maklumat berkaitan wakaf yang terdapat di MAIN sukar didapati dan sebahagiannya dianggap sulit dan tidak boleh didedahkan kepada umum. Pengauditan dilakukan di MAIN yang secara langsung merujuk kepada dokumen dan rekod yang berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pemantauan harta wakaf. Temubual dan soal selidik juga dilakukan dengan pegawai yang terlibat dan pihak Audit telah melakukan lawatan ke beberapa lokasi tanah dan pembangunan tanah wakaf. Ini semua bagi memastikan pengurusan wakaf MAIN telah dilaksanakan menepati dengan hukum syarak dan mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri masing-masing dan Enakmen Wakaf. Sehubungan dengan itu, maklumat yang didapati melalui Laporan JAN tidak boleh dipertikaikan dan boleh menjadi pandu arah dalam menentukan prestasi pembangunan tanah wakaf di Malaysia.


Kewajipan audit ini adalah diperuntukan dalam Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Akaun Awam serta aktiviti Kerajaan Negeri dan mengemukakan Laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Raja. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan menitahkan supaya Laporan itu dibentangkan di Parlimen, manakala Raja akan mengarahkan untuk dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Masing-masing. Seterusnya Seksyen 16(1) Akta Acara Kewangan 1957 menghendaki Pihak Berkuasa Kewangan Negeri menyediakan Penyata Akaun Awam secepat mungkin selepas penutupan akaun bagi sesuatu tahun. Penyata tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Audit Negara dalam tempoh 7 bulan untuk diaudit seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 9 Akta Audit 1957.

Secara keseluruhannya kajian dan laporan serta pendedahan yang dibuat oleh JAN terhadap pengurusan harta wakaf di MAIN sangat diperlukan untuk menjadi panduan dan rujukan ke arah meningkatkan kualiti pengurusan wakaf di MAIN. Walaupun MAIN mempunyai Unit Audit Dalam (AUD) namun ia tidak banyak membantu MAIN kerana ia berada di bawah organisasi yang sama dan di kawal oleh MAIN. Malah AUD juga menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran dan aspek yang perlu diaudit terlalu luas dan tidak hanya tumpuan kepada pengurusan wakaf sahaja. Walaupun demikian, JAN tidak banyak menghadapi masalah dan cabaran dalam menjalankan pengauditan ke atas MAIN kerana mendapat kerjasama yang sepenuhnya dan MAIN adalah antara agensi yang mempunyai hubungan yang baik dengan JAN. Banyak perubahan dan tindakan proaktif yang dilakukan oleh MAIN setelah JAN membuat teguran dan cadangan. JAN dianggap sebagai penasihat kepada MAIN dan setiap cadangan dan teguran JAN diterima dengan terbuka oleh pegawai MAIN. Namun isu utama yang berlaku ialah pelbagai cadangan yang dikemukakan oleh pihak pegawai tidak diambil tindakan oleh pihak atasan. Ini kerana MAIN lebih memfokuskan kepada pembangunan harta baitulmal (zakat) berbanding harta wakaf. Ini kerana harta zakat lebih mudah diuruskan kerana ia dalam bentuk wang tunai berbanding dengan harta wakaf yang melibatkan tanah dan sebagainya. Justeru, pengurusan harta wakaf lebih banyak menghadapi masalah berbanding yang lain (Temubual: Nik Azmi Bin Yahya, Penolong Juru Audit Negeri Kelantan, pada 16 Julai 2013 di Pejabat Wisma Audit Cawangan Negeri Kelantan).

Laporan Ketua Audit Negara akan dihantar kepada Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR) selaku penyelaras wakaf di peringkat Persekutuan dan MAIN. JAN ingin menjadikan MAIN sebagai institusi yang baik dan cemerlang dalam pengurusan dan pentadbiran kerana ia melibatkan institusi agama Islam yang memegang harta amanah umat Islam. JAN sangat mengharapkan MAIN menjadi sebuah institusi terbaik berbanding dengan institusi yang lain di Malaysia dan menjadi contoh serta model amalan pengurusan terbaik. JAN mencadangkan supaya audit dibuat sepanjang tahun terhadap pengurusan wakaf. Di negeri Kelantan, sebelum ini laporan audit dimasukkan ke dalam dewan namun kini tidak lagi dibahaskan di DUN.  Hanya isu-isu terpilih sahaja dibentangkan di DUN dan penyata kewangan MAIK juga tidak dibentangkan di DUN. Sebagaimana juga di negeri lain, laporan audit berkaitan wakaf tidak dibangkit dan dibahaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kerana ia dianggap isu sentitif dan tidak boleh didedahkan secara terbuka di dalam DUN. Sehubungan dengan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri tidak berminat untuk membahaskan isu berkaitan pembangunan harta wakaf dan dibimbangi menjatuhkan imej MAIN dan kredibilitinya sebagai sebuah institusi Islam (Temubual: En.Azmi bin Mohammad, Timbalan Ketua Pengarah Audit Cawangan Negeri Terengganu, pada 17 Julai 2013 di Pejabat Audit Negeri Terengganu).

Laporan Ketua Pengarah Audit Negara akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri. Di MAIK, laporan JAN dibentang di dalam Mesyuarat MAIK dan ada cadangan JAN telah diterima dan dipertimbangkan seperti cadangan pengasingan unit baitulmal dengan wakaf. Sehingga kini hampir 70% teguran JAN telah dilaksanakan penambahbaikan oleh MAIK dan JAN berpuashati dengan tindakan MAIK. Pihak JAN juga bersetuju perlunya MAIK menjadikan unit wakaf sebagai perbadanan sebagaimana yang dilakukan di negeri Selangor. Dengan adanya badan yang berasingan, ia tidak terikat lagi dengan peraturan MAIK yang menjadi halangan dalam usaha membangunkan tanah wakaf di Kelantan. Di Terengganu, MAIDAM telah banyak membuat perubahan terutama berkaitan dengan Istibdal tanah wakaf yang tidak ekonomik. Jumlah pendapatan MAIDAM meningkat kepada 12 juta. JAN cawangan Terengganu juga begitu mengambil berat dan sangat prihatin terhadap MAIDAM berbanding jabatan lain. Dari aspek kewangan Jabatan Audit Negeri sendiiri menjalankan audit dengan tidak menyerahkan kepada pihak lain. Pada tahun 2009, terdapat 3 orang juruaudit di UAD MAIDAM dan seorang daripadanya dipinjam dari JAN. Ini kerana polisi JAN, UAD perlu ada bersama dan pegawai yang dipinjam ke MAIDAM dilantik sebagai Ketua Audit Dalam. Hasil daripada kerjasama ini MAIDAM telah mendapat anugerah jabatan cemerlang selama 4 tahun berturut-turut dari aspek pengurusan kewangan.

JAN juga telah menubuhkan Unit Susulan bagi memastikan segala teguran yang dikemukakan kepada MAIN dibuat penambahbaikan. Ini kerana sebelum ini pelaksanaan audit ke atas pengurusan dan pentadbiran wakaf di Majlis Agama Islam Negeri tidak diberi perhatian oleh JAN. Laporan Audit yang diterbitkan oleh JAN menunjukkan tidak semua negeri di Malaysia  melaksanakan pengauditan wakaf. Pengauditan pengurusan wakaf telah dijalankan di negeri Melaka, Sabah dan Terengganu pada tahun 2009, dan pada tahun 2010 ia dilaksanakan di Selangor, Pulau Pinang dan Perak. Walaupun semua negeri di Malaysia telah diarahkan untuk melakukan pengauditan wakaf di Majlis Agama Islam Negeri oleh Ketua Pengarah JAN, namun ia belum dipatuhi sepenuhnya. Langkah susulan oleh JAN sangat penting memandangkan sebelum ini tempoh pelaksaan audit terlalu lama. Sebagai contoh di Kelantan pihak audit telah mengaudit pada tahun 2002 dan pengauditan seterusnya dilaksanakan pada tahun 2010.


Dasar pengurusan hartanah wakaf perlu dirancang oleh MAIN secara cekap dan dasar yang selaras dengan peruntukan Hukum Syarak serta mematuhi etika pengurusan hartanah profesional. MAIN sebagai Pemegang Amanah Tunggal hartanah wakaf di Malaysia yang perlu merancang pembangunan hartanahnya dengan menyediakan perancangan strategik khususnya bagi hartanah yang berpotensi untuk dimajukan supaya MAIN mampu memperoleh keuntungan maksimum dari sumber wakaf dan menjadi punca kewangan MAIN. Perancangan ini termasuklah menyediakan bajet tahunan dan pelan strategik kewangan rangka dan strategi pembangunan jangka

0 ulasan:

Catat Ulasan